LANGSUIR – FILEM SERAM ROMANTIS ARAHAN OSMAN ALI, GANDINGKAN HANNAH DELISHA DAN SYAFIQ KYLE

LANGSUIR – FILEM SERAM ROMANTIS ARAHAN OSMAN ALI, GANDINGKAN HANNAH DELISHA DAN SYAFIQ KYLE

KUALA LUMPUR, 14 Mac 2018 – Sebuah treler pra-rasmi filem Langsuir lakonan Syafiq Kyle dan Hannah Delisha telah dilancarkan hari ini. Treler berdurasi 30 saat itu memberi gambaran tentang kandungan filem seram romantis yang dijadualkan bakal menggamatkan pawagam-pawagam bermula 21 Jun 2018 nanti.

Tonton treler pra-rasmi:

LANGSUIR menceritakan kisah cinta dua dunia antara Azlan (Syafiq Kyle) dan Suri (Hannah Delisha). Mereka bertemu ketika Azlan dan kawan-kawannya berkunjung ke pulau terlarang bernama Pulau Langsuir. Azlan yang jatuh cinta dengan Suri tidak mengetahui bahawa Suri adalah langsuir yang mendiami pulau itu. Zaman irihati dengan hubungan Azlan dan Suri telah merancang untuk menikam paku tajam ke kepala Suri untuk melihat sejauh mana kebenaran mitos mengatakan langsuir akan kekal menjadi perempuan cantik jika kepalanya ditebuk paku. Tindakan Zaman telah berjaya dengan bantuan Kamal namun telah menimbulkan kemarahan Dewi, kakak Suri. Dewi nekad mahu membalas dendam dan menghancurkan Zaman serta rakan-rakannya. Mampukah cinta antara dua dunia bertahan atau terkubur demi menyelamatkan sebuah persahabatan? Selain Syafiq Kyle dan Hannah Delisha, filem Langsuir turut dibintangi oleh Firdaus Nadzaman, Julia Farhana, Halim Radzi, Shahkimin, Nazri, Daaim Jailani dan Naza Manas.

Filem arahan Osman Ali ini adalah filem sulung terbitan syarikat Guam Teamwork Pictures Sdn Bhd dengan kerjasama produksi milik Osman, Nuansa Films. Langsuirtelah menjalani sesi penggambaran selama 25 hari yang berlangsung di Pulau Langkawi serta beberapa lokasi sekitar yang dipercayai sudah ditinggalkan lama seperti Gua Langsir, Gua Tembus, Pantai Talam Dua Muka dan Teluk Datai.

image

Similar Posts
TERKINI HANTU KAK LIMAH: KINI RAIH RM35 JUTA!
TERKINI HANTU KAK LIMAH: KINI RAIH RM35 JUTA!
Kenyataan rasmi dari page Infinitus Films MY: Sejarah perfileman tanah air kutipan pecah panggung RM35 juta menerusi filem Hantu Kak...
ISLE OF DOGS, FILEM TERBARU WES ANDERSON BAKAL TAYANG DI MALAYSIA!
ISLE OF DOGS, FILEM TERBARU WES ANDERSON BAKAL TAYANG DI MALAYSIA!
Nah! 20th Century Fox telah mengesahkan 31 Mei 2018 sebagai tarikh rasmi tayangan filem terbaru Wes Anderson, ISLE OF DOGS...
ALBUM RUNUT BUNYI RASMI READY PLAYER ONE OLEH ALAN SILVESTRI KINI DI PASARAN!
ALBUM RUNUT BUNYI RASMI READY PLAYER ONE OLEH ALAN SILVESTRI KINI DI PASARAN!
Bagi yang telah menonton filem kembara aksi fiksyen sains Ready Player One arahan Steven Spielberg (kini di pawagam edaran Warner...