BELUM SELESAI – Sebuah Teater Adaptasi

Sebuah Teater adaptasi dari Kumpulan Puisi terbitan ITBM (Institut Terjemahan & Buku Malaysia) karya Raja Yusof Ariffin oleh Remy Eldhani.

Belum Selesai menghimpunkan 10 buah puisi pilihan peribadi Raja Yusof Ariffin dan kebanyakan puisi dalam naskhah ini pernah diterbitkan dalam majalah dan akhbar tempatan. Belum Selesai adalah lambang perjuangan dan pencarian dalam kehidupan penyair melambangkan perjuangan dan pencarian beliau sentiasa berterusan tidak akan selesai sehingga ke akhir hayatnya.

PEMERAN
Farrah Iwanina
Zulfakhri Mos

Selepas tiada seekor pun yang dapat,
ditangkap meski untuk hari ketujuhnya, nelayan,
itu pulang semula ke pantai dan kemudian,
menghadap laut sambil memikir.

“Barangkali masin laut belum mahu menerimaku”

Lalu dia pulang ke rumah dan berkira-kira untuk
menggarami pukat dan sampan secukupnya.

TEMPAT: #TempatKita, North Concourse, Ground Floor Quill City Mall KL
TARIKH: 15, 16 & 17 September 2017
MASA: 8.30PM
TIKET: RM10

**Parking lepas pukul 5ptg adalah PERCUMA.

Di Sokong Oleh:
QUILL CITY MALL
KAKISENI

image