Sidang Media Album ke 12 Search – Katharsis

Apabila ditanya tentang cabaran yang paling tidak disukai kepada sifu Datuk M Nasir, dengan seloroh beliau menjawap “penantian”. Sekian lama beliau menanti untuk kembali menghasilkan karya seni sisi rock beratnya bersama Search, begitulah lamanya “seksa” penantian yang ditunggu oleh peminat kumpulan rock nombor 1 tanahair ini untuk mengeluarkan studio album. Selepas rilisan terakhir Search pada 2006 Gothik Malam Edan, mereka agak menyepi tanpa menghasilkan lagu-lagu baru. Namun, bermula dari sekitar Ramadhan 2017, Search telah menghabiskan masa selama 700 jam “berkampung” di studio Bsync, mencurahkan idea, pengalaman dan tenaga bagi menyiapkan album “ultimate” mereka yang ke 12 ini bertajuk Katharsis.

Kenapa Katharsis? Katharsis adalah istilah Yunani Purba memberi maksud satu proses penyucian, pembersihan dan pengaslian jiwa raga. Menurut Amy, ia juga membawa maksud penyerahan emosi perasaan, apresiasi terhadap karya seni dan juga luahan pengalaman selama puluhan tahun bakal diterjemahkan di dalam album ke 12 ini. Di dalam album ini juga selain sifu M. Nasir yang bertindak sebagai penerbit, Search juga telah kembali berkolaborasi bersama penulis lirik iaitu S Amin Shahab, Usop dan Budi Hekayat. Bagi peminat “old school” Search, dengan adanya para penulis lirik ini berkerjasama dengan M.Nasir merupakan satu “bonus point” bagi album ke 12 yang bakal diedarkan tidak lama lagi. Mungkinkah ada lagu-lagu rock Search era “Langit Dan Bumi” dengan kerjasama Search dan S Amin Shahab? Kita tunggu dan lihat..

Katharsis mengandungi 10 buat lagu ciptaan M.Nasir, Nasir Rockfather, Din dan juga ciptaan bersama semua anggota Search. Single pertama “Sidang Kangaroo” bakal berada di pasaran digital bermula 2 November 2017 merupakan lagu “heavy acuan Search moden” ciptaan M.Nasir, Amy, Nasir Rockfather, Din Kid dan Pae serta lirik oleh Ishmael MS.

Album Katharsis diterbitkan dibawah label Pawana Music yang ditubuhkan oleh Dato’ Haji Ahmad Zaharul Annuar, Presiden Pawana Music bermula daripada minat yang mendalam terhadap muzik rock dan Search khususnya dari era 80an. Beliau juga membuka Fenomena Music, sebuah kedai muzik yang menjual CD, kaset dan piring hitam kerana yakin ramai yang masih membeli album secara fizikal walaupun ianya juga boleh dinikmati secara online streaming dan digital download.

Menurut Amy, Katharsis bakal menyajikan lagu-lagu “fresh” yang boleh dinikmati 3 generasi peminat Search. Sebagai sebuah band yang sudah berpengalaman lebih 30 tahun, Search perlu berevolusi dalam setiap penghasilan karyanya dan tidak statik di takuk muzik lama. Album yang menampilkan rock acuan Search mempunyai elemen Modern Rock, Hard Rock dan Ballad masih berteraskan citarasa Search yang ditunggu peminat. Bagi Amy, sekiranya Katharsis ini merupakan album terakhir Search, ianya pasti yang terbaik dan berkualiti pernah dihasilkan mereka khas buat peminat lama dan baru. Di sessi sidang media bertempat di Hard Rock Cafe semalam, Search telah mempersembahkan secara live 2 buat lagu dari album baru iaitu Sidang Kangaroo (lemak berperisa heavy!!) dan Nama Yang Kau Lupa (ballad yg ni pasti meledak..kaw)

Bagi yang tak sabar untuk menikmati lagu-lagu dari album Katharsis secara live, Search bakal tampil dengan Konsert Gegaran! anjuran DECODE DUNIA JUARA di Tapak Bazarena, Shah Alam pada 2 Disember ini. Konsert yang turut dibarisi band hebat Nidji (Indonesia), Hujan, Bunkface dan Oh!Chentaku ini bakal bermula jam 5 petang.

Info tiket : www.myticket.asia

Agen Tiket : Cawangan Rock Corner dan Kuadron D, Stadium Shah Alam (4 November 2017)

Update 3 November 2017: Katharsis bakal berada di pasaran 22 November 2017.

Similar Posts
U MOBILE PRESENTS ALBERT HAMMOND JR AS PART OF ITS EXCLUSIVE PRE-GOOD VIBES FESTIVAL 2018 PARTY
U MOBILE PRESENTS ALBERT HAMMOND JR AS PART OF ITS EXCLUSIVE PRE-GOOD VIBES FESTIVAL 2018 PARTY
KUALA LUMPUR, 21 JUNE 2018 – U Mobile’s pre-Good Vibes Festival party on 18 July 2018 will feature Albert Hammond...
DEFTONES BERBICARA TENTANG ALBUM ‘AROUND THE FUR’ UNTUK MAJALAH REVOLVER
DEFTONES BERBICARA TENTANG ALBUM ‘AROUND THE FUR’ UNTUK MAJALAH REVOLVER
Dalam seluruh diskografi band Deftones, White Pony mungkin album yang telah meletakkan mereka di satu titik komersil yang tinggi dan...
TENGAH SIBUK PASAL AVENGERS INFINITY WAR, SENYAP-SENYAP BLACK WIDOW DAH LANCARKAN SINGLE TERBARU BERSAMA PETE YORN
TENGAH SIBUK PASAL AVENGERS INFINITY WAR, SENYAP-SENYAP BLACK WIDOW DAH LANCARKAN SINGLE TERBARU BERSAMA PETE YORN
Today, Capitol Records released “Bad Dreams” the first single from Pete Yorn & Scarlett Johansson’s new EP, Apart. Set for...