KPJ Healthcare Berhad guna IBM Watson for Oncology untuk membantu Pakar Onkologi di Malaysia

KPJ Healthcare Berhad guna IBM Watson for Oncology untuk membantu Pakar Onkologi di Malaysia

KPJ merupakan penyedia pekhidmatan kesihatan swasta pertama di Malaysia yang menggunakan teknologi Watson for Oncology

KUALA LUMPUR, 27 November 2017 – KPJ Healthcare Berhad hari ini mengumumkan bahawa ia akan menggunakan teknologi Watson for Oncology yang telah d ilatih oleh Memorial Sloan Kettering (MSK), sebuah platform pengkomputeran kognitif, untuk menyediakan pantauan Ianjut untuk membantu para doktor dalam penyediaan pilihan rawatan kanser yang berdasarkan fakta dan bukti.

KPJ merupakan penyedia pekhidmatan kesihatan swasta pertama di Malaysia yang menggunakan teknologi Watson for Oncology, dipelopori lima buah hospital pakamya iaitu KPJ Damansara Specialist Hospital (KPJ Damansara), KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital (KPJ Ampang Puteri), KPJ Johor Specialist Hospital (KPJ Johor), KPJ lpoh Specialist Hospital (KPJ lpoh) dan KPJ Sabah Specialist Hospital (KPJ Sabah).

Presiden dan Pengarah Urusan KPJ, Dato’ Amiruddin Abdul Satar menjelaskan, “Kami yakin bahawa dengan memperkenalkan teknologi Watson for Oncology, ini akan meningkatkan keupayaan hospital-hospital KPJ dalam menyediakan pilihan rawatan kepada pesakit kanser berdasarkan fakta dan bukti perubatan”.

Beiiau turut berkata, “Pelaburan dalam teknologi kognitif ini adalah selaras dengan visi KPJ untuk menjadi pusat onkologi di Malaysia dan di rantauan, bersama dengan para doktor kami yang akan terus berusaha dalam pemberian perkhidmatan terbaik kepada jumlah 3 juta pesakit kami, setiap tahun.”

Menurut statistik dari Pendaftaran Kanser Kebangsaan Malaysia. kanser merupakan punca ketiga kematian paling tinggi di kalangan rakyat Malaysia, yakni 14% selepas penyakit respiratori (19%) dan penyakit jantung (23%). Kaum wanita mempunyai risiko kanser yang lebih tinggi berbanding Ielaki. dengan jenis kanser payudara yang paling umum pada wanita dan kanser kolorektal serta prostat pada Ielaki. Watson for Oncology telah dibangunkan oleh IBM dengan kerjasama pusat kanser, Memorial Sloane Kettering (MSK). Teknoiogi ini boleh merumuskan ciri-ciri perubatan utama seorang pesakit, dan menyediakan maklumat kepada pakar onkologi untuk membantu mereka menggariskan beberapa pilihan rawatan berdasarkan Iatihan oleh pakar onkologi MSK. Watson for Oncology memberi peringkat kepada pelbagai pilihan rawatan yang berhubungkait dengan kajian semula yang disediakan oleh MSK.

Watson for Oncologyjuga menyediakan pusat penyimpanan bukti perubatan berskala besar untuk pertimbagan para doktor. Maklumat ini diekstrak daripada lebih 300 jurnal perubatan, 200 buku teks, dan hampir 15 juta muka surat teks, dalam penyediaan pelbagai pilihan rawatan. IBM dan MSK sedang mempercepatkan Iatihan Watson for Oncology dan teknologi ini kini berupaya untuk membantu pakar onkologi dalam perancangan rawatan untuk kes kanser payudara, paru-paru, kolorektal, serviks, ovari, gastrik, prostat dan pundi kencing.

“Kerjasama terbaru dengan KPJ Healthcare Berhad di Malaysia memperluaskan lagi jejak IBM di kalangan institusi kesihatan yang menggunakan Watson di rantau Asia Pasifik,” kata Chong Chye Neo, Pengarah Urusan IBM Malaysia. “KPJ kini ke arah inovatif dengan pembawaan pengkomputeran kognitif ke dalam aliran kerja klinikal demi menambah dan meningkatkan keupayaan para doktor mereka untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti kepada para pesakit mereka.”

image

image

image

image

image

Similar Posts
Rock The World 17
Rock The World 17
Hello peeps! Looking forward to scream your lungs out together on the 9th Dec for #RTW17 at Carpark B, KL Sports City...
Konsert Guitar Warriors 2018
Konsert Guitar Warriors 2018
JELAJAH KONSERT GUITAR WARRIORS 2018 PENAUNG : 🎸GUITAR WARRIORS 🎸 🙏 ( OMMA AKIRA ) 🙏 ( SANNI NAZIR ) GUITARIST UNDANGAN : 🎸JOE BURNMARK...
ROG Masters 2017 Grand Final Returns to Kuala Lumpur
ROG Masters 2017 Grand Final Returns to Kuala Lumpur
Multiple teams from across the globe, including TyLoo, Gambit Esports, Execration, and Team Empire, are set to compete in the...