PRIMEWORKS STUDIOS & WAU ANIMATION UMUMKAN EJEN ALI MUSIM 2

PRIMEWORKS STUDIOS & WAU ANIMATION UMUMKAN EJEN ALI MUSIM 2

PETALING JAYA, 20 September 2017 Primeworks Studios dan Wau Animation hari ini mengumumkan musim terbaru Ejen Ali di sebuah tayangan perdana bersama peminat setia sempena pelancaran siri tersebut di TV3 pada 22 September 2017 ini. Musim 2 yang dinanti-nantikan ini bakal mengembangkan lagi dunia Ejen Ali dan kerjaya pengintipan rahsianya, apabila dia menyertai Akademi Latihan MATA untuk mengasah bakat dalam bidang pengintipan dan menjalankan misi bersama ejen muda lain.

Tayangan ini merupakan pratonton acara Tayangan Awal Eksklusif, khas buat peminat tegar Ejen Ali, yang berpeluang untuk menonton dua (2) episod pertama Ejen Ali Musim 2 secara berturut-turut di panggung wayang. Peminat juga berpeluang untuk bertemu dengan maskot Ejen Ali dan membawa pulang poster yang ditandatangani para pelakon suara secara percuma dengan setiap pembelian tiket, sementara stok masih ada. Tayangan eksklusif ini terhad hanya pada 23 dan 24 September 2017 ini di Golden Screen Cinemas (GSC), 1 Utama Shopping Centre, dimana pembelian tiket boleh dilakukan melalui dalam talian.

Di samping itu, pelancaran Musim 2 ini turut menampilkan barisan produk berlesen Ejen Ali yang baharu. Sebagai pemegang bagi barangan kembali-ke-sekolah, peralatan alat tulis, pakaian serta permainan jenama Ejen Ali, Toy World Marketing Sdn. Bhd bakal melancarkan rangkaian pertama produk bekas makanan dan botol air di seluruh negara pada Oktober 2017, diikuti dengan rangkaian barangan kembali-ke-sekolah yang Iebih Iuas menjelang akhir tahun ini, sempena musim persekolahan 2018 yang akan datang.

Pemegang lesen penerbitan Armoni Gold Mind Sdn. Bhd. juga akan melancarkan rangkaian buku Ejen Ali yang ke-empat di pasaran Malaysia. MISI: Cabaran Ejen adalah sebuah siri enam buah buku aktiviti berpelekat yang akan mula dipasarkan di kedai-kedai buku dan pasaraya besar seluruh negara bermula Oktober 2017. Siri ini termasuk dalam rangkaian penerbitan yang sedia ada di pasaran termasuk buku komik, buku aktiviti pra-sekolah, buku mewarna serta carta pendidikan dan poster.

Sebuah lagi kolaborasi menarik yang memberikan nafas baru bagi jenama Ejen Ali adalah melalui aplikasi permainan mudah alih Ejen Ali oleh MPLabs, sebuah initiatif Media Prima Digital, iaitu aplikasi Ejen Ali : Emergency dan Ejen Ali: MATA Training Academy. Peminat turut berpeluang untuk mendapatkan kemeja-T edisi khas yang hanya dijual secara eksklusif melalui aplikasi permainan tersebut. Ini merupakan pengaktifan kedai dalam talian yang pertama untuk Ejen Ali.

“Sejak musim pertama melabuhkan tirainya pada Januari 2017, tenaga kerja WAU Animation (dikenali sebagai WAUriors) telah bertungkus lumus untuk menghasilkan karya yang lebih hebat untuk musim kedua ini buat peminat-peminat Ejen Ali. Dalam musim ini, Ali menyertai Akademi Latihan MATA yang membawa lebih banyak konflik dan cabaran ketika dia menjaiankan misi disamping ejen-ejen muda agensi itu. Dengan kepelbagaian watak dan persekitaran yang baru, kami telah memperluaskan dunia Ejen Ali untuk menawarkan penceritaan dan pengalaman menonton yang lebih menarik” ujar Usamah Zaid, Ketua Pegawai Eksekutif Wau Animation.

“Kami amat teruja dengan kejayaan musim pertama Ejen Ali, yang amat memberangsangkan ke arah langkah kami untuk menjangkaui industri televisyen Malaysia menjelang akhir tahun 2017. Kami berharap dengan kualiti tinggi dalam penceritaan dan kepelbagaian watak yang ditonjolkan dalam Ejen Ali musim kedua ini, ia dapat meraih sambutan hangat dari lebih ramai peminat Ejen Ali di Malaysia and seluruh rantau ini,” kata Datuk Ahmad lzham Omar. Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios.

Pengarah Tonton, Perlesenan dan Pembarangan, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Airin Zainul berkata, “Kami komited untuk mengembangkan rangkaian produk di pasaran dan menyuntikkan nilai-nilai keseronokkan dan bergaya dari siri animasi Ejen Ali ke dalam pengalaman serta barangan berjenama yang bermakna untuk para peminat. Berdasarkan maklum balas yang memberangsangkan untuk rangkaian penerbitan yang dilancarkan pada awal tahun 2017, serta sokongan para peminat di laman media sosial, kami yakin rangkaian barangan berjenama Ejen Ali terbaharu ini akan turut mendapat sambutan yang baik.”

Pihak penerbitan Ejen A/i turut berkongsi bahawa persiapan untuk menghasilkan Ejen Ali the Movie juga sudah bermula, yang dijangka menemui peminat di Iayar perak pada tahun 2019.

Setelah menerima sambutan positif tahun laiu, musim kedua Ejen Ali akan menemui peminat di kaca televisyen bermuia 22 September 2017 di saiuran TV3, setiap hari Jumaat jam 5.30 petang dan siaran ulang secara dalam talian melalui www.tonton.com.my.

image

Similar Posts
7 perkara yang anda perlu tahu tentang MANDATORI, mini siri TV terbaru Astro First Eksklusif adaptasi novel Ramlee Awang Murshid
7 perkara yang anda perlu tahu tentang MANDATORI, mini siri TV terbaru Astro First Eksklusif adaptasi novel Ramlee Awang Murshid
Karya Adaptasi Novel ‘Crime Thriller’ Popular Bakal Cetus Fenomena Baru Dalam Industri Seni Tanah Air 1. Astro dengan kerjasama Ideate...
Sneak preview 6 minit THE GIFTED, anak-anak mutan X-Men dari siri televisyen baru saluran FOX
Sneak preview 6 minit THE GIFTED, anak-anak mutan X-Men dari siri televisyen baru saluran FOX
Tonton 6 minit pertama THE GIFTED yang merupakan siri terbaru dalam universe Fox-Marvel selepas terhasilnya LEGION (tentang anak Charles Xavier...