Majlis Penyerahan Mobilepreneur@ KKLW Peringkat Negeri Selangor

Majlis Penyerahan Mobilepreneur@ KKLW Peringkat Negeri Selangor

Padang Awam Kg. Setia, Kuang Selangor 31 Disember 2017 – Mobilepreneur@KKLW merupakan program inisiatif YB Dato Sri Ismail Sabri bin Yaakob untuk melahirkan usahawan belia luar bandar yang menjalankan perniagaan berkonsepkan perkhidmatan bergerak dengan menggunakan motosikal. Program ini mula diperkenalkan pada Mei, 2016 dalam mencapai sasaran membandarkan luar bandar. Program Mobilepreneur memperkenalkan konsep perniagaan yang menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan kemahiran terus ke rumah atau ke mana-mana saja lokasi berbanding dengan usahawan bergerak sedia ada yang hanya tertumpu kepada penjualan atau penghantaran makanan.

image

image

Program Mobilepreneur @KKLW lebih menumpukan kepada perniagaan berbentuk perkhidmatan-perkhidmatan yang terdiri daripada 13 bidang terpilih iaitu perkhidmatan automatif, motosikal, elektrikal, penghawa dingin ,j ahitan, gunting dan dandanan rambut, senggaraan bangunan, senggaraan paip, fotografi, kimpalan, komputer, elektornik serta perkhidmatan spa dan kecantikan.

image

image

image

Pada pembentangan bajet 2017 oleh YAB PM, peruntukan sebanyak RM30 juta diberi untuk melahirkan 3,000 usahawan bergerak di bawah Program Mobilepreneur@KKLW. Ini menj adi perangsang kepada GIATMARA dan FELCRA Training & Consultancy (FTC) selaku agensi pelaksana unutk membantu melahirkan lebih ramai usahawan luar bandar.

Similar Posts
Majlis Berbuka Puasa Ichux Raver: Sekumpulan remaja ditangkap
Majlis Berbuka Puasa Ichux Raver: Sekumpulan remaja ditangkap
Sekumpulan remaja bawah umur ditahan pihak berkuasa di pusat membeli-belah Suria KLCC maghrib tadi, dikatakan sedang berkumpul untuk menantikan ketua...
KUCING INI MEMILIH MAKANANNYA SENDIRI DI PASARAYA
KUCING INI MEMILIH MAKANANNYA SENDIRI DI PASARAYA
Kami terserempak dengan kucing ini di sebuah pasaraya ketika sedang memilih makanan tengaharinya. Si penjual mesra melayan kerenah pelanggannya yang...
SYARIKAT MILIK PENUH MALAYSIA MENERAJUI BLOCKCHAIN FORUM DENGAN BARISAN PANEL TERKEMUKA PERINGKAT ANTARABANGSA
SYARIKAT MILIK PENUH MALAYSIA MENERAJUI BLOCKCHAIN FORUM DENGAN BARISAN PANEL TERKEMUKA PERINGKAT ANTARABANGSA
Kuala Lumpur, 14 April 2018 – Sebuah syarikat milik Malaysia, Ledgit mengorak langkah dalam industri transaksi ekonomi digital lejar dengan...