MUZIK DI ILHAM – Jumpa Dalam Reban: BerkenaanUsaha Menjejak Piring Hitam Malaysia

MUZIK DI ILHAM – Jumpa Dalam Reban: BerkenaanUsaha Menjejak Piring Hitam Malaysia

10 Februari 2018, 3:00 petang, bertempat di Galeri Ilham

Pengarah Penang House of Music, Paul Augustin, bercerita tentang pengalaman beliau membongkar, menyelamat dan mengarkib sejumlah piring hitam Malaysia yang pernah diedarkan satu masa dulu.

Projek ini menyaksikan beliau menggeledah pelbagai piring hitam dan piring batu tempatan yang penting dan bernilai tinggi yang ditemuinya di tempat-tempat yang tidak disangkakan — di bawah rumah kampung, dalam reban ayam yang sudah ditinggalkan, di kedai-kedai barangan bekas. Satu sesi pemutaran piring hitam bakal memainkan lagu-lagu di era Merdeka dan dekad 1960-an yang sudah hilang, tidak diketahui atau dilupakan.

Daryl Goh, wartawan, deejay dan peminat tegar muzik akan menjadi moderator untuk sesi ini.

image

Similar Posts
The Regent of Kelantan Attends ‘Kelantan: Splendeurs d’un Sultanat’ Exhibition in France
The Regent of Kelantan Attends ‘Kelantan: Splendeurs d’un Sultanat’ Exhibition in France
Paris, France, 2 April 2018 – Key officials, diplomats and authorities from France and Malaysia in Paris gathered around HRH Regent...
Mei Fen Lim Menerajui Teater TANAH AIRKU,
Mei Fen Lim Menerajui Teater TANAH AIRKU,
Pada 24, 26 dan 27 Januari 2018 ini, sebuah produksi anak-anak seni ASWARA iaitu teater yang bertajuk TANAH AKHIRKU akan...
Sessi Preview Latihan OlaBola The Musical (Update)
19 Jan 2018 – Kami telah dijemput untuk preview sessi latihan Teater OlaBola The Musical di Istana Budaya. Wooww sangat!...