Megadeth Dystopia Tour Kuala Lumpur

Megadeth merupakan antara band utama yang sudah (sangat ) lama ditunggu untuk bertandang ke bumi Malaysia ini. Rata-rata fan metal tempatan agak terkilan kerana mereka sudah beberapa kali beraksi di sekitar kita (Singapore/Thailand) tetapi tidak datang ke Kuala Lumpur. Jadi pada 4 Mei 2017 bertempat di Stadium Negara, Megadeth telah membuktikan bahawa mereka merupakan satu kuasa superior di arena metal dengan persembahan mantap di hadapan kira-kira 3500 penonton Malaysia.

 Kira-kira jam 4.30 petang lagi, ruang sekitar Stadium Negara sudah mula dipenuhi dengan Megadeth fan seragam hitam dari pelbagai lokasi. Ada yang datang dari Thailand, Singapura dan juga Brunei. Di tepi-tepi jalan juga menjadi tumpuan peniaga “merch bootleg” dan makanan bagi pengunjung bersantai sebelum pintu stadium dibuka. Official merchandise booth juga menjadi tumpuan utama pengunjung, hingga beratur panjang untuk membeli merch seperti T-Shirt dan juga Hoodie. Kawalan keselamatan sangat baik, dengan bantuan pihak PDRM dan juga RELA walaupun timbul pelbagai isu (politik?) sebelumnya di media sosial tetapi semuanya aman dan tenteram. Biasalah mereka kecoh dengan apa yang mereka tidak mengerti, educate them…

Jam 7.30 petang, pintu dibuka dan pengunjung masuk berdasarkan kategori tiket masing-masing seperti Dethpit, Rock Zone dan juga normal seating. Sebenarnya, inilah peluang untuk  mereka berjumpa rakan-rakan lama dan juga familiar faces di dalam scene muzik berat, satu peluang yang jarang-jarang ada di konsert biasa.  Satu perasaan yang “special” kelihatan di wajah para pengunjung, excited, ready to sing along. Mungkin sudah lama berharap untuk menonton Mustaine secara live di depan mata.

Jam 8.00 malam – Bintang muda generasi metal Massacre Conspiracy mula menhangatkan stage. Banyak improvement band ini dari segi bunyi, playing dan showmanship. Personally, saya sudah beberapa kali menyaksikan MC16 ini beraksi di beberapa gig, tetapi ini antara yang terbaik output metalcorenya. this band evolve. Namun, bagi “opening act” Megadeth, rasanya perlu dipertimbangkan band yang lebih senior? Tak perlu fikir lagi, terus ke Megadeth…

 

Pembukaan montaj dari album Risk “Prince Of Darkness” sudah membuatkan penonton bersorak riang. Setup skrin bagi montaj seperti ini mengingatkan saya kepada konsert Megadeth Countdown To Extinction Live DVD. Yang pasti visualnya sangat menarik dan jelas.  Habis saja intro, Hangar 18 dimulakan dengan kemunculan Mustaine and co di pentas. Sangat energetik. Seterusnya lagu klasik  80’s  “Wake Up Dead” dan “In My Darkes Hour”.  “The Treat Is Real”, “Conquer Or Die” dan “Living In State” dari album terbaru Dystopia pula menyusul. Sangat menarik solo akustik Kiko untuk intro Conquer Or Die. Single dari Countdown to Extinction, “Sweating Bullets” menampilkan Dave Mustaine mengajak penonton untuk singalong pada verse yang pertama dan respon yang sangat baik dari audien. Mustaine menukar gitar ke Dean Zero dan seterusnya memulakan “Trust” single dari album Cryptic Writings.

She-wolf pula menyusul setelah Mustaine menceritakan sedikit perihal maksud lagu tersebut. Intro Kiko memulakan Poisonous Shadows dan seterusnya Fatal Illusion. Seperti yang dijangkakan, sebaik saja intro A Tout Le Monde di mainkan, audien terus singalong terutamanya ketika chorus sehingga habis.

 
Single dari Rust In Peace, Tornado of Soul pula mengembalikan tenaga selepas dibuai A Tout Le Monde. Crowd  kembali agresif dan ada circle pit kelihatan. di ruang tengah. Lagu seterusnya dari album Dystopia, Post American World dan Dystopia. Kiko Loureiro memainkan peranan yang terbaik sebagai gitaris terkini bagi Megadeth, nampak sangat selesa dan energetik dalam persembahan terutamanya bagi solo-solo dari album Dystopia. Seterusnya singalong lagi bagi lagu Symphony Of Destruction, nyata mereka belum puas.

 
Encore akhir, Peace Sells But Who’s Buying dan Holy Wars mengakhiri persembahan Megadeth. Penampilan khas maskot Vic Rattlehead ketika lagu Peace Sells menarik perhatian ala-ala Eddie buat Iron Maiden. Walaupun selepas Holy Wars, crowd berteriak “we want more”, konsert di sudahi dengan Megadeth berfoto bersama crowd di pentas. Konsert berakhir sekitar jam 10.45 malam dan suasana di luar stadium masih meriah dengan peminat masih bersantai.


Syabas buat penganjur IME Malaysia, satu penganjuran konsert yang baik dan sangat memorable seperti kata-kata Mustaine “Moving on is simple thing, what leave behind is hard”.

Terbaik! Two Thumbs Up.
Kepada yang tak berkesempatan, boleh tengok sini : Megadeth Dystopia KL