Filem DUKUN Akhirnya Dilancarkan untuk Tayangan 5 April 2018

Filem DUKUN Akhirnya Dilancarkan untuk Tayangan 5 April 2018

Selepas sekian lama terperam dengan kebarangkalian kita tidak akan menontonnya lagi, filem psycho thriller kontroversi arahan Dain Said, Dukun yang dipadankan dari kes Mona Fandey akhirnya bakal ditayangkan di pawagam tanahair pada 5 April 2018, selepas lebih 10 tahun ianya siap.

Berdasarkan post rasmi dari pengedarnya,  Astro Shaw di laman media sosial mereka yang bertulis: ” #AkhirnyaKitaBertemu. Anda rasa anda tahu tapi tidak kesemuanya kerana misteri masih belum terjawab.#PerempuanKebayaMerah telah menjelmakan diri. Ini menandakanFilem#Dukun bakal merungkaikan kisahnya DI PAWAGAM 5 APRIL 2018 #PerempuanKebayaMerah #Dukun #AkhirnyaKitaBertemu.”

Filem Dukun yang menampilkan Umie Aida sebagai pelakon utama sebelum ini dikatakan ditahan dari penayangan kerana beberapa faktor seperti hal yang berkaitan dengan ahli keluarga waris subjek filem ini yang tidak membenarkan sebarang kesamaan dengan kes Mona Fandey ditayangkan kepada umum untuk menjaga aib dan sensitiviti mereka. Namun beberapa bulan lalu, satu salinan digital filem ini yang tidak lengkap telah tersebar di internet yang menimbulkan persoalan: siapakah yang membocorkan salinan ini? Atau adakah ia taktik pemasaran semata-mata selepas filem ini akhirnya mendapat kelulusan untuk tayangan dari LPF?

Dengan berita penayangan Dukun, ianya menjadi khabar positif buat peminat filem tempatan yang amat dahagakan sebuah karya yang berkualiti. Tonton treler filem Dukun di bawah:

Similar Posts
R.I.P STEPHEN HILLENBURG, PENCIPTA WATAK SPONGEBOB SQUAREPANTS TELAH MENINGGAL DUNIA DI USIA 57 TAHUN
R.I.P STEPHEN HILLENBURG, PENCIPTA WATAK SPONGEBOB SQUAREPANTS TELAH MENINGGAL DUNIA DI USIA 57 TAHUN
Bekas tenaga pengajar biologi marin di mana minatnya yang mendalam terhadap alam laut telah menerbitkan watak span laut yang popular...
BTS LIGHTS A FIRE WITH K-POP FANS IN GSC!
BTS LIGHTS A FIRE WITH K-POP FANS IN GSC!
Malaysia’s BTS Army celebrates documentary movie at 36 GSCinemas nationwide Kuala Lumpur, 16th November 2018 – Golden Screen Cinemas yesterday...
GSC PARTNERS WITH ASTRO SHAW TO COMBAT PIRACY AND ILLEGAL RECORDING
GSC PARTNERS WITH ASTRO SHAW TO COMBAT PIRACY AND ILLEGAL RECORDING
Cast of Polis Evo 2 launches GSC Helpline as part of the cinema’s effort to weed errant recording in theatres...