Lazada Malaysia Memperkenalkan Pengalaman Membeli-belah Yang Terbaru Sempena Pesta Ulang Tahun Ke-6

Lazada Malaysia Memperkenalkan Pengalaman Membeli-belah Yang Terbaru Sempena Pesta Ulang Tahun Ke-6

Membeli-belah dalam talian akan menjadi semakin peribadi, sosial, dan interaktif pada tahun 2018

KUALA LUMPUR, 24 April 2018 – Sempena pesta ulang tahun Lazada yang ke-6, bermula 25 sehingga 27 April 2018, pelantar e-dagang nombor 1 di Malaysia ini telah melancarkan sejumlah pembaharuan yang bertujuan untuk membawa ciri-ciri terbaik membeli-belah di luar talian ke tangan pengguna.

Christophe Lejeune, Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia berkata, “Hari ini, Lazada adalah aplikasi membeli-belah yang paling dimuat turun di Malaysia dengan lebih daripada 7 juta muat turun. Dengan kadar penembusan telefon pintar pada suku tahun ketiga 2017 pada 70%, kebanyakan rakyat Malaysia kini memilih untuk menggunakan telefon pintar mereka sebagai alat membeli-belah yang utama. Bagi memberikan pengalaman membeli-belah yang menyenangkan kepada pelanggan mudah alih kami, kami menjadikan pengalaman membeli-belah lebih peribadi, sosial, dan interaktif.”

Apllikasi Lazada kini mempunyai 6 ciri-ciri baharu berikut:

Personalisasi penuh – Applikasi Lazada kini menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menjadikan perjalanan membeli-belah pelanggan lebih peribadi. Produk dan tawaran kini dipaparkan kepada pelanggan berdasarkan interaksi aplikasi dan sejarah pembelian mereka. Apabila pelangggan menggunakan aplikasi tersebut dengan lebih kerap, algoritma aplikasi berkenaan akan mempelajari pilihan individu mereka. Dari masa ke masa, pelanggan akan melihat tawaran yang berkaitan dengan mereka, dan sekaligus menikmati pengalaman yang lebih menarik setiap kali mereka membuka aplikasi mereka.

“Chat Now” – Kini dalam fasa Beta, pelanggan kini boleh menghantar mesej kepada penjual yang terpilih dengan segera melalui aplikasi Lazada untuk mereka bertanyakan sebarang soalan mengenai produk sebelum membelinya. Khususnya, untuk kategori seperti Fesyen, kategori terbesar Lazada berdasarkan jumlah, ciri ini akan membantu dalam memudahkan pelanggan memperjelas saiz, warna, dan status stok.

Rebat Tunai dengan “E-Wallet” Lazada – “E-Wallet” Lazada membolehkan pelanggan membayar semua perbelanjaan mereka dengan hanya satu klik, dan menawarkan lebih nilai untuk wang dengan diskaun eksklusif dan rebat tunai. Sempena Pesta Ulang Tahun Lazada, Lazada akan menawarkan sehingga 10% rebat tunai untuk pembelian dengan “E-Wallet”.

Mengikuti kedai kegemaran anda – Apabila pelanggan mencari jenama atau penjual yang mereka sukai, mereka kini boleh ‘mengikuti’ kedai-kedai ini di Lazada. Selepas mengikuti kedai kegemaran mereka, para pelanggan akan menjadi antara yang pertama untuk mengetahui tentang ketibaan produk baru, promosi, dan diskaun.

Imbas untuk beli – Pengimbas Kod QR bersepadu Lazada akan membawa pelanggan terus ke halaman promosi, produk atau penjual di dalam aplikasi Lazada. Pelanggan kini boleh mencari kod QR Lazada di kedai berjenama dan penjual luar talian yang terpilih.

Goncang untuk tawaran – Ada cara baru untuk mendapatkan lebih banyak diskaun dan tawaran eksklusif, hanya dengan ‘menggoncang’ aplikasi Lazada. Untuk Pesta Ulang Tahun Lazada, pelanggan yang telah mendaftar masuk ke aplikasi boleh mula menggoncangkan aplikasi Lazada pada 1.30 petang dan 8 malam untuk memenangi baucar sehingga RM100.

Selain daripada ciri-ciri terbaru, sempena Pesta Ulang Tahun ke-6 Lazada Malaysia, pelanggan boleh mendapat diskaun sehingga 90% untuk berjuta-juta produk di Lazada. Pelanggan juga boleh menikmati tawaran eksklusif daripada pelbagai jenama seperti Xiaomi Redmi pra-pesanan secara eksklusif di Lazada, diskaun untuk Carlo Rino dan Maybelline sehingga 70%, serta tawaran hebat daripada HP, MAC, Nescafe, Maggi, dan Milo. Terdapat juga tawaran daripada para rakan kongsi Lazada – termasuk 15% rebat tunai tambahan kepada pemegang CIMB Lazada Prepaid Mastercard, Lazada e-baucar untuk pelanggan PETRONAS Primax dan Kedai Mesra, 15 pasang tiket penerbangan daripada AirAsia Big dan banyak lagi.

Sepanjang pesta yang akan berlangsung selama tiga hari itu, Lazada akan turut menampilkan 1,000 jualan kilat, lebih 1,000 baucar berbeza dan 145 Kotak Misteri. Di samping itu, para pelanggan juga boleh memenangi hadiah bernilai sehingga RM100,000 dengan menyertai pelbagai pertandingan di laman Facebook dan Instagram Lazada; menonton 10 sesi LazadaTV – termasuk pertandingan ketika siaran langsung dengan Samsonite, Fujifilm, HP, dan DJI; menonton tip-tip Fesyen dan Kecantikan daripada Levi’s, L’Oréal, Nivea, Elianto dan Laneige; dan memenangi hadiah (termasuk sistem teater rumah RM16,000 daripada JBL) apabila berinteraksi dengan Trak Lazada yang akan melawat 28 lokasi di sekitar Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran hebat ini, layari https://www.lazada.com.my/birthday-sale/

Share This
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share

Similar Posts
Matxi Corp Sambut Ulangtahun Kedua, Tembusi Pasaran Malaysia
Matxi Corp Sambut Ulangtahun Kedua, Tembusi Pasaran Malaysia
Pada 21 September 2019 lalu di Kuala Lumpur Convention Center, Matxi Corp telah meraikan ulang tahun kedua mereka. Ia disambut...
Kumpulan Syarikat KK Mendefinasikan Semula Pasaran Kedai Runcit dengan Pelancaran Kedai Konsep KK
Kumpulan Syarikat KK Mendefinasikan Semula Pasaran Kedai Runcit dengan Pelancaran Kedai Konsep KK
Matlamat Kedai Konsep KK bertujuan untuk menawarkan eksklusif, keselesaan, kemampuan, pengalaman dan perkhidmatan yang berkualiti kepada setiap pengguna 21 Julai...
SHOPEE SAHUT SERUAN UNTUK KURANGKAN KOS SARA HIDUP DENGAN 9.9 SUPER SHOPPING DAY
SHOPEE SAHUT SERUAN UNTUK KURANGKAN KOS SARA HIDUP DENGAN 9.9 SUPER SHOPPING DAY
Kempen membeli-belah tahunan utama Shopee tawarkan penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM9; umumkan Cristiano Ronaldo sebagai duta jenama terbaru KUALA...