Eksklusif Tonton: BY MY SIDE, filem sulung dari JinnyboyTV

Eksklusif Tonton: BY MY SIDE, filem sulung dari JinnyboyTV

Eksklusif dari Tonton, filem sulung terbitan JinnyboyTV arahan Reuben Kang menampilkan para pelakon seperti Marianne Tan (OlaBola), Brandon Ho, Nadia Nash, Josephine Yap, Arwind Kumar, Maggy Wang dan Adam Shamil. Bakal ditayangkan di pawagam TGV  pada 16 September bersempena Hari Malaysia.

Sinopsis: Rakan zaman kecil Faye dan Ben membesar di Subang Jaya dan mereka sering bergaul dengan jiran dan rakan sekolah mereka. Dari masa ke semasa cinta di antara mereka mula berputik. Bagaimanapun, apabila mereka menamatkan sekolah menengah, Faye mendapat tahu Ben merancang untuk pergi ke Australia untuk melanjutkan pengajian. Dia perlu menghadapi hubungan jarak jauh dan membiasakan diri hidup seorang diri di Malaysia.

Temui para pelakon By My Side di lokasi-lokasi berikut:

TGV Sunway Pyramid
16 September 2017
3.00 hingga 6.00 petang

TGV Gurney Paragon, Pulau Pinang
17 September 2017
3.00 hingga 6.00 petang

TGV Vivacity Megamall, Kuching
20 September 2017
6.00 petang hingga 9.00 malam

TGV AEON Tebrau City, Johor Bahru
23 September 2017
3.00 hingga 6.00 petang

Di samping itu, kemeja-T ‘couple’ filem ini (dijual 2 unit) boleh didapati di pawagam-pawagam TGV berikut mulai 15th September 2017: TGV Sunway Pyramid, TGV One Utama, TGV Tebrau City, TGV Bukit Tinggi, TGV Jaya, TGV Wangsawalk, TGV Sunway Velocity, TGV Kinta City, TGV Gurney Paragon, TGV Dpulse, TGV Viva City, TGV Miri, TGV Seri Manjung, TGV Taiping dan TGV Rawang.

Untuk lebih info layari: www.tonton.com.my

Tanda pagar: #bymysidethemovie

image

Similar Posts
Tayangan Perdana Sedunia LEE CHONG WEI (Versi Tambahan 133 Minit)
Tayangan Perdana Sedunia LEE CHONG WEI (Versi Tambahan 133 Minit)
TAYANGAN PERDANA SEDUNIA LEE CHONG WEI (VERSI TAMBAHAN 133 MINIT) TIKET MULA DIJUAL 20 JANUARI 2018 Kuala Lumpur, 16 Januari...
[GALERI FOTO] Sekitar malam gala filem Ayat Ayat Cinta 2
[GALERI FOTO] Sekitar malam gala filem Ayat Ayat Cinta 2
AYAT-AYAT CINTA 2 KISAH CINTA AGUNG 2018 KUALA LUMPUR, 8 JANUARI 2018 – Pawagam Golden Screen Cinemas di Pavilion gamat...
Rizal Halim Tidak Lagi Terlibat Dengan Projek Filem KELUANG MAN ZERO
Rizal Halim Tidak Lagi Terlibat Dengan Projek Filem KELUANG MAN ZERO
Pengarah filem Rizal Halim (Lurking Woods) yang sebelum ini dikhabarkan terlibat dengan projek filem adaptasi animasi superhero tempatan iaitu KELUANG...