OPPO Memperkenalkan F5 6GB Baharu dengan Dua Varian Warna sambil Memperkukuhkan Perkongsian Swarovski dengan Kotak Hadiah Edisi Terhad untuk Edisi Merah

Sebuah sarung telefon satu seumpamanya bertatahkan kristal Swarovski akan direka untuk OPPO F5 6GB (Edisi Merah)

Superstar selebriti tempatan Neelofa dinobatkan sebagai pendorong untuk OPPO F5 6GB (Edisi Merah)

image

Product Ambassador of OPPO F5 6GB (Red Edition), Neelofa presents the gorgeous Swarovski Limited Edition Gift Box

Kuala Lumpur, 6hb November 2017 – Dalam memenuhi permintaan pasaran Malaysia, OPPO Malaysia dengan bangganya memperkenalkan OPPO F5 6GB dalam rangkaian telefonnya yang terkenal dengan dua varian warna – hitam dan merah. Sebagai tambahan, OPPO juga telah mereka satu kotak hadiah edisi terhad yang anggun berwarna merah yang mengandungi satu sarung telefon yang bertatahkan kristal Swarovski. Ini akan ditawarkan kepada 1000 pelanggan pertama yang membuat pra-pesanan untuk telefon edisi merah dan ia akan bermula pada 6hb Disember 2017, dari jam 12:30 t’hari dan seterusnya.

OPPO F5 6GB menawarkan pilihan konfigurasi 6GB RAM (Random Access Memory) yang lebih tinggi dan 64GB ROM (Read-Only Memory) untuk pengalaman permainan, bertukar antara aplikasi, penstoran dan pengalaman operasi yang lebih lancar secara menyeluruh yang boleh dinikmati oleh peminat. Pengguna tidak perlu lagi khuatir mengenai masalah kekurangan memori atau penstoran. Sama seperti model OPPO F5, iaitu telefon pertama yang diperkenalkan daripada siri F5, model F5 6GB juga ditawarkan dengan pemproses Octa-core yang memberikan kelajuan prestasi lebih tinggi untuk pengalaman permainan terunggul buat pengguna.

“Kami begitu teruja untuk memperkenalkan OPPO F5 6GB kepada pasaran Malaysia, ia didatangkan dengan 6GB RAM dan 64 ROM yang lebih tinggi, sekaligus membolehkan pengguna untuk menyimpan lebih banyak swafoto semula jadi, muzik dan fail di samping mendapatkan pengalaman peralihan di antara aplikasi yang lebih lancar dan pantas.” kata Ken Ng, Pengurus Produk bagi OPPO Malaysia.

Bagi menyediakan lebih banyak pilihan warna kepada konsumer, OPPO F5 6GB didatangkan dalam dua varian warna, iaitu warna merah dan hitam. Warna merah begitu memukau dan bergaya manakala warna hitam kelihatan elegan dan canggih. Persamaan yang dikongsi oleh kedua-dua warna ini adalah ia sesuai dipadankan dengan sebarang pakaian. Apabila digabungkan dengan kemasan depan berwarna hitam, rona merah atau hitam yang anggun di belakang peranti ini pastinya menyerlahkan aura sofistikated OPPO F5 6GB.

image

Branding Director of OPPO Malaysia, Nikki Chen introduces the price of F5 6GB, which is priced at RM1,698

image

Product Ambassador of OPPO F5 6GB (Red Edition), Neelofa takes a selfie using the OPPO F5 6GB (Red Edition)

image

Pengumuman OPPO mengenai perkongsian mereka dengan Swarovski menandakan satu lagi langkah daripada pihak mereka untuk terus mewujudkan keseronokan sekitar OPPO F5 6GB. Menurut Nikki Chen Lu, Pengarah Penjenamaan bagi OPPO Malaysia, “Kedua-dua jenama diminati oleh golongan muda yang secara kebetulannya, turut merupakan penaja pertunjukan Fesyen Victoria’s Secret baru-baru ini yang menjadi ikutan generasi muda yang mementingkan fesyen dan trend terkini. Perkongsian ideal ini akan melahirkan satu sarung telefon eksklusif, yang bertatahkan kristal Swarovski.”

