Majlis Sidang Media Filem Pailang JB

Majlis Sidang Media Filem Pailang JB

Apa ltu ‘pailang’?

Pailang bukan gangster atau samseng. Ianya bukanlah seperti yang selama lni kita bayangkan. Jika sebut perkataan “pailang”, masyarakat lebih kaitkan pailang dengan gansterisma sebagaimana asal perkataan “pailang” itu sendiri dari bahasa Hokkien atau bahasa pasar. Malah orang-orang Melayu Johor lama telah menggunakan gabungan kata “pai” yang bermaksud budak dan “lang” bermaksud degil atau nakal. Ia sedikit memberi konotasi negatif.

Pailang. Budak Nakal. Budak degil. Kalau kita rujuk pada negerl lain, seperti Kedah – “ketegaq”,  Perak – “begek”,  Kelantan – “gedebe”, Negerl Sembilan – “bega”, ia membawa makna yang sama iaitu degil atau nakal, tegar, kental. Kebiasaannya kehldupan seorang ganster berakhir dengan kejatuhan, samada ke penjara ataupun sampai ke tahap kecundang dan akhirnya dilupakan.

Tetapi seorang yang bersifat pailang biasanya menempa kejayaan dengan jalannya sendiri. Jiwa pailang atau degil itulah yang mendorong seseorang untuk berjaya dalam membuat sesuatu perkara.

Bertitik tolak dari kata ‘pailang’, maka terhasilnya filem terbaru, Pailang JB (sebelum ini pernah ada filem yang bertajuk Budak Pailang) di mana pada 9 November 2017 lalu bertempat di Afdlin’s Comedy Planet, Kuala Lumpur telah berlangsungnya majlis sidang media pelancaran filem Pailang JB dan menandatangani perjanjian pelakon utama dan heroinnya, antara mereka ialah Izzue Islam, Adam Corrie dan Mark Adam. Turut hadir pada majlis itu ialah Sam Kambali (penerbit eksekutif), Ryzal yusoff (pengarah filem) dan Datuk Yusof Haslam (Skop Production Sdn Bhd) yang turut memberi ucapan. Filem terbitan Simpang 3 Production ini bakal menjalani penggambaran pada bulan Disember ini.

image

image

image

image

image

image

image

Sinopsis Pailang JB
Menggabungkan elemen-elemen aksi beladiri, aksi lumba kereta, drama, persahabatan dan kasih sayan filem ini berkisarkan Faizal, seorang anak muda dan rakan-rakanya yang menang perlumbaan kereta dl litar Pasir Gudang. Mereka bernaung di bawah sebuah akademi permotoran seorang legenda lumba kereta negara bernama Jimmy Race, yang telah lama menghilangkan diri dari dunia permotoran dan dunia “pailang”.

Kemenangan Faizal menerbitkan dendam oleh satu pihak kumpulan kongsi gelap atau gangster yang diketuai oleh R.K atau Racing King. Dalam 5 tahun kebelakangan ini mereka memonopoli sukan permotoran secara sah atau haram tetapi kemudian kalah di tangan Faizal. Geng R.K juga terlibat dengan kegiatan gelap seperti penyeludupan, pemerdagangan manusia, pelacuran dan dadah di Johor Bahru. Konflik bermula apabila Faizal dan rakan-rakannya cuba menyelamatkan seorang gadis bernama Angelina dari menjadi mangsa pemerdagangan manusia yang didalangi oleh kumpulan R.K. Kekecohan dan kerosakan yang dilakukan oleh R.K dan kuncu-kuncunya membuatkan Jimmy Race yang sebelum ini memencilkan diri akhirnya muncul untuk menyelamatkan keadaan dan menyelesaikan permasalahan di antara kedua-dua belah pihak selain membanteras kegiatan gangster yang bermaharajalela di Johor Bahru.

Similar Posts
ISLE OF DOGS, FILEM TERBARU WES ANDERSON BAKAL TAYANG DI MALAYSIA!
ISLE OF DOGS, FILEM TERBARU WES ANDERSON BAKAL TAYANG DI MALAYSIA!
Nah! 20th Century Fox telah mengesahkan 31 Mei 2018 sebagai tarikh rasmi tayangan filem terbaru Wes Anderson, ISLE OF DOGS...
ALBUM RUNUT BUNYI RASMI READY PLAYER ONE OLEH ALAN SILVESTRI KINI DI PASARAN!
ALBUM RUNUT BUNYI RASMI READY PLAYER ONE OLEH ALAN SILVESTRI KINI DI PASARAN!
Bagi yang telah menonton filem kembara aksi fiksyen sains Ready Player One arahan Steven Spielberg (kini di pawagam edaran Warner...
MIXTAPE RASMI READY PLAYER ONE DARI ERNEST CLINE
MIXTAPE RASMI READY PLAYER ONE DARI ERNEST CLINE
Sebelum filem Guardians of the Galaxy mempopularkan semula kaset mixtape hits 70’an dan 80’an, pengarang Ernest Cline melalui novelnya Ready...