OneRepublic Kembali Beraksi di Malaysia

KUALA LUMPUR, 9 Februari 2018 – Kumpulan OneRepublic yang berasal dari Amerika Syarikat dan popular dengan lagu Counting Stars bakal kembali beraksi di Malaysia.

OneRepublic yang dianggotai oleh Ryan Tedder (vokalis/penulis lirik), Zach Filkins (gitar/vokalis), Drew Brown (gitar), Brent Kutzle (bes/selo/vokalis) dan Eddie Fisher (dram) akan mengadakan konsert di Malaysia pada 25 April 2018. Konsert OneRepublic Live in Malaysia 2018 anjuran WGW Entertainment itu merupakan sebahagian daripada rangka konsert bergerak OneRepublic di Asia.

Kumpulan ini ditubuhkan cukup popular dengan lagu-lagu hit seperti Counting Stars, If I Lose Myself dan Apologize. Kehadiran OneRepublic selepas lima tahun mengadakan konsert di sini pasti menghiburkan para peminat yang sudah lama merindui untuk melihat aksi mereka secara langsung. OneRepublic telah memenangi beberapa anugerah berprestij dan menerima pencalonan dalam Grammy Awards, American Music Awards dan Billboard Music Awards telah menghasilkan empat buat album dan terakhir adalah Oh My My yang diterbitkan pada Oktober 2016.

Maklumat lanjut tentang konsert kumpulan ini boleh diikuti di Facebook @WGW Entertainment

image

Similar Posts
MUZIK DI ILHAM – Jumpa Dalam Reban: BerkenaanUsaha Menjejak Piring Hitam Malaysia
MUZIK DI ILHAM – Jumpa Dalam Reban: BerkenaanUsaha Menjejak Piring Hitam Malaysia
10 Februari 2018, 3:00 petang, bertempat di Galeri Ilham Pengarah Penang House of Music, Paul Augustin, bercerita tentang pengalaman beliau...
Belasungkawa: Dolores O’Riordan (The Cranberries)
Belasungkawa: Dolores O’Riordan (The Cranberries)
Vokalis band The Cranberries, Dolores O’Riordan telah pergi meninggalkan peminat-peminatnya selepas berita tentang kematiannya yang mengejutkan diumumkan tadi. Punca kematian...
Arch Enemy Live In Singapore 2018 (VIP & Early Bird Sold Out)
Arch Enemy Live In Singapore 2018 (VIP & Early Bird Sold Out)
Arch Enemy is coming to Singapore for a 1 night only Live Concert! Alissa White-Gluz (born 31 Jul 1985), a...