Hotlink Postpaid Flex, pelan pertama seumpamanya yang menggabungkan ciri-ciri prabayar dan pascabayar!

Hotlink Postpaid Flex, pelan pertama seumpamanya yang menggabungkan ciri-ciri prabayar dan pascabayar!

  • Cara paling mudah untuk memiliki pelan pascabayar mulai dari RM30 – ditawarkan dengan data, panggilan dan SMS tanpa had ke semua rangkaian
  • Fleksibiliti untuk mencipta dan menaik taraf pelan Internet anda pada bila-bila masa sahaja, bergantung pada penggunaan anda
  • Nikmati aplikasi sosial, chat dan muzik tanpa had
  • Pengalaman Internet berkelajuan tinggi di rangkaian 4G No. 1

Kuala Lumpur, 26 Februari 2018 – Berikutan pelancaran Hotlink RED bulan lalu, Hotlink sekali lagi merevolusikan industri telekomunikasi dengan pelancaran Hotlink Postpaid Flex. Pelan pascabayar pertama seumpamanya di pasaran, Hotlink Postpaid Flex menawarkan pelanggan yang terbaik dari kedua-dua prabayar dan pascabayar dalam satu pelan, dan memberikan pelanggan kawalan dan kemudahan untuk mengalami Internet dengan cara mereka tersendiri.

Bermula dari RM30 sebulan, dengan panggilan & SMS tanpa had ke semua rangkaian dan data berkelajuan tinggi sebanyak 1GB, Hotlink Postpaid Flex memberi pelanggan lebih banyak pilihan dan fleksibiliti untuk mencipta dan menaik taraf sendiri pelan Internet mereka berdasarkan apa yang mereka mahu. Ini termasuk pelbagai pas Internet dan aplikasi tanpa had. Pelanggan juga boleh menikmati kemudahan menguruskan pelan mereka dalam satu bil bulanan.

“Ia amat penting bagi kami untuk memberi pelanggan kebebasan untuk mengalami Internet mengikut cara mereka sendiri. Dengan pelancaran Hotlink Postpaid Flex, kami kini telah berubah dari sebuah jenama yang berfokuskan produk kepada berfokuskan pelanggan dengan memperkenalkan Dunia Hotlink yang baharu, dimana kami memberi kuasa kepada pelanggan untuk menikmati Internet secara fleksibel, tanpa sebarang batasan,” kata Navin Manian, Ketua Prabayar Maxis.

Dengan Hotlink Postpaid Flex, and boleh menikmati:

  • Cara paling mudah untuk memiliki pelan pascabayar mulai dari RM30
  • Kebebasan untuk membina pelan Internet anda sendiri berdasarkan penggunaan anda
  • Panggilan & SMS tanpa had dan data berkelajuan tinggi sebanyak 1 GB
  • Pilihan mana-mana aplikasi tanpa had – aplikasi sosial, chat dan muzik – serendah RM5
  • Pengalaman Internet berkelajuan tinggi di rangkaian 4G No. 1

Pelanggan boleh mendaftar untuk Hotlink Postpaid Flex di peniaga Hotlink terpilih, serta semua kedai Maxis dan Rakan Eksklusif Maxis di seluruh negara mulai hari ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Hotlink Postpaid Flex, lawati www.hotlink.com.my/postpaid

Similar Posts
Feast your eyes on Hebe Tian and Neelofa in real life here in the OPPO F7 Exclusive Launch
Feast your eyes on Hebe Tian and Neelofa in real life here in the OPPO F7 Exclusive Launch
What to expect from the upcoming OPPO F7 exclusive launch?   Kuala Lumpur, 11 April 2018 —To celebrate the arrival...
Samsung Cuts Laundry Time in Half with QuickDrive™
Samsung Cuts Laundry Time in Half with QuickDrive™
Kuala Lumpur, 11 April 2018 – The art of laundry cleaning, we have all been there and done that. You...
Sony Expands “Full-frame Mirrorless” Line-up with New a7 III with the Latest Imaging Technologies all Compressed into a Compact Package
Sony Expands “Full-frame Mirrorless” Line-up with New a7 III with the Latest Imaging Technologies all Compressed into a Compact Package
KUALA LUMPUR, 05 April 2018 – Sony today introduced yet another impressive addition to their full-frame mirrorless camera line-up, the...