Arch Enemy Live In Singapore

Arch Enemy Live In Singapore

30 March 2018 –  Ini bukan pertama kali saya menyaksikan Arch Enemy beraksi di pentas. Pertama kali di Tennis Indoor Stadium Jakarta pada Oktober 2009. Ketika itu Angela Gossow dan Chris Amott masih lagi bersama Arch Enemy dalam rangka tour Rise Of The Tyrant/The Root Of All Evil. Amat hebat band melodic death metal ini cukup bertenaga. Konsert tersebut turut dibantu oleh band pembukaan Psycroptic (Australia).

Setelah agak lama tak bertandang ke Kota Temasik, kali ini kita meredah traffic jam yang agak meletihkan semata-mata untuk menyaksikan Alissa White-Gluz dan kuncu-kuncunya beraksi.  Sampai di Beach Road sekitar jam 2.30 petang terus kami checkin di hostel. Rehat sekejap sebelum ke Viva Club yang jaraknya kira-kira 10km dari penginapan kami.  Sepanjang perjalanan, saya cuba menghayati album terbaru  Arch Enemy  “Will To Power” yang dirilis pada September 2017. Agak skeptical kerana saya masih belum yakin Alissa ini mampu mengambil tempat Angela. Album “War Eternal” bagi saya belum dapat  membuktikan kemampuan Alissa diposisi peninggalan Angela walaupun ada beberapa track yang menarik perhatian seperti  War Eternal, As Pages Burn dan You Will Know My Name.  Mungkin saya sikit trauma seperti perginya Tarja Turunen dari Nightwish lalu digantikan dengan Anette Olzon.

Jam 6.15 petang dilokasi Viva Club sudah agak ramai peminat Arch Enemy menunggu diluar sambil membelek-belek merchandise Arch Enemy. Saya pun beli CD terbaru Will To Power sebagai tanda kenangan, bila lagi nak kumpul. Rata-rata audien yang datang petang itu adalah metalhead Singapura, cuma beberapa orang dari Malaysia dan Indonesia. Saya dimaklumkan show malam ini tiketnya “sold out” dan kira-kira 660 penonton memenuhi setiap ruang kelab tersebut.

Jam 8.00 malam, lampu dipadamkan. Arch Enemy muncul di pentas dengan “The World Is Yours”, single dari album terbaru Will To Power. Hebat aura Alissa rupanya. Riffing dari Ammott dan Loomis sangat padu dan di pacu oleh detuman bertenaga Erlandsson. Set terus disambung dengan lagu Ravenous, Stolen Life dan The Race. Alissa sempat menyatakan beliau berbesar  hati buat pertama kali ke Asia Tenggara dan Singapura juga tentang album terbaru mereka. Persembahan diteruskan dengan lagu War Eternal, My Apocalypse, Blood On Your Hands dan beberapa lagu lagi.

Ok Jeff Loomis ex Nevermore! Kali ini tugas bagi kebanyakan solo gitar Arch Enemy di jayakan olehnya dengan baik. Arch Enemy telah maju lebih bertenaga dan lebih kejam dengan adanya Loomis di posisi gitar, lebih baik dari sebelumnya. Gandingan dual gitar solo serta gabungan bersama Amott  amat serasi. Limelight tetap kepada Micheal Amott apabila bergitar solo dalam Intermezzo Liberté diiringi Loomis. Sesuatu yang perlu dinikmati sekiranya anda peminat Arch Enemy juga guitar shredder.

Seterusnya Arch Enemy meneruskan setlisnya dengan lagu “Dead Eyes See No Future” dan juga single dari album terbaru “The Eagle Flies Alone” terus disambung ke beberapa lagu dari album lama mereka seperti As The Pages Burn, Dead Bury Their Dead dan juga anthem singalong mereka “We Will Rise”.

Alissa muncul kembali di pentas dengan bendera hitam Arch Enemy di tangan sambil mendendangkan lagu Avalanche seterus disambung dengan gitar solo oleh Jeff Loomis. Arch Enemy menamatkan persembahan dengan lagu Nemesis dan Fields Of Desolation. Rata-rata audien sangat berpuas hati dengan konsert malam itu. Saya rasakan venue tersebut sesuai dengan jumlah crowd yang hadir. Sistem bunyi,pencahayaan dan juga ambience dalam venue sangat baik bagi jumlah audien yang tak begitu ramai.

Setinggi penghargaan kepada organiser Inokii kerana menjemput kami. Satu showcase yang sangat sukses. Looking forward for more quality metal shows.

Setlist:

• ‘The World Is Yours’
• ‘Ravenous’
• ‘Stolen Life’
• ‘The Race
• ‘War Eternal’• ‘My Apocalypse’
• ‘Blood On Your Hands’
• ‘You Will Know My Name’
• ‘Bloodstained Cross’
• ‘Intermezzo Liberté’
• ‘Dead Eyes See No Future’
• ‘The Eagle Flies Alone’
• ‘As The Pages Burn’
• ‘Dead Bury Their Dead’
• ‘We Will Rise

Encore

 

Similar Posts
Mr Big Live In Malaysia 2017
Mr Big Live In Malaysia 2017
Woow Mr. Big datang lagi ke Kuala Lumpur. Sejujurnya, aku tidak lagi mengikuti perkembangan Sheehan dan gengnya ini bermula rilisan...
Megadeth Dystopia Tour Kuala Lumpur
Megadeth Dystopia Tour Kuala Lumpur
Megadeth merupakan antara band utama yang sudah (sangat ) lama ditunggu untuk bertandang ke bumi Malaysia ini. Rata-rata fan metal...
Whitesnake Forevermore Tour – Live in Kuala Lumpur
Ada untungnya bagi aku yang lahir awal-awal 70’an terutama sekali dalam menikmati muzik merentasi 3 era, good quality music. Muzik...