DI PAWAGAM: A SIMPLE FAVOR (edaran GSCMOVIES)

Berdasarkan novel thriller tulisan Darcey Bell dengan tajuk yang sama, A Simple Favor berkisar Stephanie (lakonan Anna Kendrick) seorang ibu tunggal yang juga merupakan vlogger rancangan masak-memasak di internet berkenalan dengan Emily (lakonan Blake Lively) seorang PR di syarikat yang mengendalikan fesyen selepas dia sukarela menguruskan hal sekolah anak-anak mereka. Satu hari, Emily hilang tanpa dikesan. Untuk merungkai misteri kehilangannya, Stephanie bersama suami Emily, Sean (lakonan Henry Golding) mencarinya, namun kemudian mereka membongkar kebenaran yang rumit. Maksud saya, sangat rumit. The Fincher kind of rumit. ]]>