Showcase PROJECTOR BAND di Quill City Mall

Showcase PROJECTOR BAND di Quill City Mall

PROJECTOR BAND yang lebih dikenali dengan genre rock Melayu ditubuhkan pada 25 Disember 2013 bertempat di Kuala Kubu Bharu, Selangor dan dianggotai oleh 5 orang anak muda yang terdiri daripada Iskandar (Is) sebagai vokalis, Razif (Angah) sebagai gitar utama, Isnaidi (Edi) sebagai gitar kedua, Ahmad Khusairi (Mat) sebagai gitar bass dan Syafiq (Apit) sebagai pemain drum.
Pada awal kemunculan mereka, PROJECTOR BAND telah menghasilkan
sebuah single yang bertajuk SUDAH KU TAHU yang diilhamkan oleh Razif, pemain gitar utama dalam band ini. Lagu pertama mereka telah menjadi viral di media sosial dan menjadi fenomena yang besar dalam industri muzik tempatan. Lagu ini juga telah berjaya ke Anugerah Juara Lagu ke-31 dan memenangi tempat ke-3 pada
malam tersebut. Mereka juga berjaya dalam merangkul anugerah tontonan muzik video paling tertinggi di Youtube.

Mereka juga pernah tercalon dalam kategori Artis Baru Terbaik di Anugerah Industri Muzik 2016 (AIM22), Lagu Terbaik dan Lagu Paling Emo di Anugerah Digital
ERA 2016 (DMA), Artis Berkumpulan Terbaik di Anugerah Bintang Popular 2017 (ABPBH 3.0), Artis Baru Terbaik, Lagu Terbaik dan Artis Berkumpulan Terbaik di Anugerah Meletop ERA 2017 (AME), Lagu Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2017 (APM).

Mereka terus bertahan dalam industri muzik tempatan dengan empat lagi
single yang bertajuk PASTI ADA KAMU, AISYAH, MESKIPUN KAU TAHU, dan PERCAYA HATI, lagu duet pertama bersama Eka Sharif, bekas peserta Akademi Fantasia 9.

Setelah hampir 3 tahun mencipta nama di dalam industri muzik tanah air, PROJECTOR BAND telah mendapat peluang untuk mengadakan konsert pertama mereka anjuran JW Live Productions Sdn Bhd bertempat di Quill Convention Centre, Quill City Mall, Kuala Lumpur. Konsert ini akan diadakan pada 28 Julai 2018 bersamaan dengan hari Sabtu pada pukul 6.00 malam (satu jam). Di konsert ini juga, mereka akan mempersembahkan single terbaru mereka yang bakal dikeluarkan pada tahun ini yang bertajuk SETIA MENANTIMU.

Pelancaran tiket konsert akan diadakan pada 30 Jun 2018 di Quill City Mall, Kuala Lumpur, Ticketing Hub (Ground Floor) pada pukul 4 petang. PROJECTOR BAND akan membuat penampilan khas pada hari tersebut dan membuatblersembahan. Sesiapa yang hadir berpeluang untuk bergambar dan beramah mesra
bersama mereka.

Tiket boleh didapati di Ticket Charge Quill City Mall, Kuala Lumpur atau di
www.ticketcharge.com.my dengan harga RM 50 (normal) dan RM 100 (VIP). Antara yang terawal membeli tiket akan mendapat Album Projector Band secara percuma (tiket adalah terhad). Kami berharap konsert ini akan mendapat sambutan yang
hangat dan meriah dari peminat-peminat muzik tanah air.

Similar Posts
FESTIVAL MUZIK K-WAVE 3 KEMBALI DENGAN BARISAN BINTANG TERNAMA
FESTIVAL MUZIK K-WAVE 3 KEMBALI DENGAN BARISAN BINTANG TERNAMA
PENGGUNA MCALLS BERPELUANG BELI TIKET DUA HARI LEBIH AWAL SEBELUM JUALAN UMUM PADA 1 JULAI Kuala Lumpur, 27 Jun 2018...
U MOBILE PRESENTS ALBERT HAMMOND JR AS PART OF ITS EXCLUSIVE PRE-GOOD VIBES FESTIVAL 2018 PARTY
U MOBILE PRESENTS ALBERT HAMMOND JR AS PART OF ITS EXCLUSIVE PRE-GOOD VIBES FESTIVAL 2018 PARTY
KUALA LUMPUR, 21 JUNE 2018 – U Mobile’s pre-Good Vibes Festival party on 18 July 2018 will feature Albert Hammond...
Deezer Hosts ‘Football Fever’ Artist Takeover To Celebrate World Cup
Deezer Hosts ‘Football Fever’ Artist Takeover To Celebrate World Cup
Musicians such as Kasabian (England), Kyary Pamyu Pamyu (Japan), MXM(BrandNewBoys) (South Korea) and Zara Larsson (Sweden) take over Deezer’s new...