TELEMOVIE AKU NAZMI: KISAH BENAR PERCINTAAN OKU YANG MENYEDIHKAN

TELEMOVIE AKU NAZMI: KISAH BENAR PERCINTAAN OKU YANG MENYEDIHKAN

JAY ISWAZIR MEMBERIKAN PERSEMBAHAN ‘PANCA DELIMA WORTHY’ SEBAGAI NAZMI

Ditayang di TV3 semalam mengisi slot Cerekarama, telemovie AKU NAZMI lakonan Jay Iswazir dan Ayda Jebat dengan pantas menyentuh jiwa para penonton dengan menyampaikan kisah percintaan dua orang OKU yang punya hati dan perasaan seperti orang normal yang lain.

Aku Nazmi betkisarkan Nazmi (lakonan Jay Iswazir) seorang kurang upaya (OKU) mempunyai sebuah perniagaan online dengan bantuan sepupunya yang bernama Rafi. Pada suatu hari, Nazmi menghantar pesanan barang kepada seorang pelanggannya yang bernama Ilya (lakonan Ayda Jebat). Ilya merupakan seorang gadis yang pekak dan bisu. Nazmi tertarik dengan keperibadian Ilya dan ingin mengenali gadis itu dengan lebih dekat lagi, tetapi Puan Juha (lakonanSheila Rusly), ibu kepada Ilya membantah hubungan mereka berdua. Apa yang bakal berlaku seterusnya? Adakah Nazmi berjaya menyunting Ilya menjadi isterinya?

Skrip telemovie tulisan Nazmi Kamarudin ini dikatakan bersifat semi autobiografi kerana Nazmi juga merupakan seorang OKU. Nazmi sebelum ini sukar untuk merealisasikan karyanya kerana kisah OKU yang lebih realistik ini dikatakan tiada kumpulan penonton namun sambutan yang diterima di media sosial sejak semalam yang menggalakkan membuktikan sebaliknya.

Aku Nazmi juga merupakan karya yang terhasil dari sesi Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) anjuran Media Prima, diterbitkan oleh JS Pictures dan diarahkan oleh Jinggo.

image

Share This
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share

Similar Posts
LES’ COPAQUE PRODUCTION SALURAN YOUTUBE MALAYSIA PERTAMA MENCECAH 10 JUTA PELANGGAN
LES’ COPAQUE PRODUCTION SALURAN YOUTUBE MALAYSIA PERTAMA MENCECAH 10 JUTA PELANGGAN
SHAH ALAM, 12 Jun – Alhamdullillah, pada jam 2.06 petang, 11hb Jun 2020, Saluran YouTube Les’ Copaque Production telah berjaya...
TELEFILEM ‘6 HARI’ BUKTI KEKANGAN PKP BUKAN HALANGAN
TELEFILEM ‘6 HARI’ BUKTI KEKANGAN PKP BUKAN HALANGAN
Yusry Abdul Halim, Lisa Surihani, Aaron Aziz dan Neelofa jalani penggambaran ‘sendiri’ dari rumah kediaman masing-masing 11 Jun 2020, Kuala...
OPPO and Netflix Work Together To Deliver Exquisite Viewing Experience on Reno3 Series
OPPO and Netflix Work Together To Deliver Exquisite Viewing Experience on Reno3 Series
KUALA LUMPUR, 28th May 2020 — OPPO, a world-leading smartphone brand, today announced that it has entered a partnership with...