SYARIKAT MILIK PENUH MALAYSIA MENERAJUI BLOCKCHAIN FORUM DENGAN BARISAN PANEL TERKEMUKA PERINGKAT ANTARABANGSA

SYARIKAT MILIK PENUH MALAYSIA MENERAJUI BLOCKCHAIN FORUM DENGAN BARISAN PANEL TERKEMUKA PERINGKAT ANTARABANGSA

Kuala Lumpur, 14 April 2018 – Sebuah syarikat milik Malaysia, Ledgit mengorak langkah dalam industri transaksi ekonomi digital lejar dengan menganjurkan ‘The Future of Blockchain Industry Forum’. Forum yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur ini bertujuan untuk mendidik masyarakat tentang manfaat teknologi ‘blockchain’ dan ‘cryptocurrency.’ Dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Ledgit, Encik Ivan Ku, forum ini telah dihadiri lebih dari 1000 peserta.

Panel penceramah antarabangsa terkenal dijemput untuk mengupas dan membincangkan pelbagai topik termasuk evolusi masa hadapan dan pertumbuhan industri. Kewujudan teknologi ‘blockchain’ seperti IE dan Bitcoin telah menjadi satu platform bagi pertumbuhan aset digital. Kemunculan teknologi baru ini juga memberi manfaat kepada pasaran kewangan global dengan mengadaptasi cara baru untuk melabur, memudahkan transaksi tunai rakan ke rakan dan untuk memperbaiki ekosistem kewangan.”Forum ini memberi tumpuan untuk mendidik orang ramai tentang halangan dan jangkaan pada masa akan datang dan seterusnya memanfaatkan teknologi ini untuk pelbagai tujuan. Bukan itu sahaja, kami amat berbangga kerana dapat menganjurkan forum ini sebagai platform perbincangan dan mengubah tanggapan terhadap industri secara keseluruhan, “kata Ketua Pegawai Eksekutif Ledgit, Encik Ivan Ku.

Teknologi ‘blockchain’ sering dikaitkan dengan pelaburan dan pemahaman dari sudut kewangan. Walau bagaimanapun, Ledgit telah menawarkan cara penyelesaian masalah untuk pelbagai bidang terumatamanya kepakaran dalam mencari sumber produk dan salasilah keluarga melalui teknologi ‘blockchain’ dan aplikasi pintar.

“Kami telah menjemput penceramah yang mempunyai kepakaran dalam industri dari Timur Tengah dan China untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman mereka dengan semua peserta. Oleh itu, kami berharap peserta akan berpeluang untuk memahami industri dari sudut perspektif yang berbeza. Barisan panel adalah dari pelbagai latar belakang dan mempunyai asas yang kukuh dalam industri ini. Dengan menggunakan trend digital terkini, pemilik perniagaan dan pengguna akan dapat memanfaatkan platform yang mempunyai potensi pertumbuhan yang besar dalam industri berlainan,” tambahnya.

Panel penceramah yang dijemput adalah Encik Fengsen, Pengasas Blockhong dan Timbalan Ketua Setiausaha Institut Blockchain Dunia (China), Encik Mark Pui, Pakar Pelaburan Blockchain (Malaysia), Encik Lurion Yee, Pengasas SEDA (Malaysia), En. Yao Han Lim, Ketua Pegawai Eksekutif Blockchain Games Company (Malaysia), Cik Jia Nina, Pengarah Pemasaran Blockchain Games Company (Malaysia) dan Cik Saba Harati, Penyelidik Blockchain Games Company (Iran).

Similar Posts
Majlis Berbuka Puasa Ichux Raver: Sekumpulan remaja ditangkap
Majlis Berbuka Puasa Ichux Raver: Sekumpulan remaja ditangkap
Sekumpulan remaja bawah umur ditahan pihak berkuasa di pusat membeli-belah Suria KLCC maghrib tadi, dikatakan sedang berkumpul untuk menantikan ketua...
KUCING INI MEMILIH MAKANANNYA SENDIRI DI PASARAYA
KUCING INI MEMILIH MAKANANNYA SENDIRI DI PASARAYA
Kami terserempak dengan kucing ini di sebuah pasaraya ketika sedang memilih makanan tengaharinya. Si penjual mesra melayan kerenah pelanggannya yang...
Grab and MDEC to Collaborate on Malaysia City Brain Initiative
Grab and MDEC to Collaborate on Malaysia City Brain Initiative
  MDEC will leverage Grab’s ability to provide substantial anonymous traffic data to help Kuala Lumpur’s Smart City Traffic Management...