YNGWIE MALMSTEEN LIVE IN KUALA LUMPUR 2018

YNGWIE MALMSTEEN LIVE IN KUALA LUMPUR 2018

Yngwie (sebutannya “ING-vay”) Malmsteen, atau nama sebenarnya, Lars Johann Yngve Lannerback yang lahir pada 30 Jun 1963, ialah seorang gitaris ternama dari Stockholm, Sweden. Kehebatannya bermain gitar dengan menggabungkan elemen muzik klasik dengan kelajuan dan kelantangan muzik ‘heavy metal’ menjadikan beliau antara pujaan peminat rock pada era 80-an.

Dipengaruhi oleh muzik penggubah klasik seperti Bach, Paganini dan Vivaldi, Yngwie bertanggungjawab memperkenalkan genre neo-klasik kepada dunia rock – hasil gabungan antara bunyi gitar elektrik kegemarannya dengan karya melodi muzik klasik baroque.

Album sulung instrumental beliau yang diterbitkan pada tahun 1984 berjudul ‘Rising Force’, menjadi inspirasi di kalangan gitaris ‘hard rock’ dan juga pemangkin bagi fenomena gitar pada zaman ‘80an yang dikenali sebagai “shredding,” di mana focus utama muzik adalah petikan gitar secara pantas menggunakan teknik berbanding penulisan lagu. Album ‘Rising Force’ beliau berjaya memenangi anugerah Album Rock Terbaik oleh Majalah Guitar Player dan memperoleh pencalonan anugerah Grammy bagi ‘Persembahan Rock Instrumental Terbaik’, serta turut berada di tangga ke-60 dalam carta album Billboard.

Pada tahun 2009, majalah Time mengiktiraf Malmsteen sebagai antara 10 pemain gitar terbaik dunia sepanjang masa, di samping lagenda-lagenda seperti Jimi Hendrix, Slash dan Prince.

Beliau turut menerbitkan sebuah buku bertajuk “Relentless: The Memoir” pada tahun 2013, di mana beliau berkongsi sedikit sebanyak tentang hal peribadinya, dari saat kemunculan beliau di atas pentas muzik pada awal ’80an sehingga terpateri nama beliau dalam sejarah ‘heavy metal’.

Sehingga ke hari ini, beliau masih terus menjadi lagenda di kalangan gitaris dengan jualan album mencecah ribuan unit dan konsert laris di seluruh dunia serta turut mempengaruhi generasi rock seterusnya.
Malmsteen muncul dengan album terkininya, “World On Fire” pada bulan Jun 2016 dan telah berjaya melengkapkan pusingan kedua bagi konsert jelajah Amerika Syarikat 2017 beliau.


Para peminat gitar virtouso ini amat bertuah kerana pada 29 September 2018 jam 8.00 malam, Yngwie bakal beraksi buat pertama kalinya di Malaysia bertempat di Dewan Wawasan, Menara PGRM Kuala Lumpur. Pastinya “all time hits” seperti Far Beyong The Sun, Blackstar, Dreaming, Rising Force, Heaven Tonight, Save Our Love dan banyak lagi akan berkumandang di PGRM. Konsert hebat ini dibawakan khas oleh RSVP dan Lampu Neon sebagai promoter. Jumpa di sana!!

Info tiket sila layari : https://proticket.com.my/yngwie-malmsteen-live-in-malaysia/

Share This
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Similar Posts
TikTok Launches #CNSchallenge in Malaysia and 40+ Countries and Regions Globally with the release of BTS j-hope’s new music
Kuala Lumpur, 27 September 2019 – To usher in the reveal of BTS j-hope’s ‘Chicken Noodle Soup (feat. Becky G)’...
TOOL – “FEAR INOCULUM” KINI ALBUM NOMBOR SATU DI US, TUMBANGKAN ALBUM TAYLOR SWIFT
TOOL – “FEAR INOCULUM” KINI ALBUM NOMBOR SATU DI US, TUMBANGKAN ALBUM TAYLOR SWIFT
Ramalanku benar belaka… Selepas 13 tahun sejak album terakhir 10,000 Days, band prog metal popular Tool melakukan ‘comeback’ dengan penuh...
HARD ROCK CAFE KUALA LUMPUR ANNOUNCES INITIATIVE TO PROMOTE TALENTED LOCAL ARTISTS
HARD ROCK CAFE KUALA LUMPUR ANNOUNCES INITIATIVE TO PROMOTE TALENTED LOCAL ARTISTS
Legendary Rock Band Wings to Raise Curtains for Sunday Night Live Kuala Lumpur, 3 September 2019 – Hard Rock Cafe...