Mei Fen Lim Menerajui Teater TANAH AIRKU,

Mei Fen Lim Menerajui Teater TANAH AIRKU,

Pada 24, 26 dan 27 Januari 2018 ini, sebuah produksi anak-anak seni ASWARA iaitu teater yang bertajuk TANAH AKHIRKU akan dipentaskan di Panggung Eksperimen, Aswara, jam 8.30 malam. Lakonan utama pelakon muda berbakat besar Mei Fen Lim dan Anwar Rusdini, berdasarkan idea asal Mei Fen Lim sendiri dan skrip pentas digarap oleh Xavier Fong dan Siti Jasmina Ibrahim, diarahkan oleh pengarah muda Ashraf Zainul.

Tanah Akhirku adalah sebuah naskhah yang mengajak penonton untuk melihat pembentukan negara Malaysia melalui perspektif yang berbeza. Kaum Cina yang telah datang berhijrah ke Tanah Melayu pada era penjajahan British turut memainkan peranan besar dalam pembentukan masyarakat Malaysia yang majmuk seperti yang ada pada masa kini. Kita tidak dapat menafikan sumbangan para imigran Cina dan India yang datang untuk memajukan Tanah Melayu dari segi ekonomi dan juga budaya.

Tanah Akhirku akan dipersembahkan di dalam bahasa Melayu, Cina dan Inggeris dengan sarikata bahasa. Tempahan tiket boleh dibuat dengan menghubungi Bahirah di talian 011-29044245.

Nota: tiket untuk persembahan pada 24 Januari telah ‘sold out’.

image

image

image

Similar Posts
MUZIK DI ILHAM – Jumpa Dalam Reban: BerkenaanUsaha Menjejak Piring Hitam Malaysia
MUZIK DI ILHAM – Jumpa Dalam Reban: BerkenaanUsaha Menjejak Piring Hitam Malaysia
10 Februari 2018, 3:00 petang, bertempat di Galeri Ilham Pengarah Penang House of Music, Paul Augustin, bercerita tentang pengalaman beliau...
Sessi Preview Latihan OlaBola The Musical (Update)
19 Jan 2018 – Kami telah dijemput untuk preview sessi latihan Teater OlaBola The Musical di Istana Budaya. Wooww sangat!...
CIMB dan Enfiniti bakal membawakan OLABOLA THE MUSICAL You Will Believe Again
CIMB dan Enfiniti bakal membawakan OLABOLA THE MUSICAL You Will Believe Again
ENFINITI ANNOUNCES CIMB AS PRESENTING SPONSOR AND UNVEILS STELLAR CAST AND ENSEMBLE FOR OLABOLA THE MUSICAL KUALA LUMPUR, 16 OCTOBER...