Kau Takdir Ku – Sebuah Kisah Cinta Dunia & Akhirat

PETALING JAYA, 10 Julai 2017 – Selepas hampir setahun tidak mengeluarkan filem bergenre drama, Primeworks Studios hari ini melancarkan poster rasmi filem cinta tragis ‘Kau Takdirku’ yang bakal menemui peminat-peminat filem tempatan di pawagam-pawagam seluruh Malaysia bermula 7 September 2017.

Filem ketiga arahan Jason Chong diterajui dramatis terminal Remy Ishakdan Bront Palarae serta barisan pelakon pelapis tanah air Ezzaty Abdullah, @Aishah Hasnaa dan Megan Tan serta penampilah khas pelakon veteran, Kartina Aziz. Filem meruntun jiwa sentuhan penulis skrip berbakat Azlina Pa’wan, mengangkat tema cinta sejati dengan menampilkan babak-babak menyayat hati pengorbanan yang terpaksa dilalui dalam percintaan.

Kau Takdirku mengisahkan tentang Kamar (Remy Ishak) telah jatuh cinta secara rahsia dengan Alya (Ezzaty Abdullah) yang berkahwin dengan rakannya, Harris (Bront Palarae). Setelah kehilangan Harris di laut, Kamar mengahwini Alya, namun keadaan menjadi rumit apabila Harris pulang. Mampukah Alya membuat pilihan samada untuk terus mencintai Kamar atau kembali ke pangkuan Harris?

Untuk info lanjut mengenai filem Kau Takdirku, lawati laman Facebook dan Instagram Grand Brilliance di @grandbrilliance.

Similar Posts
ISLE OF DOGS, FILEM TERBARU WES ANDERSON BAKAL TAYANG DI MALAYSIA!
ISLE OF DOGS, FILEM TERBARU WES ANDERSON BAKAL TAYANG DI MALAYSIA!
Nah! 20th Century Fox telah mengesahkan 31 Mei 2018 sebagai tarikh rasmi tayangan filem terbaru Wes Anderson, ISLE OF DOGS...
ALBUM RUNUT BUNYI RASMI READY PLAYER ONE OLEH ALAN SILVESTRI KINI DI PASARAN!
ALBUM RUNUT BUNYI RASMI READY PLAYER ONE OLEH ALAN SILVESTRI KINI DI PASARAN!
Bagi yang telah menonton filem kembara aksi fiksyen sains Ready Player One arahan Steven Spielberg (kini di pawagam edaran Warner...
MIXTAPE RASMI READY PLAYER ONE DARI ERNEST CLINE
MIXTAPE RASMI READY PLAYER ONE DARI ERNEST CLINE
Sebelum filem Guardians of the Galaxy mempopularkan semula kaset mixtape hits 70’an dan 80’an, pengarang Ernest Cline melalui novelnya Ready...