Sidang Media Rebrading Produk Beauty & Skincare & Pengumuman Risteena Sebagai Pengarah Urusan Cantik Dara Sdn Bhd

Sidang Media Rebrading Produk Beauty & Skincare & Pengumuman Risteena Sebagai Pengarah Urusan Cantik Dara Sdn Bhd

KUALA LUMPUR, 4 APRIL 2017: Lambakan produk tempatan yang berasaskan kecantikan dan penjagaan kulit yang mengandungi bahan kimia dan bahan terlarang, mungkin menyebabkan segelintir masyarakat sudah mula hilang percaya dengan produk-produk sebegini.

Tidak mahu terpalit dengan isu yang sama, pihak pengurusan Cantik Dara Sdn Bhd akhirnya mengambil keputusan untuk merombak semula hala tuju dan pelan strategik pemasaran Cantik Dara dengan melakukan penjenamaan semula menerusi packaging baru serta rangkaian produk baru.

Kehadiran pelakon Nur Risteena Munim Zainul llyas sebagai Pengarah Urusan Cantik Dara Sdn Bhd sebagai salah seorang pemegang saham Cantik Dara bakal menentukan operasi dan pelaksanaan syarikat dalam usaha untuk mengetengahkan serta meluaskan lagi jenama dan produk Cantik Dara di dalam pasaran.

Menurut Risteena, dia berhasrat untuk mengetengahkan satu produk kecantikan dan penjagaan kulit tempatan yang berkualiti pada harga mampu milik untuk kegunaan semua.

”Saya cuba gunakan sendiri produk ini dan saya dapat rasakan kesannva. Sejak menggunakan produk Cantik Dara ini, kulit saya sudah semakin bebas masalah. Itulah yang memberikan keyakinan untuk saya membantu mereka di luar sana yang turut mengalami masalah kulit serta memiliki kurang keyakinan diri untuk muncul di khalayak ramai.

“Saya juga mahu memberi peluang kepada segelintir masyarakat untuk menjana pendapatan bersama Cantik Dara dengan menjadi agen dan stokis. Saya yakin dengan kualiti produk ini, ia bukan saja akan laris serta mendapat sambutan, bahkan mampu membantu agen dan stokis Cantik Dara untuk meningkatkan taraf kualiti hidup mereka,” katanya.

Produk Cantik Dara Beauty & Skincare dijamin bebas dan selamat dari bahan kimia dan bahan terlarang kerana ia telah dihasilkan di Melaka Biotechnology Corporation (Melaka Biotech). Malah, produk yang halal serta sah wudhuk ini turut mendapat kelulusan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

la juga memiliki lima produk utama iaitu Habatus Sauda Soap, Serum Moisturizer Apple Stemcell, CC Cream Foundation Full Coverage Natural Color, Lip Matte dan Mascara. Harga-harga yang dijual juga sangat berpatutan.

Dalam pada itu, pihak pengurusan Cantik Dara Sdn Bhd juga turut berbesar hati apabila dapat melancarkan Aplikasi Cantik Dara menggunakan teknologi e-KUT. Cantik Dara adalah produk kecantikan dan penjagaan kulit tempatan pertama di dunia yang menggunakan teknologi seumpama ini yang mana ia mampu memberikan pengalaman baru buat pengguna untuk mendekatkan diri dengan produk ini menerusi paparan video.

Selain mengetengahkan info produk, pengguna juga berpeluang untuk mengetahui cara penggunaan produk Cantik Dara dengan lebih efisyen dan mendalam lagi menerusi paparan-paparan video tutorial yang turut dikongsi di dalam aplikasi ini.

Malah, menerusi aplikasi ini juga pengguna berpeluang untuk membuat pembelian produk Cantik Dara menerusi link laman web yang turut disertakan iaitu www.cantikdara.biz.

Bagi mana-mana pihak yang berminat untuk menjadi agen dan stokis produk Cantik Dara Beauty & Skincare, kehadiran anda sangat dialu-alukan. Anda boleh berurusan dengan pihak pengurusan Cantik Dara Sdn Bhd menerusi talian 03-78325333 atau emel: info@cantikdara.com

Instagram: cantikdara.official
Facebook: cantik dara

Layari galeri foto di: https://www.facebook.com/backstagemyofficial/posts/1539288876168627

Similar Posts
Global Crypto Offering Exchange (GCOX) X Jason Derulo Signing Ceremony & Press Conference
Global Crypto Offering Exchange (GCOX) X Jason Derulo Signing Ceremony & Press Conference
With over 17 million Facebook followers and having sold over 30 million singles, the American musician brings a touch of...