MTV dan WebTVAsia Bekerjasama Untuk Melancarkan MTV ‘on Demand’ Seterusnya Menembusi Pasaran China

MTV dan WebTVAsia Bekerjasama Untuk Melancarkan MTV ‘on Demand’ Seterusnya Menembusi Pasaran China

CANNES, 16 OKTOBER 2018 – WebTVAsia, sebuah kumpulan kumpulan media Asia yang terkemuka dengan studio produksi dan rangkaian digital, telah mengumumkan perjanjian kerjasama dengan MTV dan rangkaian Viacom International Media, anak syarikat Viacom Inc. (NASDAQ: VIA, VIAB) bertujuan untuk menyampaikan kandungan video pendek untuk menembusi pasaran China hari ini.

Di dalam perjanjian itu, WebTVAsia akan mempunyai hak penyiaran eksklusif untuk memilih kandungan pendek buatan China yang dihasilkan oleh MTV untuk disiarkan di platform rakan kongsi WebTVAsia di Tanah Besar China. Pada peringkat awal, kandungan spesifik untuk pasaran China ini disiarkan terlebih dahulu di platform Yoo Video, aplikasi video pendek yang dilancarkan oleh Tencent.

Program hiburan ini akan disiarkan secara ‘on demand’ fokus kepada generasi muda dan muzik di China. Kolaborasi ini juga akan menyampaikan kandungan pengaturcaraan berasaskan muzik MTV yang dibuat khusus untuk pasaran China termasuk carta muzik MTV, interaksi artis ringkas di bawah MTV Star Explorers, pameran muzik genre, MTV News, budaya pop dari masa ke masa. Sebelumperjanjian ini, kandungan MTV hanya tersedia melalui saluran MTV China.

“Generasi muda lebih cendering untuk menonton video melalui telefon bimbit, yang menjadi pemacu populariti aplikasi video pendek di China, serta permintaan yang semakin meningkat untuk kandungan pendek asli,” kata Pierre Cheung, Naib Presiden Kanan dan Ketua Pengurus, Greater China, Viacom Rangkaian Media Antarabangsa.

“Oleh itu, perjanjian ini adalah sebahagian daripada strategi kami bersama Viacom Digital Studios International, kami akan menyiarkan kandungan global Viacom untuk menyokong industri China secara optimum, bermula dengan menyiarkan karya terbaik dari industri China.”

Fred Chong, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan WebTVAsia berkata, “Sebagai sebuah syarikat media yang telah menembusi pasaran di China dan Asia sejak tahun 2005, kami telah menganalisa trend budaya dan penggunaan pasaran ini. Oleh itu, peranan kami adalah untuk menjadi penyokong dan menghubungkan rakan penyiaran China seperti Tencent, Baidu, Toutiao, NetEase, Weibo, Youku dan iQIYI kepada rakan kongsi kandungan berskala global. Saya amat berbangga kerana dapat bekerjasama dengan VIMN dalam mengembangkan perniagaan bersama di China.”

Share This
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Similar Posts
PREVIEW: LAGU TEMA FILEM JAMES BOND DARI BILLIE ELLISH, AKHIRNYA BELIAU MENYANYI!
PREVIEW: LAGU TEMA FILEM JAMES BOND DARI BILLIE ELLISH, AKHIRNYA BELIAU MENYANYI!
Akhirnya lagu tema filem Bond, No Time To Die nyanyian Billie Ellish diperdengarkan. Harapnya para peminat Ariana Grande yang mencemuh...
DRAMA BAND AKHIRNYA AKUR….
DRAMA BAND AKHIRNYA AKUR….
Setelah berpum-pang-pum-pang dan berdrama di media sosial tentang seni, kreativiti dan kecekalan, kumpulan metal bertopeng Slipknot, maaf… Drama BAND akhirnya...
HIGH ENERGY LEVELS EXPECTED AS HOMEGROWN FESTIVAL, ROCKAWAY FEST 2020, ANNOUNCES ITS FULL LINEUP WITH 4 STAGES OVER THE 2 DAY EVENT
HIGH ENERGY LEVELS EXPECTED AS HOMEGROWN FESTIVAL, ROCKAWAY FEST 2020, ANNOUNCES ITS FULL LINEUP WITH 4 STAGES OVER THE 2 DAY EVENT
KUALA LUMPUR, 15 Jan 2020: The biggest homegrown rock festival, Rockaway Fest 2020’s full lineup boasts international headliners, local legends...