Skrip Filem Yang Dibaca oleh Stan Lee (Cameo Dalam MRT) Dalam Filem Captain Marvel Benar-Benar Wujud! Inilah Filemnya!

MALLRATS, FILEM TERBAIK SEPANJANG ZAMAN Peter Parker bercakap perkara yang benar, Star Lord. Takhta Footloose telah dirampas oleh filem ini.

Filem komedi tahun 1995 yang diarahkan oleh pengarah dan juga penulis komik, Kevin Smith ini berlegar tentang dua kutu rayau yang kerjanya melepak di pusat membeli-belah. Salah seorangnya, Brody (lakonan Jason Lee) ialah fanboy yang meminati komik-komik Stan Lee dan tiada yang lebih mengujakan apabila Stan Lee sendiri muncul dalam filem ini memberikan kata-kata hikmah sambil merujuk pada watak-watak superhero ciptaannya seperti Spiderman dan Hulk. Yeah right, Stan Lee dah lama buat cameo sebelum korang fanboys Marvel jadian claim your cool! Filem ini turut dilakonkan oleh Michael Rooker yang dikenali melalui watak Yondu di dalam filem Guardians of the Galaxy. Tonton adegan cameo Stan Lee di dalam filem Mallrats ini di bawah:
]]>