DI PAWAGAM: A SIMPLE FAVOR (edaran GSCMOVIES)

DI PAWAGAM: A SIMPLE FAVOR (edaran GSCMOVIES)

Selepas Crazy Rich Asians, A Simple Favor jadi filem kedua lakonan pelakon asal Malaysia, Henry Golding yang menerima ulasan positif dari para pengkritik (85% di Rotten Tomatoes) dan juga menerima kutipan tiket yang boleh tahan (melepasi USD$50 juta selepas mula ditayangkan 14 September lalu di US, kini mula ditayangkan di Malaysia) . Jika anda suka filem Paul Feig seperti Bridesmaids dan Spy, anda akan suka filem misteri ini sebab Feig bukan pergi ke lembah gelap tahap David Fincher pun tetapi ia meneroka post-modern noir yang lengkap dengan runut bunyi French. Dan, dengan si Anna Kendrick yang mendepani filem ini, anda tak boleh menahan diri dari merasakan dia terlalu ‘cute’ bila mengendalikan kes kawan yang hilang.

A Simple Favor ialah Gone Girl yang disenyawakan dengn Gossip Girl dan Pretty Little Liars edisi Paul Feig, membariskan Anna Kendrick, Blake Lively dan Henry Golding.

A Simple Favor telah mula tayang di 44 pawagam seluruh Malaysia sejak 11 Oktober. Tunggu sehingga habis kredit akhir untuk mendengar lagu dari all girl group, No Small Children yang catchy gila.

Berdasarkan novel thriller tulisan Darcey Bell dengan tajuk yang sama, A Simple Favor berkisar Stephanie (lakonan Anna Kendrick) seorang ibu tunggal yang juga merupakan vlogger rancangan masak-memasak di internet berkenalan dengan Emily (lakonan Blake Lively) seorang PR di syarikat yang mengendalikan fesyen selepas dia sukarela menguruskan hal sekolah anak-anak mereka. Satu hari, Emily hilang tanpa dikesan. Untuk merungkai misteri kehilangannya, Stephanie bersama suami Emily, Sean (lakonan Henry Golding) mencarinya, namun kemudian mereka membongkar kebenaran yang rumit. Maksud saya, sangat rumit. The Fincher kind of rumit.

Share This
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Similar Posts
KidZania Kuala Lumpur dan Kumpulan Syarikat KRU Bekerjasama Dalam Memperkenalkan Penciptaan Animasi di Kalangan Kanak-kanak
KidZania Kuala Lumpur dan Kumpulan Syarikat KRU Bekerjasama Dalam Memperkenalkan Penciptaan Animasi di Kalangan Kanak-kanak
Petaling Jaya, 4 Jun 2019 – KidZania Kuala Lumpur, sebuah pusat pembelajaran dan hiburan tertutup kini memperkenalkan satu tarikan baharu...
AVENGERS ENDGAME & KONSEP PENGEMBARAAN MASA
AVENGERS ENDGAME & KONSEP PENGEMBARAAN MASA
Ini adalah tulisan tentang konsep pengembaraan masa (time travel) yang digunakan dalam ‘Avengers: Endgame’. Bagi saya, konsep pengembaraan masa yang...
UNLEASH THE SUPERHERO IN YOU WITH THE OPPO F11 PRO MARVEL’S AVENGERS LIMITED EDITION
UNLEASH THE SUPERHERO IN YOU WITH THE OPPO F11 PRO MARVEL’S AVENGERS LIMITED EDITION
Kuala Lumpur, 10th April 2019 — With the release of the latest Marvel movie – Avengers: Endgame – OPPO Malaysia...