‘KONSERT HORA HOREY DIDI & FRIENDS’ CATAT REKOD PECAH PANGGUNG!

‘KONSERT HORA HOREY DIDI & FRIENDS’ CATAT REKOD PECAH PANGGUNG!

KUTIPAN 10 HARI MELEBIHI RM1.4 JUTA, ‘KONSERT HORA HOREY DIDI & FRIENDS’ KINI DITAYANGKAN DI 61 PAWAGAM DI SELURUH NEGARA DAN BRUNEI

20 Mac 2018, Kuala Lumpur‘Konsert Hora Horey Didi & Friends’, konsert animasi pertama di layar perak hari ini melakar sejarah apabila berjaya mencatatkan rekod pecah panggung selepas 10 hari ditayangkan di pawagam-pawagam terpilih seluruh negara. Dengan kutipan melebihi RM1.4 juta, ‘Konsert Hora Horey Didi & Friends’ disenaraikan sebagai salah sebuah filem di bawah kategori ‘Top 5’ paling laris semasa dua hari pertama penayangan, sebaris dengan filem-filem ‘box office’ lain seperti ‘Tomb Raider’, ‘KL Special Force’, ‘Black Panther’ dan ‘A Wrinkle in Time’.

Terdahulu, ‘Konsert Hora Horey Didi & Friends’ membuka tirai pada 10 Mac lalu dengan 34 buah pawagam TGV Cinemas di seluruh negara, termasuk di The Mall, Brunei. Minggu kedua penayangan ‘Konsert Hora Horey Didi & Friends’ menyaksikan pertambahan 27 lagi pawagam termasuk GSC, MM Cineplex dan MM2, menjadikannya sebanyak 61 buah pawagam di seluruh Malaysia dan Brunei.

Berikut adalah senarai pawagam yang terlibat dalam menjayakan tayangan ‘Konsert Hora Horey Didi & Friends’:

1 TGV One Utama 21 TGV Bukit Mertajam 41 GSC Berjaya Times Square
2 TGV Encorp Strand 22 TGV Seremban 42 GSC Aman Central Mall
3 TGV Tebrau City 23 TGV Sunway Velocity 43 GSC AEON Malacca
4 TGV Bukit Indah 24 TGV Jaya 44 GSC Melawati Mall
5 TGV Cheras Sentral 25 TGV D’Pulze 45 GSC Palm Mall Seremban
6 TGV Cheras Selatan 26 TGV AU2 46 GSC Paradigm PJ
7 TGV Mines 27 TGV Wangsa Walk 47 GSC Amanjaya SP
8 TGV Setiawalk 28 TGV Bukit Raja 48 GSC Mentakab Star Mall
9 TGV Rawang Anggun 29 TGV Bukit Tinggi 49 GSC Kuantan Megamall
10 TGV Sunway Putra 30 TGV Gurney Paragon 50 GSC 1 Borneo
11 TGV Kepong 31 TGV 1st Avenue 51 GSC Setia City Mall
12 TGV Seri Manjung 32 TGV KLCC 52 GSC Ipoh Parade
13 TGV Taiping 33 TGV Sunway Pyramid 53 GSC Queensbay
14 TGV Kulai Jaya 34 TGV Mesra Mall 54 GSC Dataran Pahlawan
15 TGV Miri 35 Eastern Cineplex 55 The Mall, Brunei
16 TGV Viva City 36 City Cineplex 56 MMC Damansara
17 TGV 1 Shamelin 37 LFS K. Terengganu 57 MMC City Square
18 TGV Station 18 38 GSC Mid Valley 58 MM2 Star Segamat
19 TGV Kinta City 39 GSC Alamanda 59 MM2 Star Kuala Selangor
20 TGV Klebang 40 GSC MyTown 60 MM2 Star Parit Buntar
61 MM2 Star Melaka

 

‘Konsert Hora Horey Didi & Friends’ menyaksikan penglibatan ikon negara yang cukup unggul lagi disegani dalam industri hiburan tanah air, Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang mana beliau mendendangkan lagu bertajuk ‘Oh Nana’. Turut membuat penampilan istimewa adalah penyanyi lelaki popular negara, Tomok yang mempersembahkan lagu ‘Tayar Bas’.   

Penonton akan dihiburkan selama 80 minit dengan persembahan 30 buah lagu di mana 17 daripadanya merupakan lagu baharu, tujuh buah lagu hit yang telah melonjakkan jenama Didi & Friends dan enam buah lagu yang telah diberi nafas baharu.

Bagi pengalaman tontonan yang lebih santai, semua pawagam TGV yang menayangkan ‘Konsert Hora Horey Didi & Friends’ mempunyai set mesra kanak-kanak atau ‘Family Friendly’ di mana efek pencahayaan yang digunakan adalah lebih terang (bagi menarik perhatian kanak-kanak), mempunyai kemudahan menukar lampin bayi dan memberi kebebasan kepada penonton cilik untuk bergerak aktif (menari dan menyanyi) semasa menonton konsert.  

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai ‘Konsert Hora Horey Didi & Friends’, sila layari www.facebook.com/didiandfriends  

Similar Posts
R.I.P STEPHEN HILLENBURG, PENCIPTA WATAK SPONGEBOB SQUAREPANTS TELAH MENINGGAL DUNIA DI USIA 57 TAHUN
R.I.P STEPHEN HILLENBURG, PENCIPTA WATAK SPONGEBOB SQUAREPANTS TELAH MENINGGAL DUNIA DI USIA 57 TAHUN
Bekas tenaga pengajar biologi marin di mana minatnya yang mendalam terhadap alam laut telah menerbitkan watak span laut yang popular...
BTS LIGHTS A FIRE WITH K-POP FANS IN GSC!
BTS LIGHTS A FIRE WITH K-POP FANS IN GSC!
Malaysia’s BTS Army celebrates documentary movie at 36 GSCinemas nationwide Kuala Lumpur, 16th November 2018 – Golden Screen Cinemas yesterday...
GSC PARTNERS WITH ASTRO SHAW TO COMBAT PIRACY AND ILLEGAL RECORDING
GSC PARTNERS WITH ASTRO SHAW TO COMBAT PIRACY AND ILLEGAL RECORDING
Cast of Polis Evo 2 launches GSC Helpline as part of the cinema’s effort to weed errant recording in theatres...