Sempena pelancaran OPPO F5 6GB (Edisi Merah), sebuah kotak hadiah edisi terhad yang anggun telah direka khas sebagai ganjaran buat 1000 konsumer pertama yang membuat pra-pesanan untuk OPPO F5 6GB (Edisi Merah). Kotak hadiah edisi terhad ini turut didatangkan dengan sebuah sarung telefon satu yang bertatahkan kristal Swarovski secara eksklusif untuk F5 6GB merah bagi meraikan perkongsian OPPO dengan Swarovski Malaysia.

Neelofa, Duta Produk untuk OPPO F5 6GB
Pelakon wanita Malaysia yang cantik dan terkenal, Neelofa, telah dilantik sebagai Duta produk F5 6GB (Edisi Merah) dan beliau telah berkongsi sedikit info mengenai telefon ini sebelum pelancarannya semasa lawatannya ke Shanghai baru-baru ini, di mana beliau menghadiri Pertunjukan Fesyen Victoria Secret yang terkenal di dunia dan ditaja secara rasmi oleh OPPO. Sepanjang berada di Victoria Secret Fashion Show, Neelofa berkongsi gambar swafota bersama bebrapa orang Angeles Victoria Secret, dan secara tidak langsung ia memberitahu beliau adalah Duta untuk OPPO F5 6GB (Red Edition). Dengan semangat dan personaliti yang ada pada Neelofa, sememangnya beliau sangat sesuai menjadi Duta untuk OPPO F5 6GB (Edisi Merah).

Menurut Nikki Chen Lu, “Neelofa, sebagai Duta OPPO F5 6GB (Edisi Merah) dan Swarovski Malaysia telah membolehkan kami untuk berhubung dengan pangkalan peminat serta konsumer yang lebih luas. Semangat beliau, karya ulung serta imej positif beliau menjadikan beliau padanan terbaik untuk OPPO F5 6GB yang berwarna merah terang.”
“Sebagai duta OPPO F5 6GB (Edisi Merah) dan Rakan kepada Swarovski di Malaysia, saya teruja dengan perkongsian ini. Saya berharap untuk mendapatkan salah satu daripada sarung edisi terhad ini kerana ianya pasti akan menjadi satu kenyataan fesyen yang berani! Sebuah telefon merah yang bersarungkan kristal Swarovski – ia pastinya menjadi suatu daya tarikan yang unik,” kata Neelofa.

“Satu lagi perkara yang benar-benar mengujakan saya adalah warna merah telefon ini yang anggun. Ia adalah warna yang cantik yang untuk dipadankan dengan pakaian saya dan membuatkan saya berasa bergaya. Merah adalah varian yang sangat mengagumkan dan sering dilihat sebagai seksi, bersemangat dan sedikit nakal. Inilah cara saya untuk menjalani kehidupan saya – dengan berani,” tambah beliau.

OPPO F5 6GB juga dilengkapi dengan mod medan jelas – satu fungsi baru yang memberikan sentuhan profesional kepada swafoto hasil gabungan kamera hadapan 20MP dan Teknologi Pengecaman Kecantikan A.I. yang hebat diperkatakan dan menghasilkan swafoto berkualiti premium.

Teknologi Pengecaman Kecantikan A.I.
Seperti model OPPO F5, OPPO F5 6GB turut dilengkapi kamera hadapan 20MP, dipadankan dengan apertur f/2.0 dan Teknologi Pengecaman Kecantikan A.I. Teknologi ini mengumpulkan maklumat dan mempelajari ciri-ciri khusus wajah orang yang berlainan daripada pangkalan data imej dunia wajah manusia. Jurugambar dan artis solekan profesional dirujuk semasa proses Penyelidikan & Pembangunan, menghasilkan teknologi A.I. yang mempunyai keupayaan untuk mencontohi kemahiran profesional yang dapat membantu swafoto kelihatan lebih menarik.

Selain daripada itu, Teknologi Pengecaman Kecantikan A.I.dapat mengesan tona kulit dan jenis, jantina dan usia, memadankan dengan pangkalan datanya dan seterusnya membuat peningkatan kecantikan yang dikhususkan untuk setiap individu dalam swafoto. Dengan lebih daripada 200 ciri-ciri wajah yang diimbas, teknologi Kecantikan A.I. mampu mengesan wajah anda secara terperinci dan memperbaiki swafoto anda.

image

The gorgeous and stunning OPPO F5 6GB (Red Edition)

“OPPO sentiasa komited dalam menyampaikan teknologi swafoto terkemuka di dunia untuk pengguna menikmati kemudahan dan mempunyai pengalaman fotografi swafoto yang terbaik. Dengan F5 6GB, pengguna boleh menangkap swafoto yang terbaik dalam apa jua keadaan.” Kata William Fang, Ketua Pegawai Eksekutif OPPO Malaysia.

