Velocity Motor Show 2017 Melabuh Tirai

KUALA LUMPUR, 15 November 2017 – Velocity Motor Show 2017 antara acara kereta terbesar di Malaysia telah melabuhkan tirai jelajah mereka di Tapak Letak Kereta B, Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur baru-baru ini. Karnival pameran kenderaan bermotor ini sampai ke kemuncaknya setelah menjelajah beberapa negeri dengan pameran bergerak di seluruh negara antaranya di Pahang, Johor, Lembah Klang (IM4U Sentral Puchong ) dan Pulau Pinang.

Tetamu VVIP Dato’ Mohd Nazifuddin Bin Dato’ Sri Mohd Najib Razak mengadakan sessi “walkabout” di sekitar tapak pameran Velocity Motor Show 2017 sambil ditemani oleh Jason Tan, pengasas Velocity Motor Show.

Menghimpunkan sejumlah 1,300 penpamer kereta di seluruh Malaysia, karnival ini turut sama menarik minat sejumlah 45 penpamer luar antaranya tetamu khas Thailand, Kevmannz Bodykit (Bangkok), KJModify (Hatyai) serta beberapa penpamer negara Vietnam dan Singapura.
Pameran kereta terbesar tahun 2017 ini masuk tahun ke-2 penganjurannya merupakan anjuran FitzGerald berjaya menjadikan Velocity Motor Show 2017 sebagai salah satu Gathering Stance yang terbesar pada tahun 2017 yang terpahat di Malaysia Stance History.
Velocity Motor Show 2017 ini telah dirasmikan oleh Dato’ Mohd Nazifuddin Bin Dato’ Sri Mohd Najib Razak sebagai tetamu VVIP jemputan. Dalam ucapan perasmian beliau berkata: “Saya amat berbangga kerana menjadi tetamu di majlis ini dan saya mengucapkan jutaan tahniah kepada penganjur iaitu Jason Tan kerana berjaya menganjurkan Velocity Motor Show buat kali ke 2 kerana ia merupakan cetusan idea Jason Tan sendiri yang banyak bertungkus lumus bagi memastikan kejayaan penganjuran Velocity Motor Show 2017”.

Taklimat ringkas dan sessi penerangan oleh Jason Tan, pengasas Velocity Motor Show kepada tetamu VVIP Dato’ Mohd Nazifuddin Bin Dato’ Sri Mohd Najib Razak di tapak pameran Velocity Motor Show 2017.

Penganjur Velocity Motor Show 2017, Jason Tan berkata: “Saya akan berusaha untuk meneruskan karnival permotoran Velocity Motor Show buat kali ke 3, 4, 5 dan seterusnya bagi memastikan kesinambungan penganjurannya akan terus berkekalan. Saya amat berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam menyokong penganjuran acara tidak kira dari dalam dan luar negara. Saya amat berterima kasih kepada para peserta dari negara Thailand, Vietnam dan Singapura kerana sanggup membawa jentera mereka ke Velocity Motor Show 2017 walaupun mengambil masa 2 hari perjalanan untuk sampai ke Kuala Lumpur”

Untuk edisi ke 2 ini, penganjuran Velocity Motor Show 2017 berjaya menarik lebih 9,600 pengunjung selama dua hari, bukan sahaja dari dalam dan juga pengunjung luar Malaysia antaranya dari Thailand dan Indonesia untuk melihat dengan lebih dekat koleksi kereta yang telah dimodifikasi di acara ‘mega gathering’ ini.
Persembahan pentas yang mengabungkan ramai artis tempatan baru dan lama antaranya barisan artis Rockanova, Mad August, Alienoids, No Name dan Blast Jam (featuring Man Keedal) dan karnival sukan ekstreme seperti bike freestyle dan skate pada masa yang sama turut merancakkan suasana karnival yang berlangsung ketika matahari panas memancar dan menghangatkan persekitaran tapak carnival ini.

Selain itu, aktiviti jualan juga diteruskan sepanjang hari pameran untuk pengunjung mendapatkan pelbagai akaesori berkaitan kenderan permotoran yang berkualiti dan terkini.
Turut diadakan pertandingan dan aktiviti untuk penpamer dan kelab permotoran yang terlibat antaranya untuk kategori AUTOSHOWOFF, SOUNDOFF, STANCE, MEGA MEET, BASS UP dan juga aktiviti pandu uji kereta dan MINIATURE Drift.
Kehadiran barisan “Food Truck” menjadi tempat untuk mengisi perut para pengunjung.

Similar Posts
FESTIVAL MUZIK K-WAVE 3 KEMBALI DENGAN BARISAN BINTANG TERNAMA
FESTIVAL MUZIK K-WAVE 3 KEMBALI DENGAN BARISAN BINTANG TERNAMA
PENGGUNA MCALLS BERPELUANG BELI TIKET DUA HARI LEBIH AWAL SEBELUM JUALAN UMUM PADA 1 JULAI Kuala Lumpur, 27 Jun 2018...
Showcase PROJECTOR BAND di Quill City Mall
Showcase PROJECTOR BAND di Quill City Mall
PROJECTOR BAND yang lebih dikenali dengan genre rock Melayu ditubuhkan pada 25 Disember 2013 bertempat di Kuala Kubu Bharu, Selangor...
U MOBILE PRESENTS ALBERT HAMMOND JR AS PART OF ITS EXCLUSIVE PRE-GOOD VIBES FESTIVAL 2018 PARTY
U MOBILE PRESENTS ALBERT HAMMOND JR AS PART OF ITS EXCLUSIVE PRE-GOOD VIBES FESTIVAL 2018 PARTY
KUALA LUMPUR, 21 JUNE 2018 – U Mobile’s pre-Good Vibes Festival party on 18 July 2018 will feature Albert Hammond...