BEBASKAN SELERA RAKSASAMU DENGAN KFC ZINGER CHEEZILLA TERBARU

BEBASKAN SELERA RAKSASAMU DENGAN KFC ZINGER CHEEZILLA TERBARU

KUALA LUMPUR, 22 Mac 2018 – KFC Malaysia melangkah setapak lagi ke hadapan menerusi ciptaan burger hebat terbaru – KFC Zinger Cheezilla. Produk unik ini dibawakan khas untuk para pelanggan bagi menjanjikan pengalaman makan yang benar – benar memuaskan.

Burger gergasi KFC Zinger Cheezilla ini menampilkan kepingan keju mozarela yang disusun bersama filet ayam Zinger Hot & Spicy kegemaran ramai dengan limpahan sos keju mayo KFC. Ia pasti membebaskan diri dan selera sesiapa sahaja dengan kenikmatannya.

“Burger Zinger kami sememangnya sudah terkenal apatah lagi dalam kalangan penggemar KFC. Kini kami membawakan satu ciptaan burger yang tidak pernah diperkenalkan sebelum ini. Zinger Cheezilla dibawakan khas buat mereka yang menginginkan burger luar biasa yang dipenuhi sensasi keju dalam setiap gigitan,” kata Ling Mee Jiuan, Naib Presiden Kanan KFC Malaysia.

“Di samping mengekalkan ciri utama KFC iaitu ayam goreng, kami berinovasi dari masa ke semasa supaya dapat membawakan yang terbaik menerusi menu kami. Zinger Cheezilla adalah sebuah lagi inovasi burger yang amat kami nanti-nantikan. Burger ini hanya boleh didapati dalam masa terhad sahaja. Jadi, jangan lupa untuk mencubanya sebelum terlambat!” tambah beliau.

KFC Zinger Cheezilla boleh didapati secara a la carte bermula daripada RM13.50. Pelanggan juga boleh memilih hidangan lengkap dengan kombo KFC Zinger Cheezilla yang dihidangkan bersama KFC Crispier Fries serta Pepsi baharu, daripada RM16.90.

Dapatkan KFC Zinger Cheezilla di setiap restoran KFC di seluruh Malaysia dan KFC Delivery bermula dari 22 Mac 2018, sementara stok masih ada. Lari ke cawangan KFC berdekatan dan bebaskan selera raksasamu! Untuk maklumat lanjut, sila layari www.kfc.com.my

Similar Posts
WONDA COFFEE REVEALS LATEST RANGE OF COFFEE TO MALAYSIANS WITH NO SUGAR ADDED!
WONDA COFFEE REVEALS LATEST RANGE OF COFFEE TO MALAYSIANS WITH NO SUGAR ADDED!
Wonda Coffee delivers WONDA Zero Max, great tasting coffee with zero added sugar and maximum satisfaction KUALA LUMPUR, 10 January...
Jack ‘n Jill Calbee: Kerepek Kentang Berombak Baharu Yang Lebih Enak Menampilkan Tiga Jenis Perisa Kegemaran Ramai
Jack ‘n Jill Calbee: Kerepek Kentang Berombak Baharu Yang Lebih Enak Menampilkan Tiga Jenis Perisa Kegemaran Ramai
KUALA LUMPUR – 6 Januari 2019 – Jenama kerepek kentang yang baharu bakal menawan selera para pengguna di Malaysia dengan...
NIKMAT GASTRONOMI TERBAHARU KFC PARMESAN TRUFFLE CRUNCH
NIKMAT GASTRONOMI TERBAHARU KFC PARMESAN TRUFFLE CRUNCH
KUALA LUMPUR, 8 JANUARI 2019 – Sebuah pengalaman gastronomi unik menanti para penggemar makanan apabila KFC membawakan satu ciptaan enak...