Ulasan filem: The Greatest Showman

Ulasan filem: The Greatest Showman

Cerita tentang miskin jadi kaya ini dah banyak kali diulang (saya terkesan dengan filem Great Expectations arahan Alfonso Cuarón yang meneroka premis miskin kaya ini dengan mendalam kerana sumber rujukannya dari karya Charles Dickens, kemudian karya Hamka – Tenggelamnya Kapal van der Wijck yang mana miskin kayanya meneroka hal adat). Bila The Greatest Showman cuba mengangkat cerita miskin kaya berdasarkan kisah sebenar P. T. Barnum, penubuhan Barnum & Bailey Circus dan dunia showbiz secara longgar, saya mati-matian ingat ianya filem tentang magis semata (kerana pernah melihat Hugh Jackman dalam filem The Prestige) sehinggalah diberitahu rakan wartawan it was a musical disguised as a freak show. Dan ianya bahaya sebab nyawanya dipegang oleh muzik itu sendiri. Perlahan-lahan magisnya hilang jika ingin dibanding dengan filem seperti Big Fish.

Kena akui, cerita dalam filem The Greatest Showman ini amat formulaik dan penulisannya agak malas kerana mahu menjual muzik hasil bikinan Pasek and Paul (sebelum ini mereka dalam filem La La Land). Lagu-lagunya saya tak minat sebab tiada yang beri kesan dan impak langsung pada saya (sebab saya dah banyak dengar muzik sebegini dan komposer pun tiada usaha untuk memecah monotoni muzik). Latar filemnya abad ke-19 tetapi mahu muziknya kedengaran lebih moden, itupun Baz Luhrmann buat lebih baik melalui Moulin Rouge! dan The Great Gatsby.

image

The Greatest Showman  sebenarnya menarik saya ke pagawam kerana rekaan produksi oleh Nathan Crowley yang pernah bikin filem The Prestige arahan Christopher Nolan, juga lakonan Hugh Jackman. Bahagian ini saya kira dibuat dengan cemerlang. Dan sejak filem ini ada Michelle Williams, luka filem ini boleh dibasuh dengan filem baru lain lakonannya, All The Money In The World.

Rating: 5/10

Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 28 Disember 2017
Genre: Drama / Muzikal
Durasi: 1 Jam 45 Minit
Pengedar: 20th Century Fox
Pelakon: Hugh Jackman, Zac Efron, Rebecca Ferguson, Michelle Williams, Zendaya
Pengarah: Michael Gracey

Share This
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Similar Posts
GERAN: APA KATA PENONTON?
GERAN: APA KATA PENONTON?
Filem aksi yang mempertaruhkan seni silat ini jarang (mungkin kali terakhir bila Z Lokman mempersembahkan Mahaguru tahun lalu tapi tak...
Festival Filem Kesatuan Eropah kembali lagi!
Festival Filem Kesatuan Eropah kembali lagi!
Perjalanan sinematik sepanjang Eropah melalui 19 filem pemenang anugerah KUALA LUMPUR, 1 Oktober 2019: Festival Filem Kesatuan Eropah (EUFF), antara...
Japanese Film Festival 2019 Officially Launched
Japanese Film Festival 2019 Officially Launched
“Little Nights, Little Love” kicks off JFF 2019 in Klang Valley KUALA LUMPUR — The Japanese Film Festival 2019 officially...