[GALERI FOTO] Sekitar malam gala filem Ayat Ayat Cinta 2

[GALERI FOTO] Sekitar malam gala filem Ayat Ayat Cinta 2

AYAT-AYAT CINTA 2 KISAH CINTA AGUNG 2018

KUALA LUMPUR, 8 JANUARI 2018 – Pawagam Golden Screen Cinemas di Pavilion gamat hari ini apablla dibanjiri lebih 500 tetamu jemputan Antenna Entertainments yang hadir bagi menjadi penonton terawal filem pecah panggung terbitan MD Pictures berjudul AYAT-AYAT ClNTA 2. Tayangan Perdana yang berlangsung meriah ini telah dihadiri oleh barisan media cetak dan elektronik, artis-artls ternama tanahair, ahli-ahli kenamaan negara serta tetamu diRaja iaitu Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin Abd. Rahman.

Filem AYAT-AYAT CINTA 2 merupakan filem sekuel yang diterbitkan setelah 10 tahun filem Ayat-Ayat Cinta dihasilkan. Filem yang diadaptasi daripada novel sensasi karya Habiburrahman El Shirazy, mengekalkan hero asal filem ini iaitu Fedi Nuril. AYAT-AYAT ClNTA 2 mengisahkan Fahri Abdullah (Fedi Nuril) yang Hidup keseorangan di Edinburgh, bersama pembantunya Hulusi (Pandji Pragiwaksono). Fahri telah kehilangan isterinya Aisha yang menjadi sukarelawan di Gaza. Semenjak ketiadaan isterinya, Fahri hidup dalam kesedihan dan sering melakukan kesiiapan yang membahayakan dirinya. Kehidupannya menjadi semakin rumit dengan kehadiran saudara Aisha, Hulya yang menyimpan perasaan terhadap Fahri. Mampukah Fahri teguh pada cintanya yang agung kepada Aisha atau membuka hatinya untuk menerima cinta agung yang baru? Filem cinta penuh tragis ini juga dibintangi pelakon Indonesia seperti Tatjana Saphira, Chelsea Islan dan Dewi Sandra telah diserikan juga dengan penampilan khas bintang filem tempatan, Nur Fazura dan Bront Palarae.

Filem AYAT-AYAT CINTA 2 merupakan filem arahan Guntur Soehardjanto yang sebelum ini telah merangkup pelbagai anugerah di Festival Filem Indonesia 2005 bagi filem arahannya. Di Indonesia, filem AYAT-AYAT CINTA 2 telahpun ditonton Iebih dua (2) juta penonton sejak ditayangkan pada 21 Disember 2017 yang Ialu.

Jangan lepaskan peluang untuk menonton sebuah kisah cinta agung AYAT-AYAT CINTA 2 yang bakal menemui Deminat-peminat filem Indonesia di Malaysia, Singapura dan Brunei bermula 111anuari 2018. Untuk makiumat Ianjut mengenai Ayat-Ayat Cinta 2, ikut akaun |nstagram @filmaacz atau akaun Facebook dan Instagram @antennaentertainments.

Similar Posts
FESTIVAL MUZIK K-WAVE 3 KEMBALI DENGAN BARISAN BINTANG TERNAMA
FESTIVAL MUZIK K-WAVE 3 KEMBALI DENGAN BARISAN BINTANG TERNAMA
PENGGUNA MCALLS BERPELUANG BELI TIKET DUA HARI LEBIH AWAL SEBELUM JUALAN UMUM PADA 1 JULAI Kuala Lumpur, 27 Jun 2018...
Showcase PROJECTOR BAND di Quill City Mall
Showcase PROJECTOR BAND di Quill City Mall
PROJECTOR BAND yang lebih dikenali dengan genre rock Melayu ditubuhkan pada 25 Disember 2013 bertempat di Kuala Kubu Bharu, Selangor...
U MOBILE PRESENTS ALBERT HAMMOND JR AS PART OF ITS EXCLUSIVE PRE-GOOD VIBES FESTIVAL 2018 PARTY
U MOBILE PRESENTS ALBERT HAMMOND JR AS PART OF ITS EXCLUSIVE PRE-GOOD VIBES FESTIVAL 2018 PARTY
KUALA LUMPUR, 21 JUNE 2018 – U Mobile’s pre-Good Vibes Festival party on 18 July 2018 will feature Albert Hammond...