Cosway​ ​melancarkan​ ​“Experience​ ​Centre”​ ​yang​ ​pertama​ ​di​ ​Berjaya​ ​Times​ ​Square

Cosway​ ​melancarkan​ ​“Experience​ ​Centre”​ ​yang​ ​pertama​ ​di​ ​Berjaya​ ​Times​ ​Square

Satu arah baharu yang menarik buat jenama terkenal selepas hampir 4 dekad memperkayakan pengguna

Kuala​ ​Lumpur,​ ​(Jumaat)​ ​15​ ​September​ ​2017​ ​– Cosway, sebuah syarikat pemasaran rangkaian tempatan terkenal yang dipercayai selama 38 tahun, melancarkan “Experience Centre” pertamanya di Berjaya Times Square, sebagai sebahagian daripada strategi pembinaan dan penjenamaan semula model perniagaannya yang bertujuan untuk memberikan pelanggan satu pengalaman membeli-belah yang baharu.

Pusat ini dirasmikan oleh YB Dato’ Henry Sum Agong, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam
Negeri , Koperasi dan Kepenggunaan, dan Tan Sri Dato’ Seri Vincent Tan, pengasas Kumpulan
Berjaya, di hadapan 400 peneraju perniagaan Cosway antarabangsa dan tempatan, individu
berpengaruh di media sosial (“influencers”) dan tetamu dalam pelancaran yang gemilang ini.
“Cosway Experience Centre” merupakan suatu pusat berbentuk revolusioner yang berbeza
daripada kedai runcit yang biasa. Ia mempamerkan rangkaian produk-produk Kesihatan &
Kesejahteraan, Penjagaan Rumah & Hidup, Kecantikan, Makanan & Minuman Cosway yang luas
menerusi lapan zon pengalaman yang bertemakan gaya hidup.

Zon-zon yang luas ini dilengkapi dengan panduan interaktif, unit-unit demonstrasi dan
mesin-mesin dianogsis berketepatan tinggi dan memberikan maklumat berasaskan fungsi
manfaat holistik dan kesihatan produk-produk Cosway kepada bakal pelanggan.
Pusat ini juga akan berfungsi sebagai pusat kutipan untuk pembelian online.

Dalam ucapannya, Vincent Tan berkata, “Sejak tahun 2016, Cosway telah bermula untuk
menjenama semula, membina semula dan mencipta semula model perniagaannya untuk
menarik pengguna baharu generasi yang lebih muda. Pelancaran “Cosway Experience Centre”
hari ini menandakan langkah pertama dalam pembaikan offline Cosway untuk melengkapkan
kehadiran online kami. Sesungguhnya kami berhasrat untuk memperkasakan pengguna online
dan offline kami.”

Tan juga berkata pencapaian untuk tahun 2016 sangat menggalakkan di mana jumlah ahli-ahli
yang menerima bonus telah meningkat sebanyak 136% berbanding tahun 2015. Trend ini
berterusan ke tahun 2017 dan jumlah ahli yang menerima bonus sehingga separuh pertama
tahun 2017 telah melebihi jumlah ahli yang memperoleh bonus untuk keseluruhan tahun 2016.

Similar Posts
FESTIVAL MUZIK K-WAVE 3 KEMBALI DENGAN BARISAN BINTANG TERNAMA
FESTIVAL MUZIK K-WAVE 3 KEMBALI DENGAN BARISAN BINTANG TERNAMA
PENGGUNA MCALLS BERPELUANG BELI TIKET DUA HARI LEBIH AWAL SEBELUM JUALAN UMUM PADA 1 JULAI Kuala Lumpur, 27 Jun 2018...
Showcase PROJECTOR BAND di Quill City Mall
Showcase PROJECTOR BAND di Quill City Mall
PROJECTOR BAND yang lebih dikenali dengan genre rock Melayu ditubuhkan pada 25 Disember 2013 bertempat di Kuala Kubu Bharu, Selangor...
U MOBILE PRESENTS ALBERT HAMMOND JR AS PART OF ITS EXCLUSIVE PRE-GOOD VIBES FESTIVAL 2018 PARTY
U MOBILE PRESENTS ALBERT HAMMOND JR AS PART OF ITS EXCLUSIVE PRE-GOOD VIBES FESTIVAL 2018 PARTY
KUALA LUMPUR, 21 JUNE 2018 – U Mobile’s pre-Good Vibes Festival party on 18 July 2018 will feature Albert Hammond...