Adik Siti Nurhaliza Rakam Lagu Tema Filem Seram Berapi arahan Ahmad Idham, Anak Perjanjian Syaitan

Siti Sairah baru saja melancarkan lagu terbaru, Anak Perjanjian Syaitan yang juga merupakan tajuk bagi filem seram arahan Ahmad Idham yang kini dalam peringkat pasca produksi dan dijangka ditayangkan pada pertengahan tahun ini. Perdengarkan lagu ini di bawah: https://youtu.be/c-nUNwwwzl8 Filem yang membariskan para pelakon seperti Nadzmi Adhwa, Chacha Maembong dan Jasmin Hamid ini merupakan cetusan idea asal dari Ahmad Idham yang mendapat ilham dari beberapa kes yang melibatkan gadis yang diperkosa bomoh seperti yang dilaporkan oleh media massa. ]]>