MBO SEMARAKKAN KERIANGAN KE IPOH DENGAN PELANCARAN PAWAGAM TERBARU DI AEON FALIM IPOH

MBO SEMARAKKAN KERIANGAN KE IPOH DENGAN PELANCARAN PAWAGAM TERBARU DI AEON FALIM IPOH

Cawangan terbaharu dengan panggung khas menjanjikan pengalaman yang selesa, menarik dan pengalaman sinematik yang tidak dapat dilupakan buat para penonton di Ipoh

IPOH, 24 Januari – Salah satu rangkaian pawagam terkenal di Malaysia, MBO Cinemas terus memperluaskan rangkaian pawagamnya dengan perlancaran cawangan terbaru di AEON Midtown Falim, Ipoh.

Dengan pelaburan melebihi RM14 juta, ini akan menjadi cawangan MBO yang ke-27 di dalam negara dan mempromosikan dua konsep tayangan yang unik, KECIL dan BIG SCREEN, dimana kedua-duanya bakal diperkenalkan buat julung kalinya di bandar ini.

Cheah Chun Wai, Ketua Pegawai Operasi MBO Cinemas menyebut bahawa syarikat sangat teruja untuk menyediakan warga Ipoh dengan peluang merasai sendiri kehebatan teknologi dan konsep terbaru panggung MBO dengan memperkenalkan konsep tayangan khas KECIL dan Big Screen yang pertama di wilayah utara.

“Dengan pelancaran KECIL dan BIG SCREEN, kami mahukan penonton filem di Ipoh untuk merasai perspektif berbeza apabila mengunjungi panggung wayang, justeru it kami menyediakan segala kemudahan ini dengan harga tiket yang berpatutan.

“Penonton sudah pasti akan teruja dengan pengalaman sinematik berteknologi canggih sehingga mereka mungkin terlupa yang mereka sedang berada di dalam panggung wayang,” kata Chun Wai.

Unique Viewing Concepts at MBO Falim Ipoh

KECIL – Di sini, imaginasi anak anda bakal menerawang dengan bebas: di mana ia adalah panggung wayang pertama di jajaran utara yang direka khas untuk memenuhi keperluan ibu bapa dan anak-anak dengan menyediakan ciri-ciri seperti berikut:-

  • Katil sofa untuk hari menonton filem bersama keluarga.
  • Kerusi “Bean” untuk kanak-kanak yang selesa.
  • Taman permainan yang dibina di dalam panggung supaya kanak-kanak dapat

bermain pada bila-bila masa sewaktu filem ditayangkan.

  • Bilik salin lampin yang mudah diakses.
  • Audio yang lebih perlahan dan lampu yang lebih terang di dalam dewan untuk

keselamatan dan ketenteraman minda ibu bapa.

Big Screen: Keseronokan buat mereka yang gemar menonton filem di skrin yang besar, MBO dengan moto saiz itu penting memperkenalkan salah satu skrin terbesar di Ipoh dengan skrin Premium Large Format-nya yang tersendiri untuk pengalaman berimpak tinggi. Dewan pawagam ini yang dilengkapi teknologi canggih merupakan hasil kolaborasi bersama BARCO dan DOLBY ATMOS®. BARCO, projektor RGB laser utama, yang juga merupakan teknologi yang pertama seumpama ini di Malaysia, memaparkan kualiti imej sofistikated ke skrin besar dengan kecerahan cahaya yang mengagumkan, kontras warna yang tinggi dan prestasi warna yang unggul. DOLBY ATMOS® meningkatkan mutu tontonan dengan sistem bunyi yang kaya dan realistik dimana ia memberi impak yang luar biasa terhadap adegan filem yang luar biasa di layar perak.

“Kami ingin memberikan warga Ipoh pengalaman yang tidak ternilai apabila mereka mengunjungi MBO Falim dan untuk itu kami telah mengambil inisiatif tambahan untuk melengkapi dewan pawagam kami dengan kualiti bunyian dan visual terbaik yang telah ditawarkan bagi kepuasan tontonan maksimum,” tambah Chun Wai.

MBO Falim menawarkan enam (6) panggung wayang biasa selain daripada 2 dewan berkonsep khas, yang membawa jumlah sebanyak lapan (8) dewan tayangan dengan gabungan 1169 tempat duduk.

 

Big Screen

Foto 1: Dewan MBO Big Screen memaksimumkan pengalaman sinematik dengan salah satu skrin gergasi terbesar di Ipoh dan dewan yang mampu menempatkan 300 penonton filem dengan selesa.

MBO Kecil

Foto 2: Dewan tayangan MBO Kecil kini membolehkan kanak-kanak untuk berlari bebas dan menonton filem mesra kanak-kanak dengan katil sofa yang selesa, kerusi ‘bean’ dan taman permainan yang dibina di dalam dewan.

MBO Twin Hall

Foto 3: MBO Ipoh Falim turut menyediakan dewan yang direka dengan tempat duduk berkembar yang luas sesuai untuk pasangan dan keluarga.

Mengenai MBO Cinemas

MBO Cinemas terus berkembang menjadi peneraju utama di dalam industri pawagam sejak pertama kali membuka tirainya kepada rakyat Malaysia pada 2005. MBO yang kini merupakan salah satu daripada tiga rantaian pawagam terbesar di negara ini tidak menunjukkan tanda-tanda untuk mundur dengan merancang untuk membuka 3 lagi cawangan terbarunya pada 2017, dengan jumlah 27 lokasi dan 213 skrin. MBO berusaha keras untuk menjadi jenama pawagam yang paling digemari dengan menyediakan pengalaman hiburan yang berkualiti yang disampaikan oleh pasukan yang mesra dan pencinta filem profesional. Untuk maklumat lanjut mengenai MBO Cinemas, sila layari http://www.mbocinemas.com/

Similar Posts
FESTIVAL MUZIK K-WAVE 3 KEMBALI DENGAN BARISAN BINTANG TERNAMA
FESTIVAL MUZIK K-WAVE 3 KEMBALI DENGAN BARISAN BINTANG TERNAMA
PENGGUNA MCALLS BERPELUANG BELI TIKET DUA HARI LEBIH AWAL SEBELUM JUALAN UMUM PADA 1 JULAI Kuala Lumpur, 27 Jun 2018...
Showcase PROJECTOR BAND di Quill City Mall
Showcase PROJECTOR BAND di Quill City Mall
PROJECTOR BAND yang lebih dikenali dengan genre rock Melayu ditubuhkan pada 25 Disember 2013 bertempat di Kuala Kubu Bharu, Selangor...
U MOBILE PRESENTS ALBERT HAMMOND JR AS PART OF ITS EXCLUSIVE PRE-GOOD VIBES FESTIVAL 2018 PARTY
U MOBILE PRESENTS ALBERT HAMMOND JR AS PART OF ITS EXCLUSIVE PRE-GOOD VIBES FESTIVAL 2018 PARTY
KUALA LUMPUR, 21 JUNE 2018 – U Mobile’s pre-Good Vibes Festival party on 18 July 2018 will feature Albert Hammond...