KONSERT HORA HOREY Didi & Friends KINI MASUK PANGGUNG GSC

KONSERT HORA HOREY Didi & Friends KINI MASUK PANGGUNG GSC

Sebelum ini, tayangan filem konsert rancangan kanak-kanak popular ini hanya terhad di pawagam TGV terpilih saja, kini Konsert Hora Horey Didi & Friends ditayangkan di GSCinemas bermula 15 Mac sehingga 25 Mac sepanjang cuti sekolah ini.

Tiket sudah mula dijual secara online di pautanhttps://www.gsc.com.my/html/movie_page.aspx?M_MovieID=2866. Ia juga boleh ditempah di kaunter GSC yang tertera di atas. Dapatkan tiket KHH sekarang sebelum habis! Hora Horey!Jom tengok wayang!

Konsert Hora Horey Didi & Friends di ceriakan oleh Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1Malaysia (SSPN1M)

 

Tentang Konsert Hora Horey Didi & Friends

Karakter animasi cukup popular, Didi, Nana, Jojo dan rakan-rakan kini telah bersiap sedia untuk ber-hora horey bersama kanak-kanak di Malaysia! Selepas menyinari dunia digital kanak-kanak, Didi & Friends kemudiannya diangkat ke skrin televisyen menerusi rantaian siri animasi di saluran Astro Ceria. Melihat akan fenomena hebat yang dicetuskan Didi dan rakan-rakannya ini, Astro dengan kerjasama Digital Durian mengorak selangkah lagi apabila bakal membawakan Didi & Friends ke layar perak menerusi ‘Konsert Hora Horey Didi & Friends’, bersempena dengan musim cuti persekolahan yang akan datang ini.

Konsert  yang berdurasi selama 80 minit ini akan menemui peminat di pawagam-pawagam TGV seluruh Malaysia mulai 10 Mac 2018.

Istimewanya, ‘Konsert Hora Horey Didi & Friends’ merupakan konsert animasi pertama di pawagam dan penonton bakal dihiburkan dengan persembahan 30 buah lagu di mana 17 daripanya merupakan lagu-lagu baharu. Selain itu, penyanyi tersohor tanah air, Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Tomok turut menyumbangkan suara untuk lagu ‘Oh Nana’ dan ‘Tayar Bas’ serta membuat penampilan eksklusif dalam menjayakan konsert animasi ini.

Share This
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Similar Posts
GERAN: APA KATA PENONTON?
GERAN: APA KATA PENONTON?
Filem aksi yang mempertaruhkan seni silat ini jarang (mungkin kali terakhir bila Z Lokman mempersembahkan Mahaguru tahun lalu tapi tak...
Festival Filem Kesatuan Eropah kembali lagi!
Festival Filem Kesatuan Eropah kembali lagi!
Perjalanan sinematik sepanjang Eropah melalui 19 filem pemenang anugerah KUALA LUMPUR, 1 Oktober 2019: Festival Filem Kesatuan Eropah (EUFF), antara...
Japanese Film Festival 2019 Officially Launched
Japanese Film Festival 2019 Officially Launched
“Little Nights, Little Love” kicks off JFF 2019 in Klang Valley KUALA LUMPUR — The Japanese Film Festival 2019 officially...