[Countdown to Justice League] Ulasan filem Man of Steel

[Countdown to Justice League] Ulasan filem Man of Steel

Adakalanya kita tak boleh hidup dalam bayang-bayang celana merah Brandon Routh supaya filem baru Superman yang mungkin tak pakai nama Superman langsung dalam skripnya ini dapat dihayati…

Man of Steel ialah filem yang sukar. Sukar kerana ianya perkara yang pernah wujud. Ikonik pula tu. Dan fungsi filem ini mahu menceritakan semula sedang penonton telah lama hidup di celahan bayang-bayang spender merah Brandon Routh,.. maaf, maksud saya, Christopher Reeve.

Sebelum saya menonton filem ini saya sudah nampak masalah besarnya iaitu Zack Snyder sendiri. Saya pernah menonton Watchmen dan jiwa filem itu tiada kerana sasteranya dibuang untuk memampatkan 12 bab sebuah buku kepada sebuah filem berdurasi 2 jam lebih. Dan Zack Snyder bukan pencerita yang baik. Case study : Sucker Punch yang hampir tak ada cerita langsung dan hanya menjadi visual feast (yang peliknya saya suka filem itu kerana visual feastnya dan menolak terus kritik pasal filem itu yg tak ada cerita.) Sucker Punch dah jadi koleksi video muzik yang dipanjangkan menjadi filem.

“KETUANAN KRYPTON… AND IT’S NOT FUNNY ANYMORE….”

 

Sekarang, Man of Steel : ceritanya bukan milik Snyder, tapi dikongsi bersama David S Goyer dan Christopher Nolan yang pakar dalam menjadikan watak utamanya bermuram durja. Watak pop yang bersifat selebriti dengan mudah-mudah saja mereka jadikannya gelap dan penuh konflik setiap masa. Macam Michael Jackson diberikan versi death metal. Batman boleh diterima sebab sifatnya memang begitu. Tapi lain pula bila Superman pun jadi begitu. Audiens akan membencinya. Benci kerana Superman dah jadi macam Hulk, cuma tahap sabar dalam dirinya itu masih tinggi. Dan ia membuatkan saya terbaca cerita David S Goyer semasa budaknya dahulu : seorang budak Yahudi dalam komuniti Kristian yang mana dia dicemuh dicerca dihina kerana ‘menyebabkan kematian Christ’. Dia bagai memendam rasa seperti Hulk. Dan Man of Steel jadi terlalu personal buat S Goyer, sehinggakan cerita yang sepatutnya disalurkan ke dalam sequel Hulk, dialihkan pada Superman.

Yang peliknya, saya boleh menerima keadaan ini. Sebab saya tak hidup dalam bayang-bayang celana merah Brandon Routh,… maaf sekali lagi, Christopher Reeve.

Anda mesti kata, “Alah, mestilah suka kan, awak fanboy S Goyer dan Nolan”. Tak juga. Goyer pernah berkongsi penulisan bersama 2 penulis lain untuk sekuel Ghost Rider yang dibenci. Mungkin salah director tapi saya kata, Goyer memang banyak job filem dari komik. Adakalanya projek filem komik ini tak kena dan tak sesuai dengannya, dia buat juga sebab perlu bayar bil elektrik dan sewa rumah. Tapi adakalanya kerjanya menjadi, macam trilogi Dark Knight. Man of Steel sebenarnya memang sesuai benar dengan Goyer, tapi ye lah, Goyer jadi agak personal. Adakalanya Goyer merujuk kitab lama. Dalam kitab, banyak peristiwa gelap dan berdarah telah berlaku dalam menyampaikan ajaran. Dan filem ini berpandukan rujukan-rujukan itu. Tambah pula dengan skor Hans Zimmer dan Junkie XL. Dalam menyambut penerbangan pertama seorang superhero yang baru nak belajar terbang (cari trek bertajuk “Flight”) sampai sumbang langkah terbangnya, Hans Zimmer banyak menampilkan mood yang brooding, dengan dram tribal yang buat anda kata macam OST Lion King. Eh, memang dia pun yang buat OST Lion King.

