ONE REPUBLIC LIVE IN MALAYSIA (Update 19/3/2018)

ONE REPUBLIC LIVE IN MALAYSIA (Update 19/3/2018)

ONE REPUBLIC LIVE IN MALAYSIA AKAN DISERIKAN DENGAN DENDANGAN LAGU-LAGU HIT KUMPULAN ONEREPUBLIC. TIKET CAT 4 TELAH HABIS DIJUAL DAN JUALAN TIKET VIP SEMAKIN LARIS.

Kumpulan pop rock ternama Amerika Syarikat OneRepublic akan kembali beraksi di Malaysia pada 25 April (Rabu, 8 malam) ini di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Kumpulan ini bukan sahaja akan mendendangkan lagu-lagu terkini, malah mereka akan memukau penonton dengan rangkaian lagu hit yang dipetik daripada album terdahulu yang sentiasa malar segar itu.Konsert OneRepublic Live in Malaysia 2018 anjuran WGW Entertainment merupakan sebahagian daripada rangka konsert bergerak mereka di Asia pada tahun ini.

Selain itu, konsert ini juga bertujuan untuk mempromosi album keempat mereka yang berjudul Oh My My.

Konsert ini mendapat sokongan daripada Malaysia Major Events (MME), bahagian Konvensyen dan Biro Pameran Malaysia (MyCEB) di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. Konsert yang bakal berlangsung ini akan menjadi persembahan pertama OneRepublic di Malaysia selepas hampir setengah dekad tidak beraksi di hadapan penonton negara ini sejak 2013. Keterujaan peminat untuk menonton persembahan kumpulan ternama itu menyebabkan jualan tiket kategori CAT 4(tempat duduk bebas) telah habis dijual, sementara tiket untuk tempat duduk VIP pula jualannya semakin laris.

Peminat masih lagi boleh membeli tiket VIP yang semakin laris jualannya dan categori lain seperti berikut:

•RM668 (VIP, Tempat Duduk Bernombor,Semakin Laris)

•RM578 (Rock Zone)
•RM498 (CAT1, Tempat Duduk Bernombor)
•RM398 (CAT2, Tempat Duduk Bernombor)
•RM298 (CAT3, Tempat Duduk Bebas)

•RM178 (CAT4, Tempat Duduk Bebas, Habis Dijual)

*Semua harga termasuk 6% GST tetapi tidak termasuk yuran pemprosesan RM4.

Peminat-peminat boleh membeli tiket menerusi www.ticketcharge.com.my atau menerusi talian 03-9222 8811. Tiket-tiket juga boleh dibeli secara langsung daripada wakil-wakil jualan tiket rasmi yang terdapat di Eden Ultimate Sdn. Bhd, 1Shamelin Shopping Mall, The Mines, The School by Jaya One, Blonde & Brunette Sdn. Bhd, Quill City Mall KL, Eastern Records Sdn. Bhd (Rock Corner HQ), Rock Corner The Gardens dan rangkaian kedai Speedy yang terpilih.

Bagi peminat kumpulan OneRepublic yang ingin menonton aksi hebat Ryan Tedder (vokalis/penulis lirik), Zach Filkins (gitar/vokalis), Drew Brown (gitar), Eddie Fisher (dram) dan Brent Kutzle (bes/cello/vokalis), jangan ketinggalan untuk mendapatkan tiket-tiket menerusi TicketCharge.Album terkini mereka Oh My My menduduki tangga ketiga dalam carta muzik di Amerika Syarikat selepas dipasarkan pada Oktober 2016. Sementara itu, single baharu, No Vacancy dan Rich Love telah berjaya melonjak nama kumpulan tersebut dalam kalangan pendengar platform digital daripada 13 juta hingga 21 juta.Kumpulan yang ditubuhkan pada 2002, mula mendapat perhatian ramai menerusi sosial media MySpace sebelum bergelar artis dan menghasilkan lagu-lagu hit seperti Apologize, Stop and Stare, Counting Stars, Secrets dan If I Lose Myself sehingga menjadi salah satu kumpulan yang paling berjaya dan popular dalam dekad ini.

Sepanjang perjalanan kerjaya muzik mereka, OneRepublic telah memenangi beberapa anugerah muzik dan pernah tercalon dalam pelbagai anugerah termasuk Grammy Awards, American Music Awards dan Billboard Music Awards.

Untuk keterangan lanjut jangan lupa ikuti Facebook @wgwentertainment yang akan memaklumkan perkembangan terkini konsert OneRepublic Live in Malaysia 2018 atau layari www.onerepublic.com untuk maklumat mengenai konsert ini.

Similar Posts
MTV DAN WEBTVASIA BEKERJASAMA UNTUK MELANCARKAN MTV ‘ON DEMAND’ SETERUSNYA MENEMBUSI PASARAN CHINA
MTV DAN WEBTVASIA BEKERJASAMA UNTUK MELANCARKAN MTV ‘ON DEMAND’ SETERUSNYA MENEMBUSI PASARAN CHINA
CANNES, 16 OKTOBER 2018 – WebTVAsia, sebuah kumpulan kumpulan media Asia yang terkemuka dengan studio produksi dan rangkaian digital, telah...
YNGWIE MALMSTEEN LIVE IN KUALA LUMPUR 2018
YNGWIE MALMSTEEN LIVE IN KUALA LUMPUR 2018
Yngwie (sebutannya “ING-vay”) Malmsteen, atau nama sebenarnya, Lars Johann Yngve Lannerback yang lahir pada 30 Jun 1963, ialah seorang gitaris...
MARATON MUZIK DI HUJUNG MINGGU BERSAMA iKON DAN WINNER MACPIEPRO MEMBAWA MUZIK TANPA TEKANAN SECARA LANGSUNG
MARATON MUZIK DI HUJUNG MINGGU BERSAMA iKON DAN WINNER MACPIEPRO MEMBAWA MUZIK TANPA TEKANAN SECARA LANGSUNG
Kuala Lumpur, 17 Ogos 2018 – Peminat K-pop Malaysia sangat bertuah kerana dua kumpulan ternama yang bernaung di bawah pengurusan...