[FILEM] PETER RABBIT – Reaksi Penonton

[FILEM] PETER RABBIT – Reaksi Penonton

Fadzil Ahmad: Serius best, tak rugi tengok. Memang sangat best sila bawa anak2 / saudara mara / bf & gf ajak tengok. Simple plot & ada pengajaran dalam cerita. Watak Thomas yang bodoh-bodoh memang menjadi hahaha. Kalau korang stress. Saya sarankan tengok cerita ni. Dalam hall tadi mostly family & couples. Enjoy tadi tengok ketawa saja. 9 / 10

Ell Idris: Mula-mula agak pelik sebab feedback sederhana. Yela, animasi omputih jarang sekali menghampakan. So far best untuk gelak bersama keluarga & release tension tanpa fikir masalah kerja. Abaikan teknik CGI or cinematography in detail sebab niat Kak Jah ketika book ticket through MBO apps hanyalah untuk rileks2 sambil menambah point MBO member. Ahaksss…

Mohd Alif: Rasa nak bela arnab sekor selepas tengok movie PETER RABBIT. Comel nokharomm. Rating 7/10. Part telinga Peter tersepit kat hud kereta dekah² aku gelak.

Akyem Samad: Rabbit nampak sangat CGI. Tak real. Mana logik arnab boleh bercakap, siap berlari macam tu? Melampau sangat ni. Nak buat filem tu biarlah real sikit. #donehentam

Thaaqhib Mohammed: Scene electric shock tak real langsung. Tiba2 tercampak.

Billy Tio: Wasted money for this trashy movie. Not even interesting for a 6 years old kid.Torture to watch the rubbish plot and all nonsense. Ambil straw drink water of toilet bowl. WTF. Idiot movie this is. 1/10

Fiena Annie:  Ohh terbalik. Saya suka plak. Kelakar. Just memang takde plot menarik takde aksi. Komedi ringan. Ok laa for fun. Beli tix RM10. Not bad.

Adam Lutfi: Baru lepas tengok.Ok je. 6.5/10

Wan Dharma: Aku temankan anak buah aku tengok. Dia ketawa sepanjang cerita. Aku tanya dia kenapa ketawa? Dia cakap tak faham cerita. Nampak gaya dia ada bakat semulajadi nak menilai sesuatu movie tu.

Adam Adamz II: Yang tak faham sebab tak baca buku cerita dia. Lol. Saya bagi 9/10 untuk movie ni. Best adaptasi dari buku cerita.

Luqman Khalid: Bagi aku best juga la. Tipikal cerita budak nakal hampir penghujung dia menyesal. Lawak ayam jantan tu kelakar. 7/10

Muhamar Razif: It just typical kids movie with overused joke. 4/10 at the best tho.

Rating purata: 6.6 / 10

Reaksi dikumpulkan dari grup filem Movie Addict.

image

Plot: Cerita Beatrix Potter yang diberi nafas baru ini menampilkan karakter haiwan fisksyen, Peter Rabbit. Komedi adaptasi ini memberi fokus kepada permusuhan di antara arnab itu dan Mr. McGregor.

Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 15 Mac 2018
Genre: Animasi
Durasi: 1 Jam 35 Minit
Pengedar: Sony Pictures Entertainment
Pelakon: James Corden, Margot Robbie, Rose Byrne, Daisy Ridley, Elizabeth Debicki, Domhnall Gleeson, Steve Buscemi, Kevin Hart
Pengarah: Will Gluck

Similar Posts
R.I.P STEPHEN HILLENBURG, PENCIPTA WATAK SPONGEBOB SQUAREPANTS TELAH MENINGGAL DUNIA DI USIA 57 TAHUN
R.I.P STEPHEN HILLENBURG, PENCIPTA WATAK SPONGEBOB SQUAREPANTS TELAH MENINGGAL DUNIA DI USIA 57 TAHUN
Bekas tenaga pengajar biologi marin di mana minatnya yang mendalam terhadap alam laut telah menerbitkan watak span laut yang popular...
BTS LIGHTS A FIRE WITH K-POP FANS IN GSC!
BTS LIGHTS A FIRE WITH K-POP FANS IN GSC!
Malaysia’s BTS Army celebrates documentary movie at 36 GSCinemas nationwide Kuala Lumpur, 16th November 2018 – Golden Screen Cinemas yesterday...
GSC PARTNERS WITH ASTRO SHAW TO COMBAT PIRACY AND ILLEGAL RECORDING
GSC PARTNERS WITH ASTRO SHAW TO COMBAT PIRACY AND ILLEGAL RECORDING
Cast of Polis Evo 2 launches GSC Helpline as part of the cinema’s effort to weed errant recording in theatres...