SUATUKALA 2: KEMBARA LUAR BIASA BERMULA CUTI SEKOLAH INI BERSAMA MAGIS PERSAHABATAN YANG TIADA TANDINGAN!

‘Suatukala 2 – Timun Mas & Ijo’ mengisahkan tentang Timun Mas (lakonan pelakon cilik Indonesia, Thalia Ivanka) yang lahir dari sebiji timun gergasi dan dibesarkan oleh Mbak Sarini (lakonan pelakon wanita Indonesia, Prisia Nasution) yang melatihnya untuk bertempur dan lari dari serangan musuh, terutamanya jauh dari gengaman wanita sihir, Mak Andeh (lakonan Fasha Sandha). Timun Mas dikejar oleh Ijo, raksasa yang menggerunkan. Timun Mas perlu menggunakan keberanian, kemahirannya dan kuasa ajaib untuk bebas dari Ijo, tanpa mengetahui kuasa sebenar yang dimiliki dirinya. ]]>