HYPPTV MENYAMBUT KEMERIAHAN DEEPAVALI BERSAMA KANAK-KANAK DARI AGATHIANS SHELTER

HYPPTV MENYAMBUT KEMERIAHAN DEEPAVALI BERSAMA KANAK-KANAK DARI AGATHIANS SHELTER

Sumbangan dan bantuan istimewa hasil kutipan dana yang dianjurkan untuk Agathians Shelter; kanak-kanak yang kurang bernasib baik diraikan dengan menonton tayangan filem istimewa

Tayangan percuma saluran HyppTV dalam Vamam Pack sepanjang tempoh perayaan Deepavali bermula 14 – 29 Oktober untuk para pelanggan HyppTV dan menerusi aplikasi mudah alih HyppTV Everywhere

HyppTV, perkhidmatan penstriman TV & Video TM yang pernah menerima anugerah dan boleh dinikmati menerusi pelbagai platform di Malaysia hari ini meraikan seramai 20 orang kanak-kanak dari rumah kebajikan Agathians Shelter dengan mengadakan satu tayangan filem istimewa, sambil ditemani oleh penjaga mereka. Tayangan tersebut telah diadakan sebagai sebahagian aktiviti kemasyarakatan HyppTV sempena sambutan perayaan Deepavali, yang turut merangkumi kempen sumbangan bagi mengumpul dana dan mengumpulkan barangan asas untuk rumah kebajikan tersebut.

Bersempena dengan tayangan filem tersebut, Jeremy Kung, Naib Presiden Eksekutif, New Media, TM turut menyerahkan sumbangan wang tunai dan baucar membeli-belah bernilai RM7,000 kepada Cik Inthira, sukarelawan perancangan pendidikan dan wakil Agathians Shelter. Sebahagian daripada sumbangan ini telah dikumpulkan melalui tabung sumbangan yang telah diadakan baru-baru ini di lobi Menara TM untuk disertai oleh Warga Keluarga TM dan orang ramai.

Mr Jeremy Kung, Executive Vice President of New Media, TM handing over mocked cheque worth RM7,000 to Miss Inthira, Council Member and representative of Agathians Shelter

Jeremy berkata, “Deepavali merupakan satu daripada festival yang amat penting buat komuniti India, dan ini merupakan peluang terbaik untuk meluangkan masa yang berkualiti dan merapatkan perhubungan ahli keluarga dan insan tercinta sambil kita meraikan permulaan baharu. Jadi, di HyppTV, kami ingin membawa keceriaan dan cahaya buat kanak-kanak dari Agathians Shelter sempena perayaan Deepavali ini dengan pelbagai sumbangan serta acara tontonan filem istimewa ini.”

“Selain itu, kami juga ingin memberikan lebih lagi kepada rakyat Malaysia dan pelanggan kami menerusi kempen berterusan kami iaitu “Tambah Lagi”. Dengan semangat Deepavali, kami akan memberikan tayangan secara percuma selama 15 hari untuk kesemua saluaran di Varnam Pack bagi menayangkan pelbagai penawaran kandungan menarik kami, membawakan hanya kandungan-kandungan menarik untuk keseronokan berterusan bukan sahaja dalam keselesaan ketika berada di rumah, namun ketika di mana-mana sahaja mahupun menerusi aplikasi mudah alih HyppTV Everywhere,” tambah beliau.

Mr Jeremy Kung, Executive Vice President of New Media, TM, Miss Inthira, Council Member and representative of Agathians Shelter together with 20 children from Agathians Shelter

Agathians Shelter merupakan sebuah badan kebajikan yang didaftarkan di bawah nama Pertubuhan Kebajikan Agathians Malaysia, bertempat di Petaling Jaya. Rumah kebajikan ini menempatkan seramai 10 orang penjaga bersama 33 orang kanak-kanak lelaki yang merupakan anak-anak yatim, terbuang mahupun daripada keluarga yang mempunyai masalah berusia dalam lingkungan 5 hingga 20 tahun. Dengan misi untuk menyelamatkan kanak-kanak ini daripada hidup di jalanan, institusi ini bermatlamat memberikan perlindungan, makanan, pendidikan, jagaan, perhatian dan kasih sayang yang merupakan keperluan asas untuk tumbesaran kanak-kanak.

Bersempena dengan sambutan Deepavali ini, HyppTV akan menawarkan tempoh tontonan secara percuma kepada para pelanggan yang melanggan Varnam Pack bermula 14 – 29 Oktober 2017. Sepanjang 15 hari tempoh promosi ini, HyppTV akan menayangkan pelbagai hiburan dan para penonton berpeluang untuk menyaksikan filem-filem dan siri-siri terbaharu di saluran-saluran seperti berikut:

HyppTV Varnam Pack menawarkan program-program hiburan berbahasa Tamil dan Hindi yang menarik dengan menayangkan filem-filem blockbuster, program-program menarik dan banyak lagi dengan nilai hebat pada harga serendah RM30 sebulan.

Kini, pelanggan TM boleh menikmati perkhidmatan HyppTV menerusi perkhidmatan unifi atau Streamyx termasuklah pada aplikasi mudah alih HyppTV Everywhere. Orang ramai turut boleh memuat turun aplikasi mudah alih di Google Play Store atau di Apple App Store secara percuma. Ciri-ciri aplikasi ini menampilkan aplikasi pendaftaran yang mudah melalui nombor telefon bimbit atau kata lauan akaun Facebook.

Untuk maklumat lanjut mengenai penawaran HyppTV, layari www.tm.com.my/hypptv atau lawati laman media sosial kami di www.facebook.com/hyppworld (Facebook), www.twitter.com/hypptv (Twitter), www.instagram.com/hyppworld (Instagram) dan www.youtube.com/tmyoutube (Youtube).

Similar Posts
Tayangan Perdana Sedunia LEE CHONG WEI (Versi Tambahan 133 Minit)
Tayangan Perdana Sedunia LEE CHONG WEI (Versi Tambahan 133 Minit)
TAYANGAN PERDANA SEDUNIA LEE CHONG WEI (VERSI TAMBAHAN 133 MINIT) TIKET MULA DIJUAL 20 JANUARI 2018 Kuala Lumpur, 16 Januari...
[GALERI FOTO] Sekitar malam gala filem Ayat Ayat Cinta 2
[GALERI FOTO] Sekitar malam gala filem Ayat Ayat Cinta 2
AYAT-AYAT CINTA 2 KISAH CINTA AGUNG 2018 KUALA LUMPUR, 8 JANUARI 2018 – Pawagam Golden Screen Cinemas di Pavilion gamat...
Rizal Halim Tidak Lagi Terlibat Dengan Projek Filem KELUANG MAN ZERO
Rizal Halim Tidak Lagi Terlibat Dengan Projek Filem KELUANG MAN ZERO
Pengarah filem Rizal Halim (Lurking Woods) yang sebelum ini dikhabarkan terlibat dengan projek filem adaptasi animasi superhero tempatan iaitu KELUANG...