Berbalik pada Goyer, dia juga punya sejarah panjang dengan badassery filem-filemnya Filem pertama, Death Warrant dah tentulah filem bertumbok Van Damme. Filem kedua bukan  bertumbok je, tapi naik kaki sekali melalui Kickboxer 2. Goyer membawakan gaya badassery ini ke dalam Man of Steel pula. Tetiba terasa Zod zaman Christopher Reeve dulu wimpy dan tak berbahaya langsung sedang Zod dalam MOS pula solution dia hanya nak tumbok orang, belasah orang, military dan asyik baran.

MOS bukan filem pasal manusia lagi tapi 2 makhluk asing dalam terma ‘whoever win, we lose’ bertarung kat bumi yang tak original pun sejak Aliens VS Predator membawa ke Transformers dan Dragon Ball. Dan kesan dan akibatnya teruk juga untuk bumi kerana manusia dah macam semut yang mudah-mudah dipijak dan nyawa jadi agak murah. Ini filem tentang destruction.

Tapi tak apa, sebab ajaran Jonathan Kent (Kevin Costner) cuba menjadikan Kal El semanusia insan. Tak pernah saya menangis kerana lakonan Costner sejak kali terakhir dengan filem Waterworld. eh, silap, Dances With Wolves. atau barangkali The Bodyguard, siap dengan nyanyi “Annddddd IIIII will alwayssss love youuuu!!!” mediang Whitney Houston.

Bila dah terlanjur sebut Transformers, maka ada masa2nya plot Man of Steel boleh jadi semabuk penulisan Alex Kurtzman dan Roberto Orci saat Kal El dan Zod mula bergaduh. Bahaya juga. Tapi saya sabarkan juga sebab Man of Steel jadi sebuah filem superhero dengan aksi, lengkap dengan slow pace yang agak baik juga sebab yang peliknya esok saya nak cuba second round lagi. Pengalaman pertama tak cukup walau Warner Bros Malaysia mulia benar bagi tempat duduk kelas IMAX 3D.

Mudahnya, saya menerima Man of Steel kerana ketika menontonnya, saya tidak dibayangi oleh imejan lama Superman sebelum ini. Saya bukan peminat besar Superman. Spender merah di luar masih lagi jadi isu besar bagi saya sebab seujurnya itu yang buat saya rasa kelakar tentang filem bergenre superhero bila diangkat ke alam realiti sedang ketiadaan aset ini buat saya rejuvenate kembali watak ikonik ini dan menerima perubahan ini dengan terbuka.

Nota: ulasan di atas pernah muncul di blog penulis:- http://blitzenius.blogspot.com/2013/06/ulasan-filem-man-of-steel-adakalanya.html

Similar Posts
TERKINI HANTU KAK LIMAH: KINI RAIH RM35 JUTA!
TERKINI HANTU KAK LIMAH: KINI RAIH RM35 JUTA!
Kenyataan rasmi dari page Infinitus Films MY: Sejarah perfileman tanah air kutipan pecah panggung RM35 juta menerusi filem Hantu Kak...
ISLE OF DOGS, FILEM TERBARU WES ANDERSON BAKAL TAYANG DI MALAYSIA!
ISLE OF DOGS, FILEM TERBARU WES ANDERSON BAKAL TAYANG DI MALAYSIA!
Nah! 20th Century Fox telah mengesahkan 31 Mei 2018 sebagai tarikh rasmi tayangan filem terbaru Wes Anderson, ISLE OF DOGS...
ALBUM RUNUT BUNYI RASMI READY PLAYER ONE OLEH ALAN SILVESTRI KINI DI PASARAN!
ALBUM RUNUT BUNYI RASMI READY PLAYER ONE OLEH ALAN SILVESTRI KINI DI PASARAN!
Bagi yang telah menonton filem kembara aksi fiksyen sains Ready Player One arahan Steven Spielberg (kini di pawagam edaran Warner...