PEMINAT ONEREPUBLIC TUNJUK BAKAT DALAM PERTANDINGAN NYANYIAN, BAKAL JADI PEMBUKA KONSERT

PEMINAT ONEREPUBLIC TUNJUK BAKAT DALAM PERTANDINGAN NYANYIAN, BAKAL JADI PEMBUKA KONSERT

KUALA LUMPUR 7 April 2018 – PENCARIAN BAKAT BAHARU merupakan satu pertandingan nyanyian yang diadakan oleh penganjur WGW Entertainment​, sempena konsert OneRepublic​ Live in Malaysia 2018.

Atur cara hari ini yang berlangsung di ruang legar Berjaya Times Square Kuala Lumpur​ melihat ramai penyanyi baharu yang sekali gus merupakan peminat kumpulan OneRepublic menunjukkan bakat masing-masing untuk menarik perhatian penonton dan para juri.

Para peserta termasuk solo dan berkumpulan bertanding hari ini selepas dipilih berdasarkan penyertaan mereka dalam talian. Semua peserta akan terlebih dahulu bersaing dalam pusingan awal, dan hanya 10 daripadanya akan dipilih untuk ke peringkat final. Pertandingan ini kemudian akan dilanjutkan dengan pusingan akhir, di mana 10 finalis akan bersaing untuk merebut gelaran juara.

Sebelum pertandingan bermula, juruacara akan memberi pengenalan mengenai KONSERT ONE REPUBLIC bakal berlangsung di Kuala Lumpur dan PENCARIAN BAKAT BAHARU, diikuti oleh ucapan oleh Pengarah Urusan WGW Entertainment, Encik Hendrick Huang dan Pengurus Besar Malaysia Major Events, Encik Tony Nagamaiah. Encik Hendrick Huang akan menyampaikan cenderamata kepada Encik Tony Na gamaiah sebagai tanda penghargaan kepada MME kerana menyokong acara tersebut.

Peserta perlu menunjukkan persembahan yang terbaik ketika mendendangkan lagu-lagu hit kumpulan OneRepublic kerana aksi mereka di pentas akan dinilai oleh juri profesional. Persembahan peserta dinilai berdasarkan suara dan bunyi, irama dan tempo, ungkapan vokal dan persembahan pentas.

Senarai pemenang tempat pertama hingga ketiga:

Juara: Saiful Syafiq b Sarmon (Pitt Sarmon), 28 tahun, berasal dari Johor Baharu.

Tempat kedua: Muhammad Affan B Mazlan (Affan), 18 tahun , berasal dari Negri Sembilan.

Tempat ketiga: Ullyseus Vincent Anak James, 26 tahun, berasal dari Sarawak.

Sebaik sahaja keputusan diumumkan, Encik Hendrick Huang akan menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Selain menerima tiket 2 ROCK ZONE bernilai RM578 setiap satu, Pemenang pertama, kedua dan ketiga juga akan menerima wang tunai masing-masing sebanyak RM3000, RM2000 dan RM1000. Manakala tujuh finalis lain berhak mendapat 2 pasang tiket CAT3 masing-masing bernilai RM298.

WGW Entertainment berasa bangga kerana berpeluang menyediakan platform kepada bakat baharu untuk menunjukkan kebolehan dan minat mereka dalam bidang seni suara. Pada masa yang sama juga turut memberi mereka peluang untuk menonton konsert OneRepublic Live di Malaysia 2018.

Satu zon tiket untuk konsert OneRepublic Live di Malaysia 2018 telah habis dijual dan sambutan untuk zon lain juga amat menggalakkan. Sila dapatkan segera tiket-tiket di zon berkenaan sebelum terlewat. Untuk butiran lanjut sila lawati www.ticketcharge.com.my atau hubungi 03-9222 8811.

Konsert OneRepublic Live di Kuala Lumpur 2018 dianjurkan oleh WGW Entertainment dan disokong oleh Malaysia Major Events (MME), satu bahagian Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MYCEB), agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC), dengan ODR LUBRICANTS, YOUTH LITE YOUTH FOR LIFE, PREMIUMLOGY,

VIRAL CHAM!, MASTERCRAFT EVENT, BIG POST dan OH BULAN! sebagai rakan kongsi rasmi, MIX sebagai rakan kongsi radio rasmi, ERA, MY dan HITZ sebagai rakan kongsi sokongan radio, ENTREPRENEUR INSIGHT sebagai rakan majalah rasmi, INSYNC GROUP YOUR FAMILY TRUST ADVISOR sebagai rakan penasihat kewangan rasmi, OD RACING sebagai rakan kongsi pasukan perlumbaan rasmi, DIRECTD MOBILE PHONE 8: ACCESSORIES sebagai rakan kongsi telefon mudah alih rasmi, APOLLO ASIA TRAVEL GROUP sebagai ejen pelancongan rasmi, BERJAYA TIMES SQUARE KUALA LUMPUR sebagai rakan kongsi mall rasmi, PARADIGM EVENT sebagai rakan kongsi roadshow rasmi dan UNIVERSAL MUSIC sebagai label rekod.

Similar Posts
BTS LIGHTS A FIRE WITH K-POP FANS IN GSC!
BTS LIGHTS A FIRE WITH K-POP FANS IN GSC!
Malaysia’s BTS Army celebrates documentary movie at 36 GSCinemas nationwide Kuala Lumpur, 16th November 2018 – Golden Screen Cinemas yesterday...
SAKSIKAN SHANE FILAN DAN FAZURA PADA KONSERT TASIK PERTAMA DI CITY OF ELMINA!
SAKSIKAN SHANE FILAN DAN FAZURA PADA KONSERT TASIK PERTAMA DI CITY OF ELMINA!
CITY OF ELMINA, 15 NOVEMBER 2018 – Sime Darby Property membawakan lsecara eksklusif kepada anda konsert tasik pertama di City...
LAGU-LAGU ARTIS MALAYSIA DALAM FILEM-FILEM HOLLYWOOD YANG MUNGKIN ANDA TAK TAHU
LAGU-LAGU ARTIS MALAYSIA DALAM FILEM-FILEM HOLLYWOOD YANG MUNGKIN ANDA TAK TAHU
Kita biasa highliht-kan pelakon dari Malaysia dapat berlakon filem Hollywood (seperti yang terbaru, Henry Golding melalui filem Crazy Rich Asians...