“Sebagai peminat swafoto, ini adalah satu lagi perkara mengenai telefon ini yang telah mengagumkan saya. Swafoto saya mungkin dipertingkatkan, tetapi ia kelihatan seperti benar-benar nyata. Kita harus mengucapkan terima kasih kepada OPPO kerana menghasilkan teknologi untuk menghasilkan swafoto yang terunggul,” kata Neelofa.

OPPO F5 6GB baharu dilengkapi dengan Paparan Penuh 6 inci ‘FHD+ paparan’ dan mempunyai skrin resolusi tinggi 2160 x 1080 dengan nisbah aspek 18: 9. Ia juga memperkenalkan ‘Facial Unlock’, teknologi pengenalan muka baru yang akan mengenali penggunanya dan mengaktifkan telefon.

F5 dan F5 Youth, dua adik beradik F5 6GB dalam siri F5 yang diperkenalkan kepada pasaran Malaysia pada bulan November telah mencatat kejayaan besar sejak ia dilancarkan. Pra-pesanan OPPO F5 telah melebihi pendahulunya iaitu Pakar Selfie, F1 sehingga empat kali ganda dalam tempoh 9 hari selepas pelancarannya, sekaligus mencipta rekod jualan baharu dalam sejarah OPPO Malaysia. Pada 2hb Disember 2017, F5 Youth akan diperkenalkan kepada pasaran Malaysia. Kedua-dua peranti mempunyai kamera depan berkualiti tinggi serta Teknologi A.I. Pengiktirafan Kecantikan terkini, dan dipadankan dengan apertur f/2.0 yang direka untuk memberikan pengalaman fotografi selfie premium pada harga yang berpatutan kepada semua pengguna.

image

Models demonstrate how the OPPO F5 6GB (Red Edition) works and posing with the new sexy red F5 6GB

Tempoh pra-pesanan OPPO F5 6GB (Edisi Merah) bermula dari 6hb Disember 2017, 12.30 t’hari seterusnya di Kedai Konsep OPPO dan Laman Web Rasmi OPPO. Hanya 1000 pengguna pertama yang membuat pra-pesanan untuk F5 6GB (Edisi Merah) layak untuk menerima kotak hadiah edisi terhad.
Ditawarkan pada harga RM1,698, OPPO F5 6GB dalam varian merah dan hitam akan mula dijual secara rasmi bermula dari 16hb Disember 2017 dan seterusnya.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web rasmi OPPO dan Facebook.

Laman Web Rasmi OPPO: https://www.oppo.com/my/index.html

image

Prodcuct Ambassador of OPPO F5 6GB (Red Edition), Neelofa takes wefie with everyone on the stage

image

OPPO F5 6GB Experience Zone

image

Swarovski SEA Marketing Manager Stephanie Siew is explaining the whole concept and idea of partnership with OPPO

image

Swarovski SEA Designer Benedicta Citro is holding the OPPO F5 6GB with a one-of-a-kind phone case embellished with Swarovski crystals

image

From left to right: Senheng Electric (KL) Sdn Bhd, Digital Gadget Division Head, Jacky Phang; Celcom Device Ranging Manager, Noelle Lim; Swarovski SEA Marketing Magazine, Stephanie Siew; Branding Director of OPPO Malaysia, Nikki Chen; Product Ambassador of OPPO F5 6GB (Red Edition), Neelofa; Product Director of OPPO Malaysia, Ken Ng; Swarovski SEA Designer, Benedicta Citro; Maxis Device Marketing, Postpaid, Manager, Ellyna Ng.

image

OPPO F5 Malaysia partners with Swarovski for a limited edition gift box

image

Product Ambassador of OPPO F5 6GB (Red Edition), Neelofa; Branding Director of OPPO Malaysia, Nikki Chen; Swarovski SEA Marketing Manager, Stephanie Siew and Swarovski SEA Designer, Bendicta Citro share the phone features and viewpoint of collaboration on stage with media and attendees