SHEILA ON 7 kembali berkonsert di Kuala Lumpur untuk tahun 2018

SHEILA ON 7 kembali berkonsert di Kuala Lumpur untuk tahun 2018

Grup legenda popular lndonesia, Sheila On 7 bakal muncul kembali dalam sebuah konsert yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada Sabtu, 10 Februari 2018 di StarXpo Hall, KWC Fashion Mall, Kuala Lumpur bermula 8.30 malam.

Selepas muncul dengan konsert hebat dan laris pada Mac 2016, Duta, Eros, Adam, dan Brian akan kembali pula dalam sebuah konsert khas buat semua peminat Malaysia dalam sebuah konsert berjudul “SHEILA ON 7 LIVE IN KUALA LUMPUR 2018″. Konsert dengan durasi dua (2) dan setengah jam tidak boleh dilepaskan oleh mana-mana peminat mereka kerana grup hebat ini akan mempersembahkan repertoire dari album pertama mereka sehinggalah lagu-lagu seperti ‘Sephia’, ‘Pria Kesepian’ ‘Melompat Lebih Tinggi’, ‘ Seberapa Pantas ‘ dan banyak lagi lagu kegemaran ramai.

Konsert ini diadakan bertujuan untuk meraikan sokongan besar dari ribuan peminat setia mereka di Malaysia dan sekitar rantau ini. Penantian ini bakal berakhir dengan konsert ini pada tarikh 10 Februari 2018.

image

image

Tiket-tiket dijual dengan harga RM315 (Meet & Greet), RM215 (Diamond), RM165 (Platinum), RM125 (Gold) dan RM85 (silver). Tiket mula dijual mulai 21 Disember 2017 di www.myticket.asia.

Peminat setia Sheila On 7 akan mendapat peluang untuk bertemu dengan mereka dengan pembelian tiket Meet & Greet dan akan mendapat barangan percuma.

Konsert ini juga disokong oleh HOT FM & KOOL FM stesen radio rasmi dand Rentak Sejuta sebagai rakan media.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi 03-8605 0195 / 012-256 0082 atau layari ww.shirazprojects.com.

SHEILA ON 7 LIVE IN KUALA LUMPUR 2018 dianjurkan oleh No Fear Sdn Bhd & Shiraz Projects Sdn Bhd.

Similar Posts
ITALY’S BEST DEFENCE SYSTEMS PARTICIPATE AT THE BIENNIAL DEFENCE SERVICES ASIA IN KUALA LUMPUR
ITALY’S BEST DEFENCE SYSTEMS PARTICIPATE AT THE BIENNIAL DEFENCE SERVICES ASIA IN KUALA LUMPUR
The World’s Best from Italy Offering Clear Specific Advanced Products and Services is Presented by the Italian Trade Agency KUALA LUMPUR,...
HEINEKEN® SHARES THE DRAMA OF THE UEFA CHAMPIONS LEAGUE WITH MALAYSIAN FANS
HEINEKEN® SHARES THE DRAMA OF THE UEFA CHAMPIONS LEAGUE WITH MALAYSIAN FANS
UEFA Champions League legend Ronaldinho arrives for the UEFA Champions League Trophy Tour presented by Heineken® in Malaysia. The drama...
AQERAT IS COMING HOME, MALAYSIA PREMIERE IN MIFFEST
AQERAT IS COMING HOME, MALAYSIA PREMIERE IN MIFFEST
KUALA LUMPUR – 26th February 2018 – One of the 2nd Malaysia International Film Festival (MIFFest) screening film – <AQERAT> had...