McDonald’s Malaysia Tampil Dengan Rekabetuk Baharu Demi Meningkatkan Pengalaman Pelanggan di Restoran Bukit Bintang

McDonald’s Malaysia Tampil Dengan Rekabetuk Baharu Demi Meningkatkan Pengalaman Pelanggan di Restoran Bukit Bintang

Restoran moden dan progresif bakal dilaksanakan secara berperingkat di se/uruh negara dengan pelaburan sekitar RM 50 juta hingga RM100 juta untuk tempoh tiga hingga lima tahun akan datang

Kuala Lumpur, 8 Disember 2017 – McDonald’s Malaysia telah melaksanakan satu lagi langkah inovatif dalam memodenkan pengalaman di restoran untuk para pelanggan dengan mailis pembukaan besar-besaran di restoran yang telah diperbaharui sepenuhnya di Jalan Bukit Bintang.

Restoran McDonald’s Bukit Bintang, yang pertama dibuka 35 tahun lalu, telah menerima pembaharuan melibatkan rekabentuk kontemporari ‘Ray’ yang menggabungkan ciri-ciri semulajadi, dengan rasa moden yang menghasilkan persekitaran yang lebih terbuka. Cahaya lampu yang lembut dan hangat juga mampu menghasilkan rasa selesa, manakala konsep minimalis yang digunakan pula mewujudkan suasana hipster di restoran ini.

Papan tanda gergasi bercahaya McDonald’s, atau lebih popular dikenali sebagai ‘Golden Arches’ merupakan papan tanda terbesar di Malaysia. Papan tanda ini merupakan bahagian yang paling menonjol di restoran ini malah kelihatan lebih menawan pada waktu malam. la merupakan ciri penting yang cukup ikonik di Jalan Bukit Bintang dan pasti menarik perhatian orang ramai yang lalu-lalang.

image

Menurut Pengarah Urusan dan Rakan Operasi tempatan McDonald’s Malaysia, reka bentuk inovatif dan moden di restoran Bukit Bintang ini merupakan salah satu langkah penting syarikat untuk maju ke hadapan dalam matlamat untuk meningkatkan pengalaman pelanggan.

“Di McDonald’s, kami meletakkan pengalaman para pelanggan sebagai keutamaan dalam setiap perkara yang kami lakukan. Dalam hal ini, kami menyediakan makanan yang berkualiti tinggi dengan nilai hebat dan juga perkhidmatan pelanggan yang terbaik, dalam persekitaran moden dan terbuka,” tambah Azmir.

image

Transformasi di restoran Bukit Bintang merupakan yang paling komprehensif dan lengkap menggabungkan pelbagai teknologi baharu dan konsep perkhidmatan pelanggan yang inovatif. lni termasuklah:

1.  Kiosk layan diri atau ‘self-ordering kiosk’ (SOK) dimana pelanggan boleh membuat pesanan sendiri dan membuat tempahan makanan mengikut kesukaan mereka.

2.  Perkhidmatan dua (2) jenis kaunter yang memboIehkan pelanggan memilih untuk membuat pesanan melalui SOK ataupun di kaunter, memboIehkan pelanggan mengambil pesanan mereka apabila nombor pesanan dipaparkan di atas skrin, sekaligus mengurangkan masa menunggu dan tidak perlu Iagi beratur panjang.
3.  Transaksi tanpa tunai memudahkan pelanggan membuat pembayaran menggunakan kad kredit atau debit. Hal ini sememangnya seiring dengan agenda Bank Negara di bawah Kerangka Sektor Kewangan yang bertujuan meningkatkan keberkesanan sistem pembayaran di Malaysia dengan menggalakkan penggunaan e-pembayaran.
4.  Papan menu digital yang memaparkan menu dan promosi terbaharu, secara iangsung membantu meningkatkan pengaiaman pelanggan semasa membuat pesanan di kaunter.
5.  Penyediaan WiFi berkelajuan tinggi untuk manfaat pelanggan kami yang sentiasa berhubung menggunakan lnternet
6.  Kemudahan Stesen pengecasan mudah alih USB untuk para pelanggan mengecas telefon bimbit mereka semasa menikmati hidangan di restoran kami.

Kakitangan kami yang terlatih bertanggungjawab memastikan pengalaman pelanggan berada di tahap terbaik akan sentiasa menyambut para pelanggan dengan senyuman dan bersiap sedia membantu pelanggan di SOK sekaligus meningkatkan lagi reputasi perkhidmatan yang mengutamakan pelanggan dan hospitaliti yang terbaik.

Dato’ Seri Hamzah Zainudin, Menteri Perdagangan Daiam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, merupakan tetamu kehormat semasa majlis pembukaan restoran Bukit Bintang. Daiam ucapan beliau, Dato’ Seri Hamzah memuji komitmen McDonald’s Malaysia terhadap para pelanggannya serta ekonomi secara keseluruhan.

“Semestinya objektif sebuah perniagaan adalah untuk mendapatkan keuntungan, namun saya akui McDonald’s sebagai sebuah restoran khidmat segera yang sememangnya patut dipuji atas komitmen mereka yang memberi nilai kepada para pelanggannya setiap hari dan pada masa yang sama menyumbang kepada ekonomi tempatan,” kata Dato Seri Hamzah.

“Perancangan McDonald’s untuk mengembangkan perniagaannya di Malaysia memnuka peluang yang baik kepada negara dalam menambah peluang pekerjaan dan mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan kepada pembekal tempatan dan pemberi perkhidmatan dalam sektor makanan dan minuman,” tambah Dato’ Seri Hamzah.

image

Selain restoran Bukit Bintang, McDonald’s juga telah memodenkan pengalaman di restorannya untuk para pelanggan di beberapa lokasi lain termasuklah restoran Bangsar, Suria KLCC dan Seksyen 3 Shah Alam. McDonald’s berhasrat untuk melaksanakan konsep yang sama kepada tiga Iagi restorannya sebelum hujung tahun ini.

McDonald’s sangat komited dalam transformasi restoran McDonald’s yang lain di seluruh negara dengan pelaburan sekitar RM50 juta hingga RM 100 juta dalam tempoh tiga (3) hingga lima (5) tahun akan datang.

McDonald’s Malaysia, di bawah pemilikan baharu Reza Group, juga komited dalam penyediaan sumber untuk mengembangkan perniagaan McDonald’s di negara ini. Secara khususnya, sebagai sebahagian daripada pelan pertumbuhan perniagaan 10 tahun syarikat, Reza Group berhasrat untuk melabur sejumlah lebih RM1.4 bilion dengan matlamat untuk mewujudkan 450 restoran di seluruh Negara pada tahun 2025, dianggarkan mampu mewujudkan sekurang-kurangnya 10,000 peluang pekerjaan. Sehingga kini, McDonald’s mempunyai 265 restoran di seluruh Malaysia dengan lebih 12,000 tenaga kerja yang mengagumkan dan berdedikasi dari kalangan rakyat Malaysia.

Similar Posts
Kempen ‘Ibu Sejati’ Lady’s Choice Dorong Para Ibu Malaysia untuk Melakukan Yang Terbaik
Kempen ‘Ibu Sejati’ Lady’s Choice Dorong Para Ibu Malaysia untuk Melakukan Yang Terbaik
Jenama mayonis terkemuka melibatkan ibu-ibu dalam misi untuk mencabar stereotaip ibu yang sempurna Kuala Lumpur, 10 April 2018 – Peranan...
STARBUCKS® BOTOL KOLEKSI TEH FRAPPUCCINO® KINI BOLEH DIDAPATI DI MALAYSIA
STARBUCKS® BOTOL KOLEKSI TEH FRAPPUCCINO® KINI BOLEH DIDAPATI DI MALAYSIA
Kuala Lumpur, 21 Mac 2018 – Starbucks Malaysia memperkenalkan dua Botol Frappuccino® minuman baharu yang berasaskan teh – Botol Matcha...
BEBASKAN SELERA RAKSASAMU DENGAN KFC ZINGER CHEEZILLA TERBARU
BEBASKAN SELERA RAKSASAMU DENGAN KFC ZINGER CHEEZILLA TERBARU
KUALA LUMPUR, 22 Mac 2018 – KFC Malaysia melangkah setapak lagi ke hadapan menerusi ciptaan burger hebat terbaru – KFC...