Noah Live Di Stadium Negara Kuala Lumpur

Noah Live Di Stadium Negara Kuala Lumpur

Masih ingat dengan hits Ada Apa Dengan Mu, Tak Bisakah atau Taman Langit? Mungkin Nanti  atau Kukatakan Dengan Indah? Paling tidak pun Separuh Aku? Namun, sudah pastinya kamu ingat dengan personaliti Ariel Peterpan. Kini Ariel dan rakan-rakannya bakal kembali beraksi di Kuala Lumpur dengan band terbarunya, Noah. Sejak menukar nama Peterpan kepada Noah pada tahun 2012, mereka telah berkerja keras dan memastikan lagu dendangan mereka dikenali terus dinikmati oleh penggemar muzik nusantara. Noah yang terdiri daripada Ariel – Vokal, Uki – Gitar, Lukman- Gitar dan David – Kibod/Piano sudah bersiap sedia untuk mencuri pehatian peminat setia mereka di Kuala Lumpur.

Noah yang pernah mengadakan persembahan di Melbourne, Australia pada 2012 dan jelajah Amerika Syarikat pada April 2015 bakal bertandang ke Kuala Lumpur yang dianggap sebagai rumah “kedua” bagi Ariel. Konsert Noah kali ini dibawakan oleh Nada Promotama selaku penganjur utama dan Mewah Event Management sebagai wakil publisiti. Setelah merilis 2 album Seperti Seharusnya (2012) dan Second Chance (2014), pastinya barisan lagu konsert Noah ini akan dipenuhi lagu hitsnya juga lagu-lagu hits dari era kemasyhuran Peterpan.

Konsert Noah Live In Kuala Lumpur ini bakal berlangsung di Stadium Negara pada 25 November 2017 jam 8 malam, dan dijangka dihadiri kira-kira 8,000 peminat mereka. Konsert yang Noah menjanjikan muzik terbaik dengan pelbagai gimik dan sistem bunyi yang mantap bagi kepuasan peminat mereka. Segera dapatkan tiket anda, jangan tunggu lagi!

Info tiket di https://airasiaredtix.com/noah_live_in_KL

Share This
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Similar Posts
Kena Bayar Nyanyi Lagu Saleem, Bekas Anggota Iklim Tampil Beri Penjelasan
Kena Bayar Nyanyi Lagu Saleem, Bekas Anggota Iklim Tampil Beri Penjelasan
Laporan Mstar baru-baru ini menyebut Julia Bachok, balu kepada Allahyarham Saleem yang merupakan penyanyi kumpulan Iklim memberi amaran kepada siapa...
Record Store Day : Perayaan Yang Paling Dinanti Setiap Tahun
Record Store Day : Perayaan Yang Paling Dinanti Setiap Tahun
Salah satu perayaan yang mungkin begitu asing dan tidak diketahui di kalangan masyarakat Malaysia adalah Hari Kedai Muzik. Kali ini...
Frank Iero And The Future Violents Signs To UNFD; Release New Video For “Young And Doomed”
Frank Iero And The Future Violents Signs To UNFD; Release New Video For “Young And Doomed”
RELEASE MUSIC VIDEO FOR NEW SINGLE “YOUNG AND DOOMED”. NEW ALBUM ‘BARRIERS’ OUT MAY 31st. PRE-ORDER HERE: unfd.lnk.to/Barriers March 22nd,...