Showcase Saleem Raja Balada Syokkk Ooo! temui peminat 20 April 2018

Showcase Saleem Raja Balada Syokkk Ooo! temui peminat 20 April 2018

Kuala Lumpur, 9 April 2018 : Tahun 2018 genaplah 28 tahun pembabitan beliau di dalam industri hiburan tanahair. Bagi membuktikan kredibiliti, reputasi, serta populariti beliau sesuatu yang tidak boleh di sangkal, SALEEM, satu nama yang tidak asing lagi di dalam industn’ hiburan negara kini muncul buat pertama kalinya di dalam showcase beliau sendiri yang bakal menghiburkan peminatnya di ‘SHOWCASE SALEEM RAJA BALADA SYOKKK OOO‘ bertempat di MaTic, Kuala Lumpur.

Bagi melegakan kerinduan peminat-peminat, showcase ini bakal menghimpunkan kembali lagu-lagu yang pemah menjadi hit dan masih menjadi siulan peminat-peminat muzik tanahair serta akan diselitkan juga dengan lagu baru Saleem yang bertajuk Janggawari hasil ciptaan Ezarn EYE.

Selain daripada itu, showcase ini juga akan dimeriah dengan kemunculan Azlee Senario sebagai artis jemputan yang juga akan bertindak sebagai pengacara di showcase ini nanti pada 20 April 2018.

Di sebalik keseronokan di dalam berhibur, tujuan utama Saleem membuat showcase sulungnya ini adalah bagi membantu rakan-rakan di dalam industri hiburan Malaysia yang di dalam kesusahan dan memerlukan bantuan. “Apabila Allah izinkan saya kembali sembuh dari sakit, saya dapat merasakan kesusahan apabila kita amat memerlukan bantuan kewangan bagi membayar rawatan perubatan, sementelah saya tidak mempunyai sumber pendapatan kerana tidak dapat bekerja. Saya membayangkan bagaimana kesusahan yang sama terpaksa di tanggung oleh rakan-rakan saya di dalam industri hiburan yang sedang berjuang dengan kesakitan dan juga rakan-rakan yang kurang atau langsung tidak mempunyai pekerjaan. Di sinilah timbulnya rasa keprihatinan saya untuk membantu dengan bakat yang Allah telah anugerahkan kepada saya” luah Saleem.

Di sini timbulnya ‘SHOWCASE SALEEM RAJA BALADA SYOKKK OOO’. Dengan kutipan tiket daripada showcase ini, pihak penganjur bersama, Laga Emas Enterprise dan Salju’s Enterprise akan mengagih-agihkan kepada artisartis, pengurus-pengurus artis, pembantu-pembantu peribadi serta krew-krew produksi yang amat memerlukan dengan kerjasama daripada Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN). Bilangan yang akan dibantu bergantung kepada hasil penjualan tiket untuk showcase ini.

Bersempena dengan showcase ini juga, Saleem akan mengumumkan produk terbaru Saleem bekerjasama dengan MORAS GROUP SDN BHD iaitu pakaian berjenama ‘SALEEM by MORAS ‘.

Showcase “Saleem Raja Balada” ini merupakan persembahan eksklusif untuk peminat yang dahagakan nyanyian beliau apatah lagi mereka yang membesar dengan lagu-lagunya pasti bakal merungkai kembali nostalgia peribadi. Peminat yang ingin menyaksikan showcase ini boleh mendapatkan tiket yang berharga RM150 sahaja.

Tiket Showcase “Saleem Raja Balada” boleh di dapati di Matic Kuala Lumpur atau di Wisma Doras Denai Alam. Sebarang info dan pertanyaan boleh menghubungi 019-3387115 (Mas).

Tonton teaser promo Suci Dalam Debu – Showcase Saleem Raja Balada Syokkk OOO!:

Similar Posts
BTS LIGHTS A FIRE WITH K-POP FANS IN GSC!
BTS LIGHTS A FIRE WITH K-POP FANS IN GSC!
Malaysia’s BTS Army celebrates documentary movie at 36 GSCinemas nationwide Kuala Lumpur, 16th November 2018 – Golden Screen Cinemas yesterday...
SAKSIKAN SHANE FILAN DAN FAZURA PADA KONSERT TASIK PERTAMA DI CITY OF ELMINA!
SAKSIKAN SHANE FILAN DAN FAZURA PADA KONSERT TASIK PERTAMA DI CITY OF ELMINA!
CITY OF ELMINA, 15 NOVEMBER 2018 – Sime Darby Property membawakan lsecara eksklusif kepada anda konsert tasik pertama di City...
LAGU-LAGU ARTIS MALAYSIA DALAM FILEM-FILEM HOLLYWOOD YANG MUNGKIN ANDA TAK TAHU
LAGU-LAGU ARTIS MALAYSIA DALAM FILEM-FILEM HOLLYWOOD YANG MUNGKIN ANDA TAK TAHU
Kita biasa highliht-kan pelakon dari Malaysia dapat berlakon filem Hollywood (seperti yang terbaru, Henry Golding melalui filem Crazy Rich Asians...