Tayangan Perdana Sedunia LEE CHONG WEI (Versi Tambahan 133 Minit)

Tayangan Perdana Sedunia LEE CHONG WEI (Versi Tambahan 133 Minit)

TAYANGAN PERDANA SEDUNIA LEE CHONG WEI (VERSI TAMBAHAN 133 MINIT)

TIKET MULA DIJUAL 20 JANUARI 2018

Kuala Lumpur, 16 Januari 2018 – Peminat Badminton dan Datuk Wira Lee Chong Wei bakal
menjadi saksi kepada tayangan sulung filem LEE CHONG WEI versi tambahan berdurasi 133
minit pada 9 Mac 2018 di Stadium Nasional, Kuala Lumpur Sports City.

Acara ‘Tayangan Perdana Sedunia Lee Chong Wei Versi Tambahan 133 minit’ itu akan dihadiri
Chong Wei dan keluarga, jaguh-jaguh badminton negara, selebriti serta pengarah dan para
pelakon filem LEE CHONG WEI.

Filem arahan Teng Bee itu mengisahkan kehidupan awal Chong Wei yang penuh liku sehingga
menjadi pemain badminton nombor satu dunia.

Tarikan utama majlis anjuran CB PICTURES dan SKY EVENTS dengan kerjasama MAHU
PICTURES ini ialah tayangan filem LEE CHONG WEI versi tambahan berdurasi 133 minit yang
tidak akan ditayangkan di mana-mana pawagam.

Filem berkenaan akan ditayangkan di dalam stadium menggunakan layar gergasi LED
berukuran 40 meter X 17 meter, sekali gus menjadikannya sebagai majlis tayangan perdana
filem terbesar di Malaysia. Ia dijangka dihadiri sekurang-kurangnya 20,000 penonton dan
bakal dicatatkan dalam The Malaysia Book of Records.

Penerbit Eksekutif Filem, Datuk Joe Lee berkongsi, “Chong Wei belum lagi menonton filem
berkenaan dan akan menyaksikannya buat pertama kali bersama penonton yang hadir pada
majlis yang berlangsung pada 9 Mac. Ia akan menjadi majlis istimewa buat Chong Wei dan
semua yang hadir,” katanya.

Dalam majlis berkenaan, peminat juga boleh menyaksikan acara Permaidani Merah
sepanjang 100 meter yang mengalu-alukan kedatangan jaguh-jaguh badminton tanah air,
para pelakon filem ini serta tetamu selebriti. Pihak penganjur akan turut menjemput skuad
badminton Negara yang menjuarai Piala Thomas 1992 ke acara penuh bermakna ini.


Selain itu, penonton juga akan dihiburkan dengan persembahan para penyanyi popular yang
bakal diumumkan kelak. Mereka akan menyanyikan lagu-lagu tema filem.

Sekurang-kurangnya 10 gerai penaja akan diadakan di dalam Stadium Nasional dan ia akan
bermula sebaik pintu stadium dibuka untuk penonton bermula jam 4 petang pada 9 Mac.

Tiket untuk acara berharga RM88, RM108, RM128 dan RM168 boleh dibeli menerusi laman
web WWW.MYTICKET.ASIA mulai 20 Januari 2018. Sebarang pertanyaan mengenai tiket
boleh dikemukakan di talian +603 8605 0195.

Setiap pembelian tiket membolehkan penonton menerima secara percuma, sehelai
kemeja-T filem LEE CHONG WEI yang bernilai RM59, sekeping tiket filem LEE CHONG WEI di
pawagam GSC, sekeping poster edisi terhad filem LEE CHONG WEI yang ditandatangani
terdahulu oleh Chong Wei dan para pelakon serta satu beg tenunan tajaan filem. Semua ini
akan diedarkan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada hari tayangan perdana tersebut.

Selain itu, pembeli tiket juga berpeluang memenangi hadiah menarik untuk cabutan bertuah
seperti raket badminton YONEX LEE CHONG WEI sebanyak 100 unit, telefon pintar SAMSUNG
(5 unit), buku filem (30 unit) dan pelbagai lagi hadiah menarik disediakan.

Filem LEE CHONG WEI diedarkan oleh GSC Movies dengan kerjasama penaja persembahan
CNI, penaja utama YONEX dan PARKSON; HWA TAI (biskut rasmi); 100PLUS (minuman isotonik
rasmi); PENTENS (bahan binaan rasmi); MANDARIN ORIENTAL KUALA LUMPUR (hotel rasmi);
SANWA (pencetak rasmi); ISUZU (kenderaan rasmi), GARNIER MEN (produk penjagaan kulit
rasmi), POWERNET (pelabur hartanah rasmi), dan penghargaan khas kepada SAMSUNG.

Similar Posts
2nd Malaysia International Film Festival and Malaysia Golden Global Awards: FULL SCREENING AND TICKETING SCHEDULE UNVEILED
2nd Malaysia International Film Festival and Malaysia Golden Global Awards: FULL SCREENING AND TICKETING SCHEDULE UNVEILED
ANN HUI TO BE GIVEN LIFETIME ACHIEVEMENT AWARD   KUALA LUMPUR, 8th February 2018  – The 2nd Malaysia International Film...
AKAN DATANG: THINK BIG BIG, FILEM TERBARU DARI PENGARAH OLABOLA
AKAN DATANG: THINK BIG BIG, FILEM TERBARU DARI PENGARAH OLABOLA
Chiu Keng Guan yang sebelum ini pernah mengarah filem The Journey dan Olabola bakal membawakan filem terbaru, Think Big Big....
[GALERI FOTO] Sekitar malam gala filem Ayat Ayat Cinta 2
[GALERI FOTO] Sekitar malam gala filem Ayat Ayat Cinta 2
AYAT-AYAT CINTA 2 KISAH CINTA AGUNG 2018 KUALA LUMPUR, 8 JANUARI 2018 – Pawagam Golden Screen Cinemas di Pavilion gamat...