KFC LANCAR PERKHIDMATAN PANDU AMBIL

Tapau macam boss!

KUALA LUMPUR, 15 OKTOBER 2020 – Perkhidmatan Bawa Pulang KFC (‘KFC Self Collect’) anda kini dipertingkatkan dengan lebih kesenangan, ketersediaan, dan keselamatan dengan pengenalan khidmat Pandu Ambil – cara baharu untuk membawa pulang ayam goreng kegemaran anda.

Perkhidmatan Pandu Ambil ini memudahkan anda untuk membuat pesanan KFC secara atas talian dan dihantar terus ke kereta anda. Kini ditawarkan di lebih daripada 150 restoran KFC di Malaysia dan akan diperkembangkan kepada 250 restoran KFC sebelum akhir tahun, Pandu Ambil merupakan khidmat tambahan baharu kepada KFC Self Collect. Diperkenalkan pada awal tahun 2019, KFC Self Collect merupakan khidmat popular KFC yang membolehkan pelanggan memilih waktu dan restoran untuk segera mengambil pesanan bawa pulang mereka.

Membawakan pengalaman yang pantas, selamat, dan tanpa sentuh, Pandu Ambil bakal melonjakkan populariti KFC Self Collect dan menjadi pilihan utama untuk menikmati KFC secara ‘on-the-go’. Cuma muat turun aplikasi KFC atau layari KFC.com.my, pilih ‘Self Collect’ dan restoran KFC berdasarkan lokasi anda, buat pesanan anda dan pilih ‘Pandu Ambil’ semasa ‘check out’. Lengkapkan pesanan anda dengan mengesahkan butiran kereta anda. Pandu ke restoran KFC yang telah dipilih dan parkir di tempat parkir Pandu Ambil yang telah disediakan, kemudian nyalakan lampu signal kereta anda. Staf KFC akan menghantar pesanan ke kereta anda – mudah dan selamat.

“Komitmen kami adalah untuk memastikan restoran-restoran kami hanya menghidangkan makanan yang terbaik dengan kaedah yang selamat. Kami juga ingin memastikan para tetamu boleh menikmati KFC dengan cara baharu yang lebih mudah. Dengan perkhidmatan Pandu Ambil, pelanggan tidak perlu keluar daripada kenderaan mereka. Pesanan akan dihantar ke kereta anda oleh staf KFC yang terlatih dengan langkah-langkah keselamatan, piawaian kebersihan, dan penjarakan sosial yang telah dipertingkatkan,” kata Angelina Villanueva, Ketua Pegawai Pemasaran KFC Malaysia.

Cara-cara Pandu Ambil:

  1. Muat turun dan daftar di aplikasi KFC Malaysia atau KFC.com.my
  2. Pilih Self Collect, pilih restoran, tarikh dan waktu, dan tambahkan pesanan makanan anda di cart
  3. Pilih Pandu Ambil semasa ‘checkout’ dan isi nombor plat kenderaan anda.
  4. Ambil pesanan di restoran yang telah dipilih dengan memakir di lot tempat letak kereta

Pandu Ambil dan staf KFC akan membawa pesanan kepada anda. Jadi, jika anda idamkan sajian KFC kegemaran anda, cubalah perkhidmatan Pandu Ambil terbaharu dari KFC. Ianya mudah, selamat, dan tanpa sentuh, dan seperti slogan Pandu Ambil – Tapau macam Boss!

Khidmat Pandu Ambil boleh dipilih atas talian melalui aplikasi KFC Malaysia dan KFC.com.my sahaja. Pesanan pertama kali oleh pendaftar baharu bakal menerima diskaun RM10 dengan setiap pembelian minima RM20. Kod promo ini akan dihantar ke emel anda setelah anda membuat pendaftaran. Aplikasi KFC boleh dimuat turun di iOS , https://apple.co/35Xr50u, atau Android, https://bit.ly/2FYgU0F.

Untuk maklumat lanjut tentang Pandu Ambil dan senarai restoran KFC yang menawarkan khidmat ini, sila layari https://KFC.com.my/PanduAmbil.

]]>