Fedi Nuril bakal kembali bersama Garasi, promosi Ayat Ayat Cinta 2 di Malaysia

Fedi Nuril bakal kembali bersama Garasi, promosi Ayat Ayat Cinta 2 di Malaysia

Fedi Nuril yang merupakan gitaris band Garasi (juga menjadi tajuk filem yang sama) menyatakan akan reunion dan merakam single bersama bandnya itu tahun ini sejak kepulangan vokalisnya, Ayu Ratna ke Indonesia.

Dalam masa yang sama juga beliau sedang berada di Malaysia untuk mempromosikan filem terbaru lakonannya, Ayat Ayat Cinta 2 di mana beliau kembali membawakan watak Fahri yang menjadi kegilaan para wanita. Filem edaran Antenna Entertainments ini turut menampilkan lakonan dua pelakon dari Malaysia, Nur Fazura dan Bront Palarae. Di pawagam mulai 11 Januari 2018.

image

image

Sinopsis: Filem sekuel kepada “Ayat-Ayat Cinta” yang pernah keluar pada tahun 2008 ini berkisarkan tentang Fahri yang kini tinggal di Edinburgh. Bekerja sebagai pensyarah di Universiti Edinburgh, dia menyibukkan diri dengan kerjanya itu walaupun sukar untuk melupakan isterinya, Aisha yang tiada perkhabaran berita sejak tujuh bulan menjadi sukarelawan di Gaza, Palestine. Dalam pada masa yang sama, Fahri didekati oleh sepupu Aisha yang bernama Hulya.

Bahasa: Indonesia
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 11 Januari 2018
Genre: Drama / Romantik
Durasi: 2 Jam 8 Minit
Pengedar: Antenna Entertainments
Pelakon: Fedi Nuril, Dewi Sandra, Chelsea Islan, Tatjana Saphira, Nur Fazura,  Bront Palarae
Pengarah: Guntur Soeharjanto

image

Similar Posts
Tayangan Perdana Sedunia LEE CHONG WEI (Versi Tambahan 133 Minit)
Tayangan Perdana Sedunia LEE CHONG WEI (Versi Tambahan 133 Minit)
TAYANGAN PERDANA SEDUNIA LEE CHONG WEI (VERSI TAMBAHAN 133 MINIT) TIKET MULA DIJUAL 20 JANUARI 2018 Kuala Lumpur, 16 Januari...
[GALERI FOTO] Sekitar malam gala filem Ayat Ayat Cinta 2
[GALERI FOTO] Sekitar malam gala filem Ayat Ayat Cinta 2
AYAT-AYAT CINTA 2 KISAH CINTA AGUNG 2018 KUALA LUMPUR, 8 JANUARI 2018 – Pawagam Golden Screen Cinemas di Pavilion gamat...
Rizal Halim Tidak Lagi Terlibat Dengan Projek Filem KELUANG MAN ZERO
Rizal Halim Tidak Lagi Terlibat Dengan Projek Filem KELUANG MAN ZERO
Pengarah filem Rizal Halim (Lurking Woods) yang sebelum ini dikhabarkan terlibat dengan projek filem adaptasi animasi superhero tempatan iaitu KELUANG...