GEDUNG TERKEMUKA KL MENGIMBAU KEMBALI TRADISI BUDAYA DAN KEMERIAHAN TAHUN BAHARU CINA

GEDUNG TERKEMUKA KL MENGIMBAU KEMBALI TRADISI BUDAYA DAN KEMERIAHAN TAHUN BAHARU CINA

Kuala Lumpur, 25 Januari 2018 – Sambutan Tahun Baharu Cina di Suria KLCC dan Alamanda akan membawa anda kembali ke masa lalu untuk merasai keasyikan suasana yang memikat hati sambil menghirup teh di perkampungan Cina yang indah. Pengunjung disajikan dengan pemandangan rumah warisan dua tingkat yang bercirikan seni bina tradisional Cina dengan deretan kedai lama dan hiasan lampu tanglung merah yang dipasang bagi menyambut perayaan kali ini.

Hadir di acara perasmian sambutan Tahun Baharu Cina tersebut termasuk pihak pengurusan Suria KLCC Sdn Bhd, Andrew Brien, Pengarah Eksekutif / Ketua Pegawai Eksekutif; Francis Tan, Ketua Pegawai Operasi; Ben Chong, Pengurus Besar Suria KLCC serta Edmund Lim dan Yap Sook Yee, pengasas bersama Persatuan We Care Journey.

Berinsipirasikan semangat perayaan, dekorasi di Suria KLCC menggabungkan ciri-ciri tradisional dengan paparan berhubung proses pembuatan teh. Selain itu, pokok bunga plum setinggi 20 kaki yang dihiasi dengan juntaian 1,000 riben berwarna merah dan emas simbolik kepada harapan baharu untuk tahun mendatang pastinya akan menarik minat para pengunjung untuk berswafoto.

Dekorasi di setiap pintu masuk Utama Suria KLCC turut memaparkan suasana upacara minum the kaum Cina yang melambangkan intipati perayaan tersebut iaitu penyatuan ahli keluarga. Selain itu, Tahun Baharu Cina juga adalah momen penting bagi menyatukan masyarakat Malaysia dari pelbagai agama, kepercayaan dan latarbelakang.

Suria KLCC juga turut sekali lagi membina tanglung Cina di Esplanade KLCC. Struktur hebat ini yang berukuran 22-meter tinggi dan 12-meter lebar merupakan replika tanglung tertinggi di Malaysia yang telah disahkan oleh The Malaysia Book of Records. Pengunjung berpeluang bergambar dengan struktur menarik ini sehingga 22 Februari.

Pelbagai Pertunjukan yang Mengujakan

Mari berkunjung ke Suria KLCC bersama keluarga untuk menikmati persembahan yang memukau, seperti tarian singa, pertunjukkan akrobatik Cina, persembahan muzik Cina (Gu-Zheng) dan penampilan ‘Dewa Kemakmuran’ yang akan berlangsung dari 25 Januari hingga 18 Februari 2018. Pengunjung ke Alamanda dan Mesra Mall juga turut disajikan dengan tarian singa dan pelbagai aktiviti yang mengujakan.

Waktu untuk Memberi Kembali

Selain dari hiasan kreatif dan unik, Suria KLCC turut memberi sokongan untuk menyebarkan kegirangan Tahun Baharu Cina kepada We Care Journey melalui penubuhan tabung ‘Share The Care’. Tujuan penubuhan tabung ini adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap

Spinal Muscular Atrophy (SMA), dan juga mengumpul dana minima sebanyak RM10,000 dari 25 Januari hingga 28 Februari 2018.

Setiap pembeli dan pengunjung yang meyumbang RM10 bagi tujuan tersebut akan menerima riben merah sebagai tanda apresiasi sokongan mereka. Para penyumbang digalakkan untuk menulis nama atau mesej mereka di atas riben dan seterusnya menggantung riben tersebut pada pokok bunga plum yang terletak di pintu masuk Park Mall Suria KLCC. Semua sumbangan akan disalurkan kepada We Care Journey untuk pembelian peralatan kesihatan, serta menjayakan program We Care Journey untuk kesejahteraan keluarga dan kanak-kanak yang menghidapi SMA.

Untuk maklumat lanjut mengenai SMA dan We Care Journey, sila layari www.wecarejourney.org.

Berbelanja dan Nikmati Ganjaran

Untuk memeriahkan lagi sambutan Tahun Baharu Cina, bersedialah untuk menikmati ganjaran bila berkunjung ke Suria KLCC dan Alamanda pada musim perayaan ini. Mulai 25 Januari hingga 18 Februari 2018, pembeli di Suria KLCC akan menerima satu set teko teh Cina dan sampul merah dengan setiap pembelian minima sebanyak RM1,000 dan ke atas di dalam satu resit. Melalui pembelian pada hari minggu, pengunjung berpeluang menikmati hidangan di Restoran Spring Garden untuk 10 orang dengan pembelian minima sebanyak RM3,500 dan ke atas di dalam satu resit.

Para pembeli di Alamanda berpeluang menerima satu set teko teh Cina dan sampul merah dengan setiap pembelian minima sebanyak RM688 dan ke atas di dalam dua resit yang dikumpul. Pembeli di Alamanda juga berpeluang memenangi hadiah atau baucar beli-belah yang bernilai sehingga RM50 bagi jumlah pembelian minima yang sama dibuat pada hari Isnin hingga hari Jumaat sahaja untuk 30 pembeli pertama setiap hari.

Pembeli di Mesra Mall pula akan menerima satu set teko teh Cina dan sampul merah dengan setiap pembelian minima sebanyak RM350 dan ke atas di dalam dua resit yang dikumpul.

 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai promosi dan aktiviti Tahun Baharu Cina di gedung-gedung tersebut, sila layari  www.suriaklcc.com.my, www.alamanda.com.my or www.mesramall.com.my.

Similar Posts
MONOPOLY CHEATERS EDITION MAKES MALAYSIAN DEBUT
MONOPOLY CHEATERS EDITION MAKES MALAYSIAN DEBUT
What can you get away with? KUALA LUMPUR, 14 Aug 2018 – Cheaters alert! The highly anticipated Monopoly Cheaters Edition...
Majlis Berbuka Puasa Ichux Raver: Sekumpulan remaja ditangkap
Majlis Berbuka Puasa Ichux Raver: Sekumpulan remaja ditangkap
Sekumpulan remaja bawah umur ditahan pihak berkuasa di pusat membeli-belah Suria KLCC maghrib tadi, dikatakan sedang berkumpul untuk menantikan ketua...
KUCING INI MEMILIH MAKANANNYA SENDIRI DI PASARAYA
KUCING INI MEMILIH MAKANANNYA SENDIRI DI PASARAYA
Kami terserempak dengan kucing ini di sebuah pasaraya ketika sedang memilih makanan tengaharinya. Si penjual mesra melayan kerenah pelanggannya